ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Foto Toyota Hilux 2016 bocor!

Views

2016-Toyota-Hilux-1

Semakin banyak foto Toyota Hilux 2016 bocor di internet! Kali ini foto yang lebih jelas memperlihatkan rupa hadapan, sisi dan bahagian dalaman model tersebut. Nampaknya kali ini rekaan Toyota Hilux lebih aggresif dan maskulin dengan jeriji baharu bersambung bersama lampu hadapan yang dilengkapi lampu siang LED.

Bahagian kabin dalamannya lebih moden untuk model baharu ini dan nampak lebih ke arah kepada ruang dalaman sebuah kereta penumpang. Stering dan papan pemukanya tampil lebih segar dan kontemporari terutama sekali di bahagian konsol tengah yang memaparkan unit skrin sesentuh yang bersaiz agak besar.

Untuk versi pasaran Thailand,  Toyota Hilux 2016 akan mempunyai pilihan empat enjin termasuklah 2 unit enjin turbo diesel 2.4-liter berkuasa 150PS (148hp) dan 167PS (165hp),  enjin turbo diesel 2.8-liter berkuasa 177PS (175hp) dan unit enjin 2.7-liter N/A berkuasa 166PS (164hp). Kesemua enjin akan ditawarkan dengan transmisi manual dan automatik.

* Setakat ini tiada lagi pengesahan bila ia akan dilancarkan secara rasmi. Saya jangka model ini akan dibawa masuk ke Malaysia tahun hadapan. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

2016-Toyota-Hilux-3 2016-Toyota-Hilux-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply