ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Golf R dinobat “Kereta Keseluruhan Tahun 2014” dari Autoworld

Views

Picture 1 - Overall Car of the Year 2014 - Volkswagen Golf R

Syabas diucapkan kepada Volkswagen, kerana model Golf R telah dipilih oleh juri dan pembaca Autoworld sebagai “Kereta Keseluruhan Tahun 2014”. Bukan itu sahaja, Golf R juga turut dipilih sebagai “Pilihan Khas Juri” dan “Kereta Berprestasi Terbaik”. Sebanyak 27 kenderaan dari 14 kategori yang dipertandingkan telah dinilai oleh juri-juri berpengalaman dalam industri selain undian secara dalam talian daripada 130,000 orang pembaca Autoworld yang berdaftar untuk Anugerah Kereta Tahunan Autoworld (COTY) tahun 2014.

Volkswagen juga turut memenangi anugerah “SUV/Crossover Saiz Sederhana” menerusi model Tiguan 1.4 TSI. Encik Armin Keller, Pengarah Urusan, Volkswagen Malaysia berkata, “Pengiktirafan oleh Autoworld adalah bukti kereta kami bertaraf global. Kami amat berbangga menerima anugerah seperti ini dan akan berusaha untuk terus memberikan produk yang terbaik untuk para pelanggan di Malaysia.”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply