ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar jenama dan logo rasmi EV baharu e.MAS, model pertama bakal diperkenal Disember tahun ini

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini secara rasminya melancarkan jenama EV baharunya yang dikenali sebagai e.MAS. Ia bakal digunakan pada model kenderaan elektrik (EV) Proton yang akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Sebutan bagi jenama e.MAS adalah abjad ‘e’ digabungkan dengan perkataan ‘mas’. Akronim itu bermaksud ‘Electrifying Malaysia‘, dan menggandingkan simbol ‘e’ yang bermaksud EV dengan singkatan ‘MAS’ yang digunakan secara universal untuk Malaysia.

Proton turut memperkenalkan logo baharu e.MAS yang menampilkan rekaan kepala harimau ‘tidak berkurung’ dalam bentuk 2D yang mengikut trend reka bentuk terkini untuk jenama EV yang lebih cenderung kepada grafik yang ringkas dan minimalis.

 

Ia juga sebagai kesinambungan jenama baharu itu dengan logo Proton yang menggunakan asas rekaan yang sama, namun dengan format 3D yang melambangkan syarikat bergerak ke hadapan ke arah kejayaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pelancaran jenama dan logo e.MAS hari ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan Proton ke arah melancarkan model EVnya sendiri.

Turut diumumkan pada majlis ini ialah pelantikan 17 pengedar EV Proton pertama yang telah memeterai perjanjian mereka pada awal hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Permohonan kini dibuka untuk peniaga yang berminat menjadi pengedar dan sasaran awal adalah membuka 30 cawangan menjelang 2025 dengan rancangan mengembangkan rangkaian jualan mengikut keperluan pasaran.

Tambah Dr Li Chunrong, sebagai jenama automotif pertama di Malaysia, adalah penting bagi Proton untuk melabur dalam infrastruktur bagi menawarkan rangkaian perkhidmatan penuh kepada pembeli EV dan bukannya hanya menjual produk.

Berikutan permulaan kerjasama dengan Geely pada 2017, rancangan telah dibuat untuk memperkenalkan model Proton EV berikutan kejayaan model SUV baharu syarikat itu yang mengembalikan Proton kepada keuntungan.

Walaupun rancangan tertunda semasa pandemik COVID-19, aktiviti tersebut disambung semula dengan upacara menandatangan Memorandum Perjanjian (MOA) antara Proton dan smart pada 19 Januari 2022.

Ini diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Pengedaran Am (GDA) antara kedua-dua pihak pada 18 Ogos serta pembentukan PRO-NET pada 9 September untuk menerajui jualan dan pengedaran kenderaan smart dan penawaran EV masa hadapan daripada Proton.

Langkah seterusnya ialah tandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Gentari pada bulan Oktober untuk bekerjasama dalam pengasasan infrastruktur pengecasan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia disusuli dengan penghantaran 16 jurutera ke China pada Disember 2022 untuk Latihan Dalam Kerja (OJT) dalam EV dan bidang berkaitan seperti pengecasan dan servis.

Pada tahun 2023, Proton telah melantik pengedar untuk smart dan mengambil pekerja dari pelbagai industri untuk memperkuatkan pasukan pekerja untuk menguruskan jenama tersebut.

Proton melancarkan model smart #1 pada 21 November. Proton turut merasmikan Pusat Penyelidikan dan Pembangunannya yang berpangkalan di Institut Penyelidikan Geely di Teluk Hangzhou, China pada April 2024.

Kemudahan baharu itu akan mengukuhkan keupayaan Proton untuk berkonsepkan, mereka bentuk, membangunkan dan mengeluarkan model baharu dengan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman sedia ada dengan sumber dan kepakaran Geely.

Ia juga akan membantu meningkatkan kerjasama rentas sempadan, memudahkan pemindahan pengetahuan antara kedua-dua syarikat serta memacu inovasi untuk produk yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan Proton.

Mengulas mengenai jenama EV baharu, Dr Li Chunrong menambah, jenama e.MAS dan produknya adalah lanjutan daripada tiga nilai teras Proton iaitu ‘Teknologi Inovatif, Kebolehpercayaan dan Antarabangsa’.

Tambahnya, model EV pertama e.MAS bakal dilancarkan pada Disember tahun ini dan Proton akan membuat pengumuman baharu untuk membina pengiktirafan jenama dan promosi produk, menjelang pelancarannya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply