ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Trucks fokus terhadap aspek Keselamatan, Pembangunan Pemandu dan Perkhidmatan Aftermarket di pameran MIBTC’15

Views

Picture 2

Kembali untuk edisi kedua, Ekspo Bas, Trak & Komponen Antarabangsa Malaysia 2015 (MIBTC’15), pengeluar utama trak, bas dan peralatan pembinaan, Volvo Malaysia berbangga untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif terkininya, di samping terus memberi penekanan terhadap nilai-nilai utama seperti Kualiti, Keselamaan dan Penjagaan Alam Sekitar.

Menghuni kawasan seluas 3,488 kaki persegi (324sqm) di dalam dewan utama Mines International Exhibition & Convention Center (MIECC), pameran penting Volvo dalam pameran tahun ini adalah sistem pengurusan pengangkutan berasaskan laman web, Dynafleet ke pasaran Malaysia.

Dynafleet adalah penyelesaian telematik Volvo yang berupaya memperkemaskan perancangan dan pelaksanaan tugasan pengangkutan, satu ciri koordinasi yang penting buat syarikat-syarikat pengangkutan. Menerusi sistem Dynafleet yang berasaskan kepada laman web ini, syarikat-syarikat pengangkutan boleh mengukur penggunaan bahan api, mengesan lokasi serta berkomunikasi dengan setiap trak dan pemandu menggunakan satu aplikasi yang mesra pengguna.

Selain daripada pelancaran Dynafleet, Volvo turut memperkenalkan pelbagai perkhidmatan aftermarket (Perjanjian Penukaran Alat Ganti dan Servis), konsep-konsep serta amalan keselamatan yang terbaik, di samping usaha merintis jalan ke arah sektor pengangkutan yang lebih mesra alam dan mapan menerusi siri seminar pembangunan pemandunya.

Antara yang membuat penampilan khas dalam segmen keselamatan Volvo dalam pameran tersebut ialah patung ujian pelanggaran tertua Volvo yang dikenali sebagai ‘Clive Alive’. Dibangunkan di Pusat Keselamatan Volvo pada tahun 1964, ‘Clive Alive’ berperanan sebagai ‘Penyelidik Kesakitan’ untuk produk-produk ujian pelanggaran serta membantu dalam membangunkan idea-idea baru reka bentuk trak yang lebih baik dan selamat.

Dengan semangat untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dalam kalangan masyarakat, Volvo turut menganjurkan satu peraduan mini. Peraduan ini menggalakkan pengunjung untuk merakam gambar dengan Clive dan tag #VolvoCliveAlive di laman Facebook – gambar-gambar yang kreatif bakal memenangi barangan eksklusif Volvo.

Pengeluar utama trak itu juga memberi fokus yang ekstensif terhadap pembangunan pemandu. Ia menyampaikan mesej bahawa sikap dan pemikiran yang betul mampu menambah baik tingkah laku pemanduan. Ia pastinya akan meningkatkan aspek penjimatan bahan api, selain mengurangkan emisi CO2 dan kemalangan.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson berkata, “Sentiasa dipandu oleh nilai-nilai utama seperti Kualiti, Keselamatan dan Penjagaan Alam Sekitar, kami akan terus membawa perubahan dalam setiap pasaran yang kami sertai serta menjadi pemacu kepada masyarakat. Mengambil bahagian dalam platform-platform seperti MIBTC membolehkan kami berkongsi pencapaian dan misi dengan para pelanggan serta orang awam.”

Selain pameran yang interaktif dan informatif, Volvo turut menawarkan pakej-pakej promosi terkini ke atas perkhidmatan aftermarket, dikenali sebagai Program Penukaran Alat Ganti Tulen Volvo dan Kempen Pemeriksaan Kesihatan Volvo. Model kebanggaan Volvo untuk pasaran Malaysia, trak FM juga ada dipamerkan.

Acara dwitahunan ekspo MIBTC merupakan pameran pertama seumpamanya yang memberi perhatian khusus terhadap keperluan industri trak, logistik dan bas di rantau ini. MIBTC bertindak sebagai satu platform yang mengumpulkan semua pengeluar utama, pembekal peralatan dan penyedia perkhidmatan yang terbaik. Ia menjadi satu-satunya pameran perdagangan perniagaan-kepada-perniagaan berskala antarabangsa di Malaysia yang fokus terhadap pasaran kenderaan komersial dan industri-industri hilirannya. Pameran pada tahun ini menyaksikan 76 pempamer yang mengambil bahagian mempamerkan produk-produk serantau masing-masing. Ia melibatkan tapak pameran seluas lebih 6,000 meter persegi bagi memenuhi keperluan pempamer, pedagang dan agensi-agensi kerajaan dari seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Picture 5 Picture 6

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply