ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton pertingkatkan bantuan mangsa banjir menerusi program Proton WE-CARE Prihatin Banjir

Views

proton-logo

PROTON Holdings Berhad telah pertingkatkan bantuannya terhadap mereka yang terjejas susulan bencana banjir di Pantai Timur dan beberapa kawasan di bahagian Utara yang semakin buruk. Walaupun ia mengukuhkan jentera operasi bantuan banjir susulan pengaktifan semula program PROTON We-Care Prihatin Banjir baru-baru ini, PROTON berharap dapat menghulurkan lebih banyak bantuan bagi meringankan lagi bebanan tekanan kos yang ditanggung mangsa banjir dengan cara yang lebih berkesan.

“Kami merasakan bahawa diskaun 20% yang ditawarkan pada awalnya tidak banyak membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir dalam keadaan semasa ini dan untuk itu kami memutuskan untuk menambahkan lagi pemberiaan diskaun untuk alat ganti kepada 30% manakala kos buruh bagi kerja baik pulih kereta pula tidak akan dikenakan kepada pelanggan PROTON yang terjejas akibat banjir. Oleh itu, kami nasihatkan pemilik kereta Proton yang terjejas untuk menghantar kereta mereka di pusat servis PROTON berdaftar yang terdekat,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Program yang dijalankan selama lima (5) bulan sehingga 15 Mac 2015, turut akan membabitkan pemeriksaan percuma, penilaian kerosakan dan bantuan penundaan dari tempat kejadian hingga ke cawangan pusat servis PROTON terpilih. Sehubungan itu, pemilik kenderaan Proton yang terbabit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PROTON di talian 1800-888-398 untuk pertanyaan, pertolongan dan bantuan khidmat penundaan.

“Sebagai syarikat pengeluar kereta, adalah tanggungjawab kami membantu mangsa banjir kerana membaik pulih kenderaan memerlukan modal besar dan melalui program ini, diharap ia dapat meringankan beban pelanggan kami, khususnya kepada mereka yang tidak memiliki insurans bencana alam” kata Dato’ Harith lagi.

Sementara itu, PROTON mencadangkan beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk menguruskan kenderaan yang terjejas akibat banjir:

  1.  Jangan hidupkan enjin kereta anda.
  2. Jangan gunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu kereta. Sebaliknya, lakukannya secara manual.
  3. Pastikan buka atau matikan terminal negatif bateri kereta untuk menghentikan aliran arus elektrik di dalam kereta.
  4. Ketiga-tiga langkah di atas bertujuan untuk mengurangkan kerosakan kepada peralatan, khususnya komponen elektrik dan mekanikal kenderaan.
  5. Jika menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan tadi, beberapa peralatan atau komponen masih dapat diselamatkan.
  6. Selepas mematikan arus elektrik kereta anda, keluarkan barang-barang berharga dari kereta, kunci pintu kereta anda secara manual dan sila dapatkan khidmat lori tunda yang diiktiraf sebelum menarik kereta anda ke Pusat Servis PROTON pilihan anda.
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply