ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan model Nissan Sylphy serba baru kini dibuka!

Views

1

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) bakal melancarkan model sedan Nissan Sylphy serba baru pada 29 April 2014 (Selasa minggu hadapan). Direka menggunakan platform serba baru, Sylphy akan dikuasakan oleh enjin baharu 1.8L Twin CVTC Engine (MRA8DE) dan dipadakan bersama trasnmisi CVT generasi baharu Xtronic. Model ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaik dalam kelasnya seperti enam beg udara SRS, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) bersama Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang mengutamakan pemandu dan penumpang.

2

Nissan Sylphy baharu ditawarkan dalam dua variant, 1.8E dan 1.8VL. Harga yang bakal diletakkan pada model ini ialah RM 115,300 untuk varian Sylphy 1.8E dan RM 125,500 untuk varian Sylphy 1.8VL. Kini ia telah dibuka untuk tempahan. Kunjungi bilik pameran Nissan yang terdekat untuk menempah model terbaru ini. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Almost c segments like preve, cerato, altis (v spec), civic (coming soon) and now this sylphy have 6 airbags and ESP.

    But it was pity when Msian Favorite D segment like camry and accord only offer maximum 4 airbags only. Even 4 airbags only for high spec!


  • saya telah berpeluang untuk melihat dan menguji Nissan sylphy E spec. hasilnya:

    pros:
    1) Rekaan dalaman terutamanya bahagian dashboard kelihatan menarik dengan finishing chrome dan aluminium brush, kemasan gear knob dan ruangan meletak cawan ditutup agar kelihatan kemas. Boleh dikatakan, Nissan telah menumpukan perhatian terhadap kemasan dalaman ini. V spec pasti kelihatan lebih menarik dengan panel kawalan aircond serta touch screen.

    2) Bentuk luaran mungkin agak biasa2 saja, tapi dikemaskan dengan chrome pada door panel serta grill. kemas.

    3) NVH. seperti sylphy sebelum ini, model ni pun mempunyai NVH yang baik. agar sukar nak dengar bunyi enjin masuk ke dalam kabin. daya pecutan agak linear dan lembut.

    cons.
    1) Walaupun ada 6 airbags, vsc dan sebagainya, sylphy takde isofix..

    2) seat fabric tak selesa mcm seat fabric sylphy lama. silap2 leather seat dia tak plush mcm sylphy lama. Dan kadangkala ruang belakang almera lebih luas legroomnya berbanding sylphy baru ni.

    3) Kalau nak beli syplhy, baik ambil yang V spec sebab RM115K untuk E spec ni terasa “biasa-biasa” jer, RM10K tu boleh memberikan banyak perbezaan kepada sylphy anda..hehe

Leave a Reply