ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Perodua AXIA dibuka mulai esok!

Views

10606572_834008713284680_4968179013383297_n

Kini semakin hampir kita dengan pelancaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia, Perodua AXIA. Hari ini Perodua mengumumkan tempahan untuk model AXIA akan dibuka mulai 15 Ogos 2014 (esok) di semua bilik pamerannya seluruh negara. Harga yang ditawarkan amat mengujakan, bermula dari RM24,900 (untuk Semenanjung Malaysia, warna solid). Wang pendahuluan untuk menempah model ini adalah antara RM250 dan RM300 bergantung pada varian.

Nama “Axia” atau sebutannya ‘A-Zee-A’ adalah hasil gabungan perkataan Asia dan huruf “X” yang bermaksud nombor 10 dalam angka Roman. Ini secara tidak langsung melambangkan AXIA sebagai model yang ke-10 dalam keluarga Perodua. Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, model ini menawarkan penggunaan bahan api yang sangat cekap iaitu 21.6km bagi setiap liter.

Perodua AXIA akan mempunyai empat varian iaitu iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Jaminan lima tahun turut ditawarkan oleh Perodua bagi pembelian model tersebut. Ruang bagasi Axia juga agak luas dan mampu memuatkan empat beg dengan kapasiti 260 liter.

Axia dikuasakan oleh enjin 1KR tiga-silinder, enjin yang sama pada model Ayla untuk pasaran Indonesia yang dibekalkan oleh Daihatsu. Enjin berkapasiti 1.0 liter 12-injap DOHC ini mampu menghasilkan kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan tork 87 Nm pada 3,600 rpm. Dengan slogan “Your Smart Move”, Perodua berharap Axia akan menjadi inspirasi mereka untuk lebih berdaya saing di peringkat global dari segi gaya, fungsi dan harga yang kompetitif.

* Dah semakin ni, cuma tarikh, masa dan lokasi yang belum ada maklumat lagi. 😉

Harga dan Spesifikasi Perodua AXIA (kredit untuk Yusri Salleh):

Klik untuk besarkan foto

spec axia 1 spec axia 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

58 Comments


  • Compared to the Viva’s 1.0 litre cast iron engine, it’s a lot lighter, has a longer stroke, but loses its DVVT variable valve timing. The same 1KR-DE engine in Indonesia’s Daihatsu Ayla and Toyota Agya promises a fuel consumption of 20-22km per litre.

    Rupanya Axia ni takde DVVT dah ke? Apa cerita orang yang agung-agungkan teknologi DVVT ni?


      • The 1KR-DE is the non VVT-i variant of the 1KR engine. It produces less power and torque than 1KR-FE. Output is 65 PS (48 kW) at 6000rpm and 85 N·m (63 lb·ft) of torque at 3600rpm. Bore is 71 mm and stroke is 84 mm, while the engine displacement is 1.0 L (989 cc).[3]

        The 1KR-DE was specially designed for the Indonesian LCGC (Low Cost Green Car) market to reduce cost. The engine cylinder head cover is made from plastic-resin instead of aluminium to save 10 kg of weight. The exhaust manifold is integrated to the cylinder head together with the catalytic converter and oxygen sensor to save even more weight.[4]


  • Boot size comparison:

    AXIA 260 L
    MYVI 225 L
    VIVA 149 L

    Really impressed the achievement in space utilization.

    murah pun murah…besar lebih kurang MYVI ape nak lagi…


  • Untuk pembeli kenderaan..

    if possible.. elakkan kenderaan yang kecil sangat dan ringan…

    aku pun teringat zaman muda2 dulu balik kalau balik kampung dari kl ke kota bharu. musim raya banyak acciden.. antara yang teruk2.. kereta kancil… saga iswara lama.. kalau sekarang, salu nampak viva..

    memang ianya jimaaat sangat kos.. dan jimaat betul minyak… walaupun sekadar untuk pegi kene dan balik keje.. jimat kos harian.. sedaap bawak sebab pickup… ringan..

    Sebab hidup hanya sekali.. kalau sayang isteri & keluarga belilah kereta yang selamat untuk isteri & keluarga.

    pagi ini 14 ogos 2014 rakan sekerja saya yang memandu pajero sport terbabit dalam kemalangan di cyberjaya. kena langgar dari sisi oleh kereta saga flx yang keluar simpang tak berhenti. pajero beliau terpelanting. keliling kereta remuk bumbung pun remuk, mungkin total lost. nasib baik kawan saya tu ok.. anyway.. apa yg saya nak cakap ialah..

    ” WALAU KITA BAWA KERETA CUKUP BERHATI2.. ORANG LAIN BELUM TENTU BERHATI2.. ”

    walaupun boleh kata ajal maut ketentuan tuhan,, sekurang-kurangnya kita usaha untuk keselamatan diri dan orang yang tersayang..

    kalau boleh carila kenderaan yang rasa yakin sikit nak bawa.. body berat sikit tak apa.. minyak kurang sikit save pun tak apa.. sanggup lagi aku beli kereta 2nd hand kalau nak jimat sangat tapi at least beli kereta yang aku yakin sikit keselamatannya..

    buat apa jimat sangat kalau kita gamble keselamatan diri dan orang tersayang.. btul x..


    • Macam tu lepas ni aku bawa lori. Berat dan besar.Ko bute ke.Takkan nak pergi mana2 nak naik keta besar? Lepas tu kereta besar kan mahal. Tak tengok ke cukai kereta kat Malasyia ni tinggi. Bute ke.


      • what want, u better beli axia nih sebab dia hampir besar cam myvi dan yg pasti rasenyer lebih kukuh dari viva dan myvi tuh sendiri sebab perodua mesti dah belajar dari dua result crah test model dia iaitu myvi 3 star,alza 4 star so perodua mesti nak pastikan sekurang-kurangnyer axia ni sama atau lebih star resultnyer dari alza tu sendiri. x perlu lah bawak loriii plak senahhhh oiiii


      • kereta segmen a ni dekat jepun bawak dalam bandar je. even myvi pon dekat sana passo mira jual untuk kereta kedua dan pasangan belum berkeluarga. purata milage dalam 30k untuk 5 tahun. tapi orang malaysia myvi buat balik kampung viva pon boleh balik kampung. dah tu bawak bukan main laju. belagak jer korang ni.


    • betul bro. saya sangat setuju.

      ada sekali cousin tanya..berbaloi ke bayar extra untuk waja enchanced dengan 2 airbags daripada standard yang takde airbag…dia kata dia pandu pun slow..

      i cakap dengan dia…bukan u bang…its the other drivers. the couple of thousand will be useful only for a few seconds in a crash but that few seconds is when u feel that couple of airbags is the most important thing u paid for..

      dan dengan serta merta dia book dengan yang 2 airbag… 🙂


      • Aku suka komen kau. Plus i own an Enchanced to.. yang dengan rim 16 inci tu. Sebelum beli, bapa saya tolong carikan, dan saya bertegas kepada die, my basic is 2 airbag, we did find 1 and im paying more about 5K more then the standard Waja Back then. Not regret it.

        sebab aku kerja di kl dan malas nak guna kereta tu di kl, aku bagi kepada ayah aku yg duduk di taiping. and the thing i always told to him is, always wearing a seatbelt before starting ur journey.

        The airbag will no function correctly without the seatbelt on. The thing about heavy car is, the confidence in high speed. and i just scared if i hit viva or a kancil cause i know what is the result.


  • Key point enjin 1KR-DE ni ialah guna aluminium block, plastic-resin cylinder head integrated with exhaust manifold. Maksudnya, ada reduction on part and component yang membolehkan kos pembuatan dikurangkan..

    Tunggu kereta launching dahulu, pergi show room dan baru kita nilaikan…

    Setakat ini, Kia Picanto is the best in A-Segment lah..


  • Erm,mula2 happy dgn rega,bile tgk spec,herm, patut versi g baseline dia.
    Bila banding metal to metal dgn saga sv, axia sbnrnya agak mahal.
    Wiper blakg xda,aku ok lg,defroster,radio,reverse sensor,amat penting lebih2 bg yg br blaja bwk kete.

    Tp tabik marketing. Org dengor 25k,sume ketar nk g showroom,pastu bile tgk,xjd amik.yg 25k,amik yg 33k,variant g,tanpa sedari,a segmen kompak,sama rega dgn sedan b segmen.

    Rasanya se jek yg agak berbaloi ckit dgn rega n equipment,abs n ebd.


    • Yang RM25k tu driving school aje beli. In bulk. Lepas tu kilang keluarkan 20 biji sebulan. Nak beli kena tunggu 8 bulan. Nak cepat ambik yang RM35k. Biasalah tatktik marketing.


    • kereta sekolah memandu mana ada sensor belakang. apa yg penting sgt benda tu.
      axia ni kereta kecil bukan besar… kereta kecil tak perlu sgt benda tu,
      radio? kat kedai ahbeng byk jual ..boleh pilih mana yg kau suka.


    • Mmm… x berbaloi. Kalau low safety A segment. setakat jualan domestik jer ar. Even jualan perodua dominan dlm pasaran domestik jer. Model kecik2 x kompeten utk pasaran global. Utk pasaran certain 3rd world country mgkin bleh. Tapi kalau proton buat mcm model Merc A Class segment… yg itu citer lain;)

      Cheers!


        • Mmm… cukup2 la rebadge. Jadi bahan kutukan jer. Kalau kampung sebelah tu yg 20 tahun rebadge memanjang x de plak bisingnya:P Proton kalau nk rebadge selalunya utk yg niche market selain diorg dpt input n blue print teknologi meningkatkan kualiti keluaran model2 mendatang:)

          Cheers!

Leave a Reply