ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rishalaini A/P Alagapan pemenang peraduan “Nama Siapa Hebat”!

Views

20140927_112917

Nama Iriz yang dipilih sebagai nama rasmi model kompak terbaru Proton membawa tuah kepada gadis berusia 20 tahun, Rishalaini A/P Alagapan yang juga merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Nilai. Rishalaini akan membawa pulang sebuah Proton Iriz 1.6 CVT Premium. Sejumlah 44,650 penyertaan telah diterima , 92% melalui dalam talian manakala 8% melalui pos. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah dalam satu majlis ringkas pagi tadi sempena hari terbuka “Alami Proton” yang berlangsung hari ini dan esok.

Iriz diinspirasikan dari perkataan Iris yang merupakan lapisan nipis berbentuk bulat daripada struktur mata yang mengawal jumlah cahaya sampai ke retina. Ia turut melambangkan pandangan jauh ke hadapan dan menetapkan satu piawaian tinggi dalam keselamatan untuk kereta penumpang di Malaysia. Abjad “Z” yang digunakan untuk menggantikan “S” bermaksud Proton telah meletakkan semua elemen pada kedudukan yang betul mengikut susunan bermula dari A hingga Z.

Ia secara tidak langsung membawa maksud kejayaan dalam melengkap projek tersebut yang merupakan permulaan kepada komitmen Proton untuk memberikan standard yang tinggi dalam kualiti, keselamatan, keseronokan memandu dan selesa. “Z” juga menjadikan sebutannya lebih segar dan ceria. Ia secara tidak langsung melengkapi tagline kempen promosi Proton Iriz, “Betul-betul Onz”!

* Tahniah Rishalaini! Selamat menjadi pemilik pertama  dan memandu Proton Iriz! 🙂

Video temubual bersama Rishalaini

Pemenang nama Iriz

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • Takde pemenang tempat kedua ketiga ke takpun hadiah saguhati kalau bagi nama iris jugak. At least terubat jugaklah rasa kecewa tak menang ni hehehe


  • Bro Campromania pun dah femes kebelakangan ni, asyik keluar tv je..hehe.. ada jugak bakal pesaing paul tan dr kalangan melayu..funtasticko betul2 onz


    • yang biasa keluar tu tuan editor, shamsul yunos secara tak langsung mewakili funtasticko.net.. dia dah lama dalam industri & berpengalaman luas.. semalam baru first time dapat borak dengan paul tan & harvinder singh, biasanya saya jumpa anak buah dia je


  • Masa hari merdeka@hari malaysia haritu ada cerita Kereta Kita yang agak memberi nostalgia kpd ramai orang. Sy sendiri hampir menitik air mata tgk cerita tu, sbb dulu sebuah saga model pertama tu bawa kami 7beradik dan parents. Lima beradik di belakang, kakak2 meriba adik. Ayah kat depan dan mak meriba adik bongsu sambil sorang lg berada celah2 kangkang..haha..
    Kalaula dpt jd iklan ni, mmg menangis la yg lahir zaman2 proton mula ditubuhkan.


    • dulu tv3 buat karnival ‘SURE HEBOH’ dh bertahun2 pastu kena tegur dgn kementerian sbb guna bahasa rojak.pastu tukar jadi ‘JOM HEBOH’. pastu perodua pulak guna “LAGI BEST’ utk model myvi baru. sekarang proton pulak “BETUL2 ONZ’…

Leave a Reply