ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar peraduan “Pandu & Menang” dan edisi terhad Prevé LE

Views

Pic 2

Proton dengan rasminya melancarkan peraduan “Pandu & Menang” dan serentak dengan itu juga memperkenalkan model edisi terhad Prevé LE pada majlis yang sama semalam. Peraduan telahpun bermula dan akan berlangsung selama 60 hari dan bakal berakhir 17 Disember ini. Pemenang bakal berpeluang memenangi hadiah harian dan mingguan yang merupakan televisyen LED 42″, peralatan elektrik dan wang tunai sepanjang tempoh tersebut yang keseluruhannya berjumlah RM400,000. Hadiah Utamanya pula merupakan sebuah model edisi terhad Proton Prevé LE.

“Peaduan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Proton untuk menghargai sokongan yang diterima bukan sahaja daripada pelanggan tetapi seluruh rakyat Malaysia. Ini juga merupakan cara yang paling menarik untuk memberi inisiatif kepada masyarakat umum untuk memandu uji dan merasai sendiri pengalaman mengenai kereta Proton” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Lukman Ibrahim.

Warganegara Malaysia dand Pemastautin Tetap negara ini dengan kad pengenalan atau passport yang sah dan mempunyai lesen memandu layak menyertai peraduan ini. Untuk menyertai, hanya perlu datang ke mana-mana bilik pameran Proton yang terdekat untuk memandu uji apa-apa model kereta Proton dan mengisi borang pandu uji. Peraduan ini dibahagikan kepada dua, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di mana peserta perlu menjawab 2 soalan dengan tepat dan menjawab dengan masa terpantas untuk memenangi Hadiah Harian.

Satu lagi ialah dengan mengambil foto secara kreatif bersama kereta pandu uji Proton dan memuatnaiknya ke laman Facebook untuk memenangi Hadiah Mingguan. Walaubagaimanapun, hanya peserta peraduan SMS yang membuat tempahan dan mendaftarkan kereta mereka semasa tempoh peraduan layak untuk memenangi Hadiah Utama Proton Prevé LE.

Proton Prevé LE adalah varian terbaru yang hanya terhad kepada 100 unit dan hanya 1 warna ditawarkan iaitu Solid White. Model tersebut diberi beberapa penambahan seperti kit badan penuh R3, tempat duduk kenasan kulit, rim 17″ dan menerima penarafan 5 bintang ANCAP dengan 6 beg udara. Proton Prevé LE berharga RM79,688.00 (harga atas jalan) untuk Semenanjung Malaysia. Proton juga memperkenalkan warna baharu untuk model Proton Prevé yang dikenali sebagai Soft Lilac dan disasarkan kepada pembeli wanita. Untuk maklumat lanjut menegnai peraduan “Pandu & Menang” dan Proton Prevé LE, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Proton yang terdekat atau layari www.proton.com.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

69 Comments


    • 100 Unit jer? Adakah ini belen yang tak laku kat OZ sinun? Satu aku benci ngan Proton ni ialah bila kat luar negara bukan main bagi elok2. Kat negara sendiri macam haram!

      Salah ke bagi 6/7 airbags dan VSC as standard? Murah sangat ke nilai nyawa rakyat sendiri? Jangan pulak penjilat Proton dok kata “ala, Vios pun takde VSC dan lain2”. Aku pedulik aper ngan kereta dugong tu? Yang aku peduli ialah pasal Proton, sebab Proton adalah kereta Nasional hasil usaha pemimpin ulung kita, Tun M.


      • yang tu aku stuju, kat oz preve aifm dapat dashboard wood trim kat sini hmmm mcm haram…..pasal airbag n esc tu ikut regulation kat sana even klau perodua nak jual kancil kat oz pun kena tambah benda2 sbb sume keta oz ade high standard safety feature from all car manufacturer bukan proton je…


      • logik la ape yg p1 buat tu…kalo letak sume harge jd tggi org komplen plak..
        preve turbo baru msk oz brother..yg ade kat oz skang ni yg xde turbo…
        kalo yg ckp tu main cakap je senang la..


    • -sentimen bencikan proton masih kuat… (proton dan kita mesti kerja kuat utk kembalikan kepercayaan)
      -kemudian Vios2013 pulak keluar… (Malaysian masih teguh menyokong jenama luar walaupun, aspek keselamatan tak dititik beratkan)
      -promosi Suprima x sehebat Preve…tgk saja TV ads dia…
      -nama Suprima tu sendiri takde AURA yang kuat macam Preve…

      just my 2kupang…


      • Nama dah la ala2 endon. Btw, pada aku memang tak perlu pun nak iklan sampai mengalahkan Preve, sebab SS ni hanyalah versi hatchback untuk Preve. Bukan model baru pun.


        • maksud aku…iklan tu kalau x lebih hebat dari preve, biar la setara… aku kecewa dgn iklan yg ala iklan wira tahun 90an dulu tu…kalau guna konsep iklan yg sama mcm preve pon ok pe…
          aku suka iklan ni nampak elegan…
          http://www.youtube.com/watch?v=cbCMdsDoopc

          btw Suprima spatutnya lebih sporty…tp TV ads dia… dan mcm kete wagon punya… family…spacey…

          kecewa dgn bahagian branding dia…


          • aku pun tak setuju dengan iklan die. Mcm cher. Cube la bagi iklan, org nak rompak kereta, ketuk cermin tka pecah, tekan minyak lari, penjahat kejar. Baru best.


    • Harga.

      Even Preve punya sales pun off target every month. Tu yang diskaun sakan.
      Yang cukup informasi pasal suprima s pun masih teragak-agak, ini kan yang tak minat proton sebab jenama, terus pangkah.


      • Berapa diskaun paling tinggi yang diorang berani bagi untuk Preve CFE sekarang ek? Dengan kata VW Polo Sedan boleh dapat diskaun sampai RM10K. Sebab aper? Sebab tak laku.


    • still new perhaps….1 thing I don’t understand about Preve’..some people said that the sales were off target every month but nowadays I can see many Preve on the road…and it’s rapidly increasing…can some1 tell me the exact figure “target sales” for Preve every month?


  • tak semua org minat suprima s yg lebih sporty. org yg mampu beli kereta harga RM75k-RM80K adalah golongan yang sudah bekeluarga dan lebih meminati kereta yg kelihatan executive.

    Orang muda yg minat suprima pula, belum tentu mampu membelinya kerana faktor kewangan.

    Akhir sekali, tidak perlu dinyatakan adalah faktor brand.
    orang malaysia juga masih mementingkan resale value. Beli vios RM88k dgn suprima RM80K. Agak2 nak jual balik lepas 5 tahun pakai, kereta yg mana nilainya akan jatuh lebih rendah?


      • Mmm… x salah mengkritik. Lebih2 lagi yg membina. Mmg itu yg diperlukan oleh proton utk sentiasa improvekn produk mereka. Cuma masalah org kita nie, bila lebat mengkritik sampai terlupa nk bezakan yg mana kritikan, yg mana kutukan, merendah2kan produk sendiri. Dlm situasi nie, yg menerima kritikan balas terasa diri dicop sebagai anti proton ( sebenarnya x pun..) walhal mereka nie sendiri x suka dikritik atas kritikan mereka sendiri;P

        my 2 cents.

        Cheers!


  • betul tu… sentiment benci proton or kaitkan proton dengan kerajaan masih menebal…
    walopun pada harga yg lebih kurang sama, ramai memilih utk beli kereta jepun yg bg features jauh kurang dari Suprima or Preve dgn harapan resale value dia lebih baik..
    well, to me depends on what we want actually…kalo kita sanggup tak dapat enjoy features kereta yg lebih baik semata2 utk kesenangan hari esok maybe ok..
    but to me, i’d rather live my life today to the fullest..so i choose otherwise


  • Huh… Malangnya nasib proton… Di tanahair sendiri masih ramai yang menolak proton atas sebab kesilapan dan kealpaan lampau peneraju proton dan tak kurang juga atas sebab politik. Di Indonesia pula walau Proton antara salah satu jenama yang menawarkan produk terbaik pada harga yang terjangkau berbanding saingannya tetapi sentimen anti-Malaysia sangat menebal di sana sehingga menyukarkan perkembangan Proton. Harap Proton jangan mudah mengalah dan teruskan usaha untuk mengembangkan sayap di seluruh dunia. Kepada Proton, sekarang bukan masa untuk merangkak tetapi masa untuk berjalan tegak dan gagah. Saya percaya… Proton Boleh!!!


    • kat indon who says proton hard to sell. Sentimental tu ada but lots of proton sell in indonesia. Ye la baru 2 tahun aktif, so dont aspect more. Thailand ia a good market for p1


      • aku setuju dengan ayat “kealpaan lampau” tu…

        betapa peritnya nak bangun semula selepas jatuh….
        jatuh pulak botingkek-tingkek…haha

        tapi yg bagusnya…masih ada yang support… syukur bahagian tu…


      • Nak balik raya, lampu gear CVT exora bold aku menyala. seram juga. dah lah perjalanan jauh. nasib ada SC yang buka. kena hantar futher check lagi.


  • Betul tu FREDO Kalau setakat kereta KOREA ,JEPUN PERANCIS CHINA HATCBACK bagi gua tak boleh lawan SUPRIMA S .Yang boleh lawan SUPRIMA S hanya kereta JERMAN dan FORD FOCUS S HATCBACK.Mereka sebenar cemburu dengan PROTON NI.


    • haha..tu baru 1.6CFE…tak sabar tunggu R3 punya line…. dengar diorang nak pakai engine 2.0L Turbo yg dibeli dari Petronas dulu…. best2..
      takpun 1.6CFE dgn gearbox manual sudaaahhh… hehehe


  • Sebagai pengguna tegar Proton, dari saga megavalve, iswara, satria 1.6 sampaila 1.8 ….
    nak la jugak share pendapat…
    kalo dilihat dari segi produk, Proton dah banyak improve…keta proton dah tak ‘kosong’ mcam dulu…. isu ‘underpower’ pun dah bole dikatakan jauh dah lagi baik dari yg dulu2 semenjak ada CFE ni…sapa2 yg bawak MPV tapi belom pernah bawak Exora Turbo, elokla pg test…nilai sendiri betapa responsifnya kalo banding dgn MPV lain yg setara dgn harga dia…
    dari segi features pun macam2 ada dah dlm keta proton …jauh lebih baik dari keta2 lain yg setara harga dgn dia…trend yg sama digunakan oleh kimchi…

    cuma ada 2-3 benda je yg masih tak best dgn Proton ni, after sales service dia masih sucks!!!!!
    wahai TOP MANAGEMENT PROTON, ketahuilah, area ni sangat penting…. korang buatlah kereta hebat macamana pun kalo after sales service teruk, inshaAllah tak ke mana jugak….
    wa bukan anti proton….tapi kecewa dgn tahap after sales yg teruk…. member gua Satria neo masuk air dah penat pg service center…tak settle2 jugak…last2 tawakkal jela…

    Kamon Proton, yg ni kena UBAH!


    • betul…itu aku stuju….after sales service mmg perlu banyak improve…
      aku rasa kalaulah diorang ambil inisiatif untuk improve bahagian ni… rasanya kepercayaan terhadap proton boleh semakin baik…
      ape kata diorang buat spot check kat SC…dan buat survey… menyamar jadi orang awam ke… tgk proses SC wat keje… kalau ada masalah, boleh perbetulkan… kena tegas…branding kena jaga… 🙂


  • saya pengguna exora rasa macam bawa kereta mewah kerana macam macam fungsi ada seperti nak main lagu tak perlu beli cd hanya pakai handphone aje


  • bila mula berjalan dalam 20kmj pintu akan terkunci secara otomatik tanpa perlu menekan brek pada waktu malam lampu hadapan tidak ditutup bila enjin dimatikan alarm akan berbunyi


    • Mmm… kalau betul sales suprima slow mmg dah bleh jangka sbb bukan faktor rear design x cantik. Bgi sy xlah begitu cantik tapi masih menarik n x lah buruk cuma safe design jer. Faktor lain mgkin sbb design depan mmg dah sebijik preve, tapi prootn/DRB declare new model, bukan kesinambungan preve hatchback. So, ada kekeliruan rekabentuk kat situ; drp angkat suprima better angkat preve, mmg suite dgn rekabentuk keseluruhan dan lebih space as a sedan berbanding suprima S walau better kualiti n spec n mahal sket wlaau paling murah dlm segmentnya.

      Kita faham, rupa depan suprima S sebegitu utk mengurangkan kos; kos pembuatan, kos crash test (sbb dh dibuktikan oleh model preve, so dh jimat 8 digit…) dll. Cuma patutnya, declare sahaja suprima S nie adalah preve hatchback, tutup kes. Abis cerita. Org pun bleh terima kenapa fizikalnya jadi begitu. Bila think thank asas dah x berapa nk betul, yg lain2 pun akan sikit2 kena tempiasnya. Dan kalaulah rupa depan suprima S ada perubahan tapi x lari konsep design preve (mcm blm transform flx), yg nie akan jadi cerita lain. Sales juga berasaskn faktor yg lain juga dan time tu proton declare new hatchback mmg tepat sekali, mmg dah sgt sesuai dan pembeli membeli sebab ia benar2 model baru dari prootn yg berkualiti;)

      Apa2 pun, model GSC nanti kalau kena caranya, akan mendapat sambutan hebat. Please proton blajar dari strategi silam semasa savvy/myvi dilancarkan pada masa yg lebih kurang sama dulu, dan GSC ie gak akan menghadapi situasi yg sama bila perodua gak akan keluar dgn model A segment yg paling murah dlm keluarannya nanti. Time tu pembeli akan buat perbandingan gak dari pelbagai segi walaupun proton claim ia adalah supermini compact dari segmen yg sama.

      Satu lagi, engineering vs styling; kalau bleh lepas2 nie biarlah styling lebihkn sikit jer dari engineering dlm seni rekabentuk sbb dari persepsi awal, people lebih melihat itu dulu. Misalannya Hyundai elantra baru, design lampu blakang panjang meleret. Yg panjang meleret dh nk sampai kat penutup tangki minyak tu pun no function sgt pun. Tapi dri segi styling ia dianggap menarik kn? Lebih kurang cam tu la.

      Apa2 pun lagi, kalau benar sales suprima S nie slow, kena dpt gak data dan maklumat jualan model hatchback C segment yg lain di m’sia seperti ford fiesta HB, mitsu sportback, mazda3 HB, Kia Rio, peugeot 206 dll. Kalau salesnya lebih sket atau dlm lingkungan model2 sesegmentnya itu, nk wat cam ne mmg itulah saiz market segment tu di M’sia. Nie nk banding dgn sales lagi2 myvi…. x dapek la den nolong..;P

      my 2 cents.

      Cheers!


      • betul tu…aku stuju, kalau dah alang2 bahagian depan Suprima S ni sama dgn Preve… baik letak Preve S… orang ramai pun x keliru… ya, mmg sama mcm konsep Persona dgn Gen-2… tapi bagi aku kalau kekalkan nama Preve tu lagi bagus dari mula balik dgn nama baru…
        mmg ada benarnye faktor space dan “SEDAN”(preve) tu sendiri yg buat Suprima S kurang sambutan berbanding Preve…

        Bab styling tu pon aku stuju… x kisah lawa ke tidak itu perkara subjektif… sebab rata2 rakyat malaysia akan memandang pada styling… tp pada point lain aku nampak jugak orang kita ni…pandang pada BRAND juga…haha buruk macam DUGONG/KELI dna juga yg kosong macam VAVI pun…LAWA juga BAGUIH jugak… kan tu BRAND2….. “TOOT” haha

        yg last tu betul, kena dapatkan juga data2 sale kereta2 hatchback… mungkin jugak orang kita kurang minat pada Hatchback…ye lah…mcm di indo…mungkin MPV lagi laku dari sedan…di thai…pickup lagi laku…
        aku pun kurang pasti dgn kehendak rakyat Malaysia…kalau ada sapa2 ada statistik boleh la share…

        tapi ape2 pon kesimpulannye, BRAND PROTON tu sendiri jadi sandaran…. BRAND Proton dan tercalar teruk… dah mcm susah utk diperbaiki…tapi ape yg aku nampak, terkini…Proton mula diterima baik semula…ada progress yg bagus la…teruskan usaha baik ni…semoga “NAMA”Proton akan dapat kembali pulih….

        tambah lagi 2sen


  • 3quater viiew from the back ilooks like an old design for suprima, but for preve over all looks is just right.

    Suprima is a wide hatch, wide hatch should be in different format of design,
    Currently the suprima rear is styled like a widened A segment hatch.

    The C segment hatch is designed differently to be more sexier and sometimes radical like what we found today, on other makes, so,,,,,,


  • i hate to say this.
    just came back from town ,so happened to pass one of the suprima, my goodness it the car has slowly grown on me. quite nice to look at the rear,

Leave a Reply