ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat pameran 3S Peugeot Kuantan dibuka secara rasmi!

Views

DSC_8726

Pagi tadi saya berkesempatan ke majlis perasmian bilik pameran 3S Peugeot Kuantan yang terletak di Tanah Putih. Pusat pameran 3S ini adalah yang ketiga yang terbesar di Pantai Timur, berkeluasan 11,200 kaki persegi dengan kos pembinaannya berjumlah RM2.5 juta. Perasmian Peugeot Kuantan yang dimiliki oleh Nalmax Sdn. Bhd. telah disempurnakan  oleh Dato’ Shahiruddin bin Abdul Moin. Nalmax Sdn. Bhd. juga merupakan pemilik cawangan Peugeot Kuantan City yang terletak di Jalan Beserah.

Peugeot Kuantan merupakan pusat jualan, servis dan alat ganti dengan kemudahan seperti lounge pelanggan, bilik mesyuarat, Astro, WiFi percuma dan kedai cenderahati Peugeot. Ia dilengkapi empat ruangan servis yang mampu menyelenggara sehingga 20 buah kereta sehari. Suasana pusat 3S ini cukup selesa dan lokasinya yang strategik juga bakal menarik peminat dan bakal pembeli Peugeot untuk mengunjunginya.

Dengan adanya Peugeot Kuantan, pemilik kenderaan Peugeot di kawasan Kuantan dan sekitar tidak perlu lagi menghantar servis kenderaan mereka ke Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Dengan sasaran jualan 40 unit model sebulan untuk Peugeot Kuantan sahaja, ia dijangka mampu dicapai berikutan sambutan hangat bagi model 208 yang merupakan penyumbang terbesar jualan Peugeot setakat ini.

* Kepada pemilik dan bakal pembeli Peugeot di Kuantan, anda tak perlu risau lagi dengan pembukaan pusat 3S terbaru ini. Tapak asal Peugeot Kuantan dahulunya merupakan depoh bas Bee Huat yang kini bertukar menjadi bilik pameran yang cukup cantik dan menarik. Moh la ke sana ye rodong-rodong!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply