ARKIB

KATEGORI

Buletin

SAGA generasi ke-3 tahun depan!

Views

saga concept 1

* Illustrasi digital dari Najmi Rosdi

Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubualnya bersama dengan Berita Harian berkata generasi baharu Saga, yang dikenali sebagai ‘Saga 3’ bakal dilancarkan tahun hadapan. Saga 3 akan menampilkan imej PROTON sebagai pengeluar kereta berkualiti tinggi.

Tambah beliau lagi, Proton akan cuba mempercepatkan proses pembangunannya dalam masa setahun, walaupun pada kebiasaannya 3 tahun untuk membangunkan model baharu. Saga 3 akan berkongsi platform dengan Proton Global Compact Car yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Mungkin juga Saga 3 adalah versi sedan Proton Global Compact Car sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar lain sebagai contoh Ford Fiesta sedan/hatchback dan Volkswagen Polo sedan/hatchback.

Proton SAGA generasi kedua sudah terlalu lama dalam pasaran dan sudah sampai masanya ia perlu digantikan dengan model baharu sepenuhnya dengan rekaan, enjin dan spesifikasi yang lebih baik. Mahathir turut memberitahu mengenai model terbaru Proton Perdana, yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan. Model tersebut akan berasaskan model generasi ke-8 Honda Accord, namun dengan perubahan yang ketara dan berkemungkinan enjinnya akan ditala semula oleh Proton.

Proton Perdana baharu nanti akan berbeza sepenuhnya dengan Honda Accord dan Proton tidak akan mengeluarkan model rebadged pada masa depan. Proton juga sedang mencari rakan strategik asing selain dari Jepun dan masih lagi belum memuktamadkannya. Dikhabarkan Proton akan bekerjasama dengan Geely untuk meluaskan pasarannya di China dan mungkin membangunkan model berasaskan rekaan Geely.

* Lambat sikit naik naikkan artikel ini. Diharap Saga 3 dapat bersaing dengan model dalam segmennya seperti Ford Fiesta sedan, Volkswagen Polo sedan, Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera dan mungkin juga model sedan dari Perodua yang dijangka keluar tahun hadapan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


  • TO PROTON : Sila pastikan steering model baru anda dari hi spec hingga ke low spec dibaluti dgn kulit, dah alang2 nak naikkan harga kereta sgt, sekurang-kurangnya xde la rasa murah sangat bila pegang steering dibaluti kulit walaupon seat hanya fabric sahaja.. ape yg penting 1st impression..


    • bro..xsemua org suka kulit k.. malaysia negara panas.. setakat PU leather tu forget it lah.. mcm heater je kat punggung.. lainlah kalau mampu Proton jual dgn pack genuine bovine leather.. apa laaa baldu lg sedap la comfort..


      • ko ni paham ke apa yang aku tulis? aku tulis wrap fake/pvc/pu leather for all steering wheel tak kira varian high or low..aku x sebut pon seat kulit utk semua varian..


      • polite version: saudara/saudari sila fahami apa yang saya tulis diatas sebelum reply komen saya, saya tidak menyatakan yang saya hendak kerusi balutan kulit utk semua varian sebab saya sendiri pun tidak berapa suka dengan kerusi balutan kulit palsu ini, tetapi saya menyatakan harapan saya agar steering ( roda kawalan ) sahaja yang dibaluti kulit palsu tak kira varian tinggi atau rendah,sebab jikalau anda seorang pengguna kereta proton anda tahu macam mana murahnya rupa steering plastik mereka itu jika tidak dibalut kulit palsu,sekian terima kasih.


  • salam

    sbb tu tun nak masuk dalam.dia nak buat keputusan yang lebih baik dan kritikal.berbanding penasihat,tun lebih layak untuk berbincang.silap aribulan tun pergi jumpa vendor yang bekalkan komponen untuk kereta proton lepas ni.bukan jumpa pekerja tapi jumpa bos…nak tengok sape yang ketar lutut bila masih nak tipu proton lepas pada ni ye…

Leave a Reply