ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Kizashi 2.4L Sport Edisi Terhad diperkenalkan

Views

02 Suzuki Kizashi Limited Edition

Suzuki Kizashi 2.4L Sport Edisi Terhad telah tiba dengan pilihan warna Matte Black yang sangat ekslusif! Warna baharu Matte Black yang menyerlah pasti membuatkan anda menoleh kembali jika berselih dengannya. Bukan sekadar luaran, ruang dalaman juga cukup menyerlah dengan sistem In Car Entertainment (ICE), sistem audio 2-Din dengan skrin sentuh, navigasi, kamera undur berdefinasi tinggi dengan mod malam, dan sistem bunyi yang dipertingkatkan pasti menambahkan lagi kenikmatan semasa memandu.

Aksesori Edisi Terhad tersebut sebenarnya bernilai lebih dari RM9,000 dan hanya boleh didapati dengan pembelian model ini sahaja. Suzuki Kizashi Edisi Terhad turut dilengkapi pelbagai sistem keselamatan aktif yang standar seperti ABS, EBD, beg udara SRS dan ESP dengan kawalan cengkaman untuk kestabilan semasa membelok, memecut dan semasa jalan licin.

Model ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.4 litre DOHC empat silinder sebaris yang mampu menjana 178PS dan 230Nm daya kilasan dengan dipadankan bersama kotak gear 6-kelajuan (CVT) yang mesra pengguna untuk pemanduan yang lebih selesa. Harga bagi model Edisi Terhad ini ditawarkan pada RM158,207.20 (harga atas jalan termasuk insurans). Warna Matte Black adalah pilihan dan aksesori Edisi Terhad tidak ditawarkan untuk pembelian berasingan. Rebat tunai sehingga RM30,000 (selagi stok masih ada) dan jaminan 3-tahun atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu) turut ditawarkan untuk pembelian model ini.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments

Leave a Reply