ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perjelaskan isu yang dibangkitkan oleh Wolf Vaupel

Views

BRAND SIGNATURE

Susulan daripada isu yang sedang hangat di media sosial, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh tampil memberi kenyataan rasmi berhubung isu dakwaan seorang jurutera bersara dari Jerman, Wolf Vaupel mengenai model Myvi dan Alza yang dikatakan berbahaya. Menurut beliau, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perodua amat mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan mematuhi piawaian keselamatan oleh pihak berkuasa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan agensi berkaitan.

Sebenarnya, generasi pertama Myvi (sekitar 2005-2011) telah mendapat penarafan Euro 4 dan dieksport ke United Kingdom. Perodua turut mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan untuk pelanggannya dari semasa ke semasa. Dalam blognya yang bertarikh 13hb Mac 2015, Wolf Vaupel telah membuat kenyataan bahawa Perodua Myvi dan Alza boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna. Vaupel mendakwa lampu pada panel meter terpasang secara automatik pada siang hari boleh mendatangkan bahaya selain mengelirukan pemandu yang menjangkakan ia adalah petunjuk bahawa lampu hadapan telah dihidupkan.

Perodua ingin memaklumkan, setakat ini tiada lagi kes yang berkaitan isu terbabit telah mengakibatkan kemalangan jalan raya. Selain itu, ciri tersebut bukan sahaja terdapat pada model keluaran Perodua, malah telah digunapakai oleh beberapa jenama terkemuka lain dan pihak Perodua juga hairan kenyataan Vaupel yang hanya memfokuskan kepada jenama mereka sahaja. Beliau juga turut mendakwa ciri tersebut bertentangan dengan peraturan antarabangsa namun gagal mengemukakan bukti yang kukuh.

Kami juga ingin menjelaskan, Perodua telah menjawab segala pertanyaan berdasarkan dakwaan Vaupel. Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk memberi pandangan, tetapi kami tidak akan bertolak ansur dengan dakwaan yang tidak berasas dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi haknya.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

21 Comments

Leave a Reply