ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Polis tahan kereta tanpa pemandu Google kerana terlalu perlahan

Views

Atas jalan raya ni kalau memandu terlalu laju atau perlahan boleh membahayakan pemandu lain. Disebabkan bergerak terlalu perlahan, kereta tanpa pemandu Google telah ditahan oleh polis di Mountain View, California. Kereta tersebut dikatakan bergerak dengan kelajuan 39 km/h di zon halaju 56 km/h.

Foto polis menahan kenderaan tersebut telah sempat dirakam oleh Aleksandr Milewski dan dimuatnaik ke laman Twitternya. Menurut laporan dari pihak polis Mountain View, kereta tanpa pemandu Google telah mengakibatkan kenderaan lain terpaksa beratur panjang di belakangnya.

Semasa pegawai polis datang untuk menyiasat punca mengapa pengguna jalan raya memandu perlahan, pegawai tersebut menyedari ada kereta Google telah menghalang kelancaran trafik. Pegawai tersebut terpaksa menahan kereta tersebut dan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mengetahui punca kereta itu terlalu perlahan.

Macam-macam boleh berlaku atas jalan raya ni kan?

sumber : www.bbc.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply