ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota perkenal varian Corolla Altis 1.8G

Views

1.8G (Dark Brown)

Generasi ke-11 Toyota Corolla Altis yang telah dilancarkan pada Januari lalu, baru-baru ini mempunyai 1 lagi varian tambahan dengan pengenalan varian Corolla Altis 1.8G bagi menggantikan varian 2.0G.  Varian 1.8-liter dan 2.0-liter yang dikuasakan oleh enjin Dual VVT-i dengan transmisi 7-kelajuan Super CVT-i (Continuously Variable Transmission) telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di pasaran tempatan. Setelah mendapat pelbagai maklumbalas dari pelanggan, pengenalan varian 1.8G adalah respon dari UMW Toyota Motor demi memenuhi kehendak pelanggannya.

Untuk varian 1.8G, penambahbaikan lebih tertumpu pada ruang dalaman dan Smart Entry & Start System telah diberikan untuk memudahkan pemandu membuka pintu dan menghidupkan enjin dengan hanya menekan butang. Kemasan kulit dan papan pemuka telah dipertingkatkan dengan penggunaan meter Optitron meters. Meter sebegini sebenarnya dibangunkan untuk model mewah seperti Lexus, yang lebih terang dan jelas dengan paparan 3 dimensi.

Corolla Altis 1.8G turut dilengkapi Multi Information Display dan sistem infotainmen dengan pemain audio 2-DIN, pemain DVD dengan skrin sesentuh 7 inci yang menjadi paparan untuk kamera undur. Untuk bahagian luar, pemegang pintu Corolla Altis 1.8G diberikan kemasan krom. Selain itu ia dilengkapi ciri yang menarik seperti mod auto on/off untuk lampu hadapan.

Secara teknikal, tiada perubahan dibuat pada enjin 1.8-liter dan 2.0-liter Dual VVT-i yang dipadankan dengan kotak gear 7-kelajuan Super CVT-i. Sama seperti sebelum ini, pembeli mempunyai pilihan seperti kit badan atau sistem navigasi. Filem solar yang mematuhi syarat JPJ dengan  jaminan 7 tahun adalah standard untuk semua varian. Toyota Corolla Altis didatangkan dengan jaminan 3-tahun/100,000 km (yang mana lebih dahulu). Harga yang ditawarkan untuk Altis 1.8G (pendaftaran persendirian dengan insurans, warna metalik, Semenanjung Malaysia) bermula dari RM119,900.00. Selain 1.8G, Altis juga ditawarkan pada varian 2.0V dengan Pakej Keselamatan Tambahan (RM139,915.30), 2.0V (RM136,015.30), dan 1.8E (RM115,900.00).

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Optitron Meter Combination & MID Black Interior with Combination Leather Seats  Push Start Smart EntryAltis 1.8G

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply