ARKIB

KATEGORI

Buletin

Temui selebriti terkenal di Suzuki Mega Roadshow kedua!

Views

04 Keith Foo & Ustaz Hanafi_Suzuki Mega Roadshow

Kepada peminat Keith Foo dan Ustaz Hanafi, anda bakal menemui mereka di Suzuki Mega Roadshow kedua yang bakal menjelajah seluruh negara akan bermula di Lembah Klang. Antara model-model yang menarik perhatian orang ramai dan ditawarkan pada harga promosi adalah Suzuki Swift dan Suzuki Swift Sport yang telah memenangi beberapa anugerah.

Sepanjang Siri Jelajah Mega Suzuki, para pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat barisan model-model kereta Suzuki seperti Suzuki Swift, Swift RS, Swift Sport, Alto, Jimny dan Grand Vitara. Pelanggan yang berjaya mendaftar di lokasi-lokasi Suzuki Mega Roadshow akan menerima speaker bluetooth Suzuki edisi terhad!

Semasa berlangsungnya mega roadshow ini, pelanggan boleh menikmati promosi dan tawaran seperti rebat tunai sehingga RM7,000 dan kadar pembiayaan menarik serendah 1.68% bagi model terpilih. Pelanggan yang tampil untuk pandu uji model Suzuki kegemaran mereka akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM10,000!

Selain itu, Suzuki Mega Roadshow akan dimeriahkan lagi dengan kemunculan selebriti tempatan Keith Foo dan Ustaz Hanafi di lokasi-lokasi terpilih. Keith Foo akan membuat penampilan khas di antara pukul 2.00 sehingga 3.30 petang di eCurve, Mutiara Damansara pada 22 November, Queensbay Mall Penang pada 6 Disember, Komtar Johor bahru pada 25 Januari dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall pada 30 Januari.

Sementara itu, undangan khas kedua iaitu Ustaz Hanafi akan hadir di antara pukul 2.00 sehingga 4.00 petang di Pusat Beli-Belah AEON Seri Manjung, Perak pada 29 November, AEON Mall Bukit Mertajam Penang pada 13 Disember, Mydin Mall Kuala Terengganu pada 20 Disember, KB Mall, Kota Bharu pada 10 Januari dan akhir sekali di East Coast Mall, Kuantan pada 17 Januari.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

07 Suzuki Mega Roadshow 05 Suzuki Mega Roadshow 06 Suzuki Mega Roadshow

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply