Berita Automotif overview

Published on August 16th, 2013 | by campromania

22

Tempahan Toyota VIOS generasi baharu kini dibuka!

overview

Model Toyota terlaris dan paling diminati oleh rakyat Malaysia akan tiba Oktober ini! Tempahan Toyota VIOS generasi baharu juga dibuka. Empat varian ditawarkan dengan harga yang bermula dari RM73,200 untuk Toyota Vios 1.5 J (Manual) sehingga ke RM93,200.00 untuk Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo. VIOS generasi baharu dijana oleh enjin 1.5 liter (1NZ-FE) dan dipadankan dengan kotak gear manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan Super ECT. Nantikan kemunculannya! Untuk maklumat lanjut layari www.toyota.com.my.

Berikut adalah anggaran harga bagi kesemua varian Toyota Vios :

  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik) – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200


About the Author

Naluri pereka berjiwa otomotif, ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan Mohd Izarul atau campromania yang merupakan pengasas funtasticko.net (dahulunya dikenali sebagai funtastickodesign.wordpress.com).



22 Responses to Tempahan Toyota VIOS generasi baharu kini dibuka!

  1. shaifu03 says:

    Walaupun Vios mahal RM10 ribu dari Suprima….dan dengan gajet yg kurang….tetap ada yg menunggu.

  2. Zahid says:

    Minat pengguna sekarang kearah kereta yg jimat minyak dan less maintanance serta resale value.

  3. TAMING SARI says:

    Kalau setakat 1.5 sport RM 93,200 bagi aku tiada value pun

  4. photic says:

    kalau kita tgk memang value tak padan dgn harga. tapi di luar sana ramai melayu, cina, india yg membeli kereta ni. pasaran yang menentukan harganya, sehinggakan resale valuenya juga tidak begitu jatuh mendadak berbanding proton.

  5. zack says:

    i like “photic” comment.. :-)

  6. Zahid says:

    Rilek bro, nanti kita sama2 tengok kereta model mana yg akan jadi pilihan rakyat. proton or others. Hehehe. :-)

  7. kenot says:

    tak payah tunggu, dah tau jawapannya :-)

  8. Cheung Chun Fun says:

    Sesiapa yang nak beli Vios, sila survey pelbagai pilihan yang ada dulu. Kalau boleh, test drive semua. Then, buat pilihan yang bijak.

  9. fridzmax says:

    Antara selling point utk Vios selain RV ialah reliability. Betul, memang Vios/Toyota ini sgt reliable.

    Technology berusia 10tahunnya sudah terbukti…

    10 tahun beb. Kalau budak dah darjah 4. Tapi budak darjah 4 itu pandai merangkak sahaja sejak umurnya setahun. (Get what I meant?)

    UMW memang bijak melayan persepsi pengguna Malaysia. Tapi pengguna Malaysia juga perlu bijak membuat pilihan.

  10. Ninja Siam says:

    Resale value mmg tinggi sebab ape2 problem tak penah nak kecoh2..
    kete mahal…malu la kecoh..
    kelmarin gi tukar bateri kete member…
    ade kete import ni tgh tukar bearing tayar..
    katenye owner da byk kali dah tukar..asyik rosak je..
    mane penah masuk forum…
    air masuk dalam lampu belakang..siap bertakung…mane pernah ownernye kecoh..
    kalo proton..1 skru tak cukup..heboh sebulan…
    plus basher2..kipas susah mati JDM…sume bergabung hentam pasal isu kecik..
    sume kete same la…
    nape nissan resale value murah…ade sape sape tau..
    tak kualiti ke…minyak kuat ke…pelik kan..

  11. Zahid says:

    Nissan banyak model2 yg kurang popular dan minyak kuat seperti xtrail dan livina coz body berat/besar tapi enjin kecil. That why to cover it nissan membawa masuk almera yg lebih jimat minyak dan harga berpatutan. Mungkin RV almera akan stabil seperti model honda dan toyota. RV ni sebenarnya bergantung pada permintaan pengguna di pasaran. Even kelisa/myvi pun RV masih boleh tahan coz permintaan masyarakat yg lebih minat kereta kompak dan yg paling penting jimat minyak dan less kos penyelenggaraan.

  12. kzm says:

    Kalo kat thai vios da overprice kat cni lg la overprice

  13. fasgen says:

    RV kereta ni saya rasa sangat pelik sgt…. apa penentu sbnrnya.. nissan yg dikata jimat pun boleh jatuh.. bukan ikut model tp jenama.. myvi yang body nipis pun 2nd mahal melambung2.. tp pernah terbaca ada sorang vios owner menyesal jg belo vios nak jual pun ribu2 juga turun… apakan daya twrpaksa.. 1 lg.. bank ni knplah buat untuk gila2.. keter 90k untung dkt separuh… kesianlah pembeli2 yg rakyat …

  14. fridzmax says:

    RV ini bersandarkan pada persepsi. Ada permintaan, maka harganya akan tinggi. Kalau pergi ke yard kereta terpakai, Model T dan H ni orang tempat saya kata kereta panas. Cepat jual, kereta tak duduk lama kat yard. Maksudnya orang sukalah kan…

    Kalau kereta conti, mereka kata kereta sejuk. Susah nak jual. Orang yg beli pun memang betul2 hardcore cari kereta tersebut. Contoh, cubalah cari Ford Focus HB 2009. Separuh mati saya dan kawan cari kereta tu. Ada yg nak jual, tapi mark up harga pulak. Used car tau, Focus HB memang rare sangat nak jumpa. Dari sini dah boleh ambil konsep RV tersebut. Ada demand, harga kena main sikit.

    Bezanya Focus 2nd dan Vios 2nd, bank bagi value tinggi kat Ford..Sampai boleh loan 100%. Sedangkan Vios, pembeli kena topup duit. Bank bagi value rendah je.

    Kesudahan pencarian Ford Focus HB tadi berakhir dengan kawan saya membeli Fiesta. Merajuk punya pasal, asal terserempak dgn Focus TDCI,mesti beliau menyumpah2 marahkan used car.. Hahaha

  15. apek says:

    vios..dulu masa baru grad minat ngn vios..tp bila lama2..kerete ni amat bosan..tukar la bentuk luaran mcm mana pun..vios adalah antara pilihan terakhir. rasa amat tidak berbaloi membelinya

  16. imran says:

    ramai orang masih kata proton tin milo..
    cer tengok sendiri…

    http://preoduavivabaru.blogspot.com/2010/12/durability-of-exora.html

    jimat minyak sikit tapi kalau exiden @ rosak, tak jimat jugak der…

  17. syok says:

    aku setuju dengan apek..vios pilihan yang terakhir aku..dengan harga yang terlalu mahal..pastu enjin kecil..body ringan..kelebihan kurang..lau nak kata jimat minyak sangt..tpi bila di bandingkn dgn harga yang melebihi belsan ribu…aku rasa lau guna duit tu untik beli petrol untuk preve selama 4tahun pun tak hbis..lau stakat prgi keje

  18. saga slammed neova says:

    hrga lebih kurg sma dgn honda jazz petrol ckd…ade saingan nih

  19. Pakder Din says:

    Aku fikir semua keta ada masalah kecil@besar.brgantung pada nasib juga…keta baru tapi tersadai tepi jalan, keta continantal pula tu yang harga 2xganda Preve…tapi betul kata saudara diatas tadi…tuan nya senyap je sebab malu nak bising apa kata orang beli keta mahal2 tapi rosak.
    satu lagi stail org kita suka tergila2 barang import…inilah penyakit yg susah nak obat…sedangkan barang kita apa kurangnya, ada kelas jugalah…
    Rasa saya serupa dengan orang yang sakit sikit2 berebut2 pergi hpspital swasta…tapi bila dah parah, doktor swasta kata kena rujuk hospital kerajaan…duduklah berminggu di hospital kerajaan, tahan pula dok melangut kat hospital kerajaan.
    Jadi kalau ada duit banyak tak kisah belilah kereta kebal ke atau jet peribadi pun apakesahkan…

  20. Ztronik says:

    @Pakder Din

    hehe ubat kt hospital krjn wpun FREE tp berkualiti… hospital swasta bayar beribu ubat yg sama jg, kdg2 je lebih skit branded nya.. mentaliti org kita tanam dlm otak keta import tu sure berkualiti bagus selamanya lah bagus.. wpun keta kita sudah semakin bagus kualiti..selamanya dickp xberkualiti.. cbran buat Proton mcm mana nk tune hati org ramai ni.. susah kn dr tune enjin maCAMPRO hehehe…

  21. omanjedi says:

    vios overpriced, kurang selamat, handling x best. yg oknyer hanya FC dan maintenance, after sales dan RV. sapa berjiwa suka feel driving tak akan beli. baik beli Jazz CKD service luar (pasal servis honda mahal yg amat – 6.5 sen/1 km)

Tinggalkan komen

Back to Top ↑
  • Jom Like Muslimah Fashion Hub

    muslimah fashion hub - side bar 300 x 250

  • VIDEO : Jom tengok Shamsul Yunos dan Azlano berbicara mengenai Proton IRIZ!

  • Jom tengok Funtasticko.net di Kini Trending Astro Awani!

  • ULASAN PANDU UJI : Peugeot 2008

  • ARTIKEL TERKINI

  • JOM “LIKE” FUNTASTICKO

  • JOM “LIKE” AUTO ANDA

  • JOM “LIKE” NETBYTE

  • JOM “LIKE” MOTORSPY