ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi tampil dengan wajah baharu!

Views

launch bagus

Perodua telah melancarkan model Myvi facelfift baharu yang dipertingkatkan untuk menggantikan model Myvi sedia ada dengan ciri-ciri yang lebih baik dan pada nilai yang lebih besar untuk para pelanggannya. Myvi baharu ini bukan sahaja tampil dengan rupa yang lebih segar malah ciri-ciri keselamatan juga telah dipertingkatkan  untuk melayakkannya menerima penarafan 4 bintang oleh  ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baru bagi Asia Tenggara) setelahstruktur kenderaan hadapan dibina lebih kukuh supaya menepati piawaian global.

Myvi telah terjual lebih 800,000 unit, menjadikannya model Perodua yang paling popular setakat ini dan untuk model baharu ini kami menyasarkan untuk menjual 6,000 unit sebulan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk Aminar Rashid Salleh berkata. Penambahbaikan untuk Myvi baru termasuklah sensor sudut depan yang boleh diaktifkan oleh pemandu jika perlu.

Myvi-1.5_3_4_FRONT-LEFT-e1421293828523

Myvi baharu juga turut dilengkapi cangkuk antiragut di tempat duduk penumpang hadapan yang mula diperkenalkan pada model Axia dan pemegang cawan sentap untuk kemudahan penyimpanan. Sistem multimedia  juga dinaik taraf dengan tambahan fungsi kamera undur. Selain itu 2 pilahan warna baharu turut diperkenalkan iaitu  Electric Blue (untuk varian SE dan Advanced) dan Cosmic Gold (untuk varian G Standard dan Premium X) selain warna sedia ada Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White (Solid).

Myvi baharu ditawarkan dalam dalam 2 pilihan enjin dengan 4 varian. Untuk kapasiti enjin 1.3 liter, ia didatangkan dalam varian Standard G (MT / AT) dan varian baru Premium X (AT sahaja). Bagi kapasiti enjin 1.5 liter pula, ia hanya ditawarkan untuk varian SE 1.5 (MT / AT) dan Advance (AT sahaja). Harga untuk Myvi baru adalah antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan disertakan dengan jaminan lima tahun atau 150,000km (yang mana terlebih dahulu).

Brosur Perodua Myvi 2015

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Perodua Myvi 1.3 Standard G

Myvi_3_4_FRONT_LEFT_SILVER-e1421293248807 Myvi_100-FRONT Myvi_3_4_BACK_RIGHT Myvi-1.3-Premium-X_Dashboard Myvi-1.3-Premium-X-Standard-G_Front-Seat

Perodua Myvi 1.3 Premium X

Myvi-1.3L_Premium-X_3_4_FRONT_RIGHT Myvi-1.3L_Premium-X_100-BACK Myvi-1.3L_Premium-X_100-FRONT Myvi-1.3L_Premium-X_3_4_BACK_LEFT Myvi-1.3L_Premium-X_100-SIDE Myvi-1.3-Standard-G_Dashboard Myvi-1.3-Premium-X-Standard-G_Front-Seat

Perodua Myvi 1.5 SE

Myvi-1.5-SE_1_4_FRONT-LEFT_LIGHTS-ON-e1421293282593 Myvi-1.5-SE_3_4_BACK-RIGHT  Myvi-1.5-SE_ORANGE_100-FRONT_F Myvi-1.5-SE_Dashboard Myvi-1.5-SE_Front-Seat

Perodua Myvi 1.5 Advance

Myvi-1.5_100-FRONT_F_lights-on Myvi-1.5_3_4_FRONT-LEFT-e1421293828523 Myvi-1.5_3_4_BACK-RIGHT-e1421293233934 Myvi-1.5-Advance_Dashboard Myvi-1.5-Advance_Front-Seat

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

47 Comments


  • hrap consumer kt luar sna bnding kn specs myvi against Iriz…mna yg brbaloi n safe to drive on the road..tgok la arga full spec myvi skit lgi sma dgn iriz..so iriz lg brbaloi..xtau la klu diorg low mentality or dh fobia dgn proton


    • Setuju!!!
      Iriz jauh lebih berbaloi daripada Myvi LB facelift ini walaupun hanya sekadar Iriz 1.3 standard spec yang takde wiper belakang tu namun ianya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang bertaraf global.

      Pada pendapat saya, Myvi LB facelift ini hanya berbaloi bagi varian 1.5 SE sahaja.


    • Sy guna honda city beli tahun 2005. Accident minggu lepas total lost. Pegi test drive iriz 1.6 premium. Pintu kena tutup kuat. Honda tutup slow pun dah masuk rapat. Enjin bising walaupun nak compare dgn honda 10 tahun. cuma consider harga rendah je. Pegi tgk myvi pulak. Bawa tak sehebat iriz. Tp enjin stabil. Selepas consider banyak perkara, last2 booking myvi 1.3 pun dah ok.


  • Ramai yang fobia ngan Proton. Ramai yang tunggu dan lihat perkembangan Iriz. Tak mau ambil risiko. Yer la kereta bukan bleh tukar macam baju. Sekali terkena merana jawabnya.


  • At the Perodua office in September 2014 ;

    Salesman : ”Boss, Myvi dah sampai empat tahun, kita kena update dia punya design, nanti customer merajuk ! ”

    Boss : ”Aduiii malas nak buat lah, baru tadi dah launch Axia, penat lah aku ni…”

    Engineer : ”Takpa Boss, saya tukar dia punya bumper, tambah rim, masuk LED… dan yang terpenting sekali, anti-snatch & teh tarik hook !

    Untuk 4-star ASEAN NCAP… masuk je batang kayu, dah cukup kuat ! ”

    Designer : ”Yes Boss, saya boleh design bumper baru, pastu tukar rim design… boleh je copy orang lain punya, asalkan baru, sudah okey !”

    Salesman : ”Jangan risau, saya akan promote baik2. Kan Myvi dah 9 tahun best seller… orang akan beli, asalkan nama Myvi. Tak payah risau, tidur hari2 pun sales berlambak2 !”

    Boss : ”…. apa-pa je lah, saya nak pergi tidur ni.”

    1 month later ;

    * Poof *

    2015 Perodua Myvi facelift launched – more standard equipment, four-star ASEAN NCAP, RM42k-RM59k

    At the Proton office earlier today ;

    Everyone : ” Dah lah Perodua, kesian kita orang, Iriz baru je launch, dah 4 tahun kita design sendiri. Korang design Myvi facelift 4 bulan… tapi akhirnya sales korang akan lebih baik daripada kita punya sebab brand image. Mana adil ? Korang cuba lah design kereta sendiri… bukan ‘copy & paste’ design Toyota, tapi dengan ‘blood, sweat & tears’ anak Malaysia sendiri.

    Pastu korang takda hati ke ? Myvi kau RM60k pun 2 airbag je, ESC pun tak ada. Iriz berlambak-lambak safety features dia. Beratus-ratus juta kita dah invest untuk safety customer kita, tapi akhirnya, orang ramai masih beli Myvi kosong kau. Mana adil ?”

    “Orang ramai kata kereta Proton tak ada kualiti, tapi cam mana nak improve kualiti kalau kita takda duit nak bayar vendor kita ? Kalau ada duit, isu kualiti dah tentu boleh selesai, tapi Proton bertahun-tahun tak dapat profit macam korang. Tapi kita terpaksa jugak cuba tingkatkan kualiti… bayangkanlah, yang mana lebih senang ? Orang buat kerja dengan perut kenyang, atau orang yang terpaksa kerja waktu kelaparan ?”

    Some food for thought ;

    “Fikirlah baik-baik, yang mana lebih ‘morally justified’ ? Proton ke Perodua ? Yang mana lebih membanggakan sebagai bukti pencapaian anak Malaysia ? Proton ke Perodua ? Yang mana akan lebih teringat sebagai kereta buatan Malaysia 100 tahun daripada sekarang, Proton ke Perodua ?”


  • Tu diaaa…p2 mengganas kembaki dgn myvi baru yg lebih cantik,jimat dan reliable..salesman p1 akan duduk termenung kembali akan nasib mereka di zaman pra gst nanti


    • “lebih cantik” pada pandangan “pengguna proton kecewa”, tp huduh pd saya.

      design axia & bumper myvi nmpk cantik kalau dilihat dlm bentuk 2D. on sheet paper; depan belakang side profile.
      tp cuba tgk dlm 3D; 1/4 angle, 3/4 angle, mmg xmasuk, cacamerba.

      keep aside AseanNCAP 4*, nothing to shout about.


        • aku suke kalu lampu belakang iriz tu di buat melintang, bukan menegak cm skrg.

          overall aku boleh terima design iriz, sbb line/stroke dia konsisten dgn design keseluruhan.

          ,cuba tgk myvi FL ni. lampu, bumper..
          aku rasa yg pre-FL lg cantik sbb holistiknye myvi tu bentuk chubby.
          therefore lampu depan, blkg, design side profile sume bulat/lonjong gitu.


  • Mmm… Perodua pantas menyajikan pilihan baru kepada pembeli bagi mengukuhkan hanya satu2 pasarannya (segment compact) di M’sia. Selepas Axia, strategi pengeluaran model perodua dilihat menampilkan 1 model baru dgn 2 wajah (bumper je), menjadikan lebih banyak pilihan pembeli utk pasaran kereta compact mampu milik yg paling popular di M’sia. Sememangnya Daihatsu kn terkenal n berpengalaman dlm pengeluaran kereta2 compact. Proton perlu ada resepi seperti ini sekiranya ingin memperbaiki kedudukannya di pasaran kereta M’sia; iaitu punyai model segment A dan B compact dgn pelbagai pilihan n spek:) Selain kekal dgn pengeluaran model2 sedan segment B n C utk mengintai peluang pasaran global.

    Perodua mmg tiada pilihan lain utk terus mengekalkan momentum pasaran kereta compactnya sebelum memasuki pasaran kereta sedannya 2016. Persaingan dlm pasaran kereta compact menarik minat pengeluar lain seperti Proton dan pengeluar2 lain di M’sia. Apa2 pun persaingan Myvi nie n Iriz pasti hangat selepas nie bila Perodua commit merapatkan jurang safety myvi nie dgn sasaran 4 star NCAP Asean berbanding Iriz 5 star NCAP Asean. Walau Iriz lebih baik dari aspek spek n safety, penguasaan kereta compact masih dijangka berpihak kpd Perodua kerana Perodua punyai sebuah model A segment (Axia) dgn 2 wajah pilihan dan B segment Myvi baru dengan 2 wajah pilihan jugek. 4 lawan 1. Seperti kalau kat pasar mlm tu perodua bukak 4 gerai murtabak berbanding proton hanya ada satu jer gerai murtabak. hehehe… So proton, cepat2 ler kuar kn B segment low cost sedan popular mereka (new saga replacement 2016) yg lebih menarik n sporty bagi menarik minat pembeli ‘murtabak’ yg dah bosan mkn ‘murtabak’ tu bagi mengimbangi jualan gerai2 ‘murtabak’ perodua. hehehe… Apa2 pun, the choice is urs. Duit anda, pilihan anda!:)

    Cheers n salam Jumaat!


  • trade mark “A MALAYSIAN ICON” tu da bagus..cuma pada apa myvi tawarkan n harga yg sangat rapat dengan iriz..i think myvi still overprice..sepatutnya harga myvi ni jd mcm axia..dan axia lg murah..sbb safety features still rendah..sensor depan tu x penting la..selama ni parking kereta x perlu sensor depan..relax je.kan abg2 akk2..hehe..sory Iriz da mula banyak kt JB ni..anak muda da mula bijak memilih..ANCAP 4* vs Iriz with 5*.. banyak perbezaan tu.. setakat 4 bintang..Proton Saga + body depan kukuh sikit pon jd 4*.. so x perlu dibanggakan dengan perbezaan 1* dengan Iriz.. still jauh perbezaan tu.. maaf Perodua..cuma sy harap mentaliti rakyat Malaysia ni berubah la kepada pilih yg selamat bukan jenama.. As a malaysian, sy bangga dengan Proton.. Perodua bukan x bangga cuma bila teringat ada DNA toyota n daihatsu jd sedih..anak tempatan terkongkong utk mencipta teknologi..


    • Mmm… Biz perodua lebih kepada penghailan kereta mampu milik compact segment milik toyota/daihatsu yg mana menjadi segment paling popular di M’sia. Tapi setakat domestik jer la. Proton biz trend n visi lebih kepada menjadi pengeluar global yg mana hampir sumer segment patut ada. Cuma company kecil nie kekurangan dana justeru pembangunan model2 baru bergerak perlahan selain isu reputasi silam yg tercalar.

      Cheers!


    • Sepatutnya saga dengan Persona dah phase out…kalau tengok kat platinum dealer, banyak stok saga yang tak dibeli…beratur berjemur di bawah panas terik matahari.

      Saya pasti jualan saga pada tahun ini akan menurun berbanding pada tahun lepas. Dan ini akan menjejaskan bilangan unit jualan proton.

      Sekarang model generasi baru adalah Iriz dan preve/suprima. Proton kena keluarkan pengganti saga secepat mungkin agar dapat mengekalkan prestasi jualan dari terus merudum.

      Proton dah tahu saga adalah formula utama untuk meraih jualan, namun ia tak menggunakan peluang itu sebaik mungkin. Nampaknya hanya perodua je yg guna formula mereka dengan berkesan.


      • Mmm… sy rasa proton kurang dana la bro. Berjimat, berhemat sehabis mungkin. Pengeluar lain life cycle model setiap 3 tahun tapi proton guna pendekatan 5 tahun. Sebab tu setiap kali kuar model baru kena buat betul2 dari segi design, teknologi dn spek dll. Kekurangan pendekatan nie ialah bila pengeluar lain dpt upgrade design, teknologi, kualiti dll. dari 2 model sebelumnya sedangkan proton kena lakukan pada 1 model. Ini memberi peluang kepada pesaing sentiasa satu tahap di depan. Contoh mudah tengok kat model Kia Picanto. Banding generasi pertama dgn 2 model kemudiannya n terkini.

        Sy suka dgn legasi Persona tu;) Cuma ia perlu dijelmakan dgn model baru dlm segment B, setanding n bersaing dgn vios, honda city. Saga biar kekal sebagai low cost sedan dlm segment B;)

        Cheers!


        • Kalau trend jualan proton seperti tahun 2014, makin susah proton nak dapat modal bangunkan model baru. Lagipun orang bukan tukar beli kereta baru setiap 4-5 tahun. saya pakai waja pun takde hati nak beli proton baru dek kerana tak mahu membuat hutang baru. Kereta elok tiada masalah, kita pakai je.


  • Sudah banyak iriz dijalan skrg walaupun nampaknya masih axia lebih kelihatan. Dan betul pengguna masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk iriz. Keyakinan masih rendah utk proton. Dari atas kertas, sudah tentu iriz lebih berbaloi..


    • bagi aku, salah proton. perodua masa nak launch axia, dia pile up stock dulu, baru launch. proton masa launch iriz, habuk stok pun tarak. kete baru nak pasang. so orang nampak iriz ni fail product takut nak beli sebab macam tak ramai orang pakai.


      • Memang salah marketing proton..Padahal dah boleh tahu, model 1.3CVT pasti akan menjadi pilihan ramai kerana faktor harganya dan ditambah lagi orang jarang nak memandu transmisi manual. Sepatutnya proton dah sedar akan hal ini.

        namun apabila kereta lambat keluar, mulalah orang buat spekulasi yang negatif. yang rugi tetap proton. Ada yg telah membatalkan tempahan dek kerana tempoh sah tawaran pinjaman bank telah tamat.

        Sepatutnya setiap varian sudah sedia semasa iriz dilancarkan..bukan langsung tiada.


  • Ramai komplen pasal service centre proton. Sebab tu dorang takut nak angkat. Nanti dah antar kete kat service centre komplen pastu kata perkara kecik laa. Tak perlu repair utk masa ni laa. Tak jejas kete keseluruhan laa. Mana laa orang tak bengang. DRB kene buat sesuatu pasal service centre ni.


    • Ramai komplen ? Dengar cerita pak menakan kepada adik jiran punya kawan cerita pasal servis proton…blaa blaa.. Ini ayat-ayat yg kebanyakan rakyat malaysia yg bersikap ‘katak bawah tempurung’ selalu cerita pasal proton….Padahal ini cerita tahun 2004 yg masih diulang-ulang untuk menjadikan proton seperti ‘hantu dan tahyul’ yg patut ditakuti sampai 7 generasi…SYABAS kpd anda semua yg berjaya menjadikan proton ‘hantu pontianak’ yg perlu dijauhi hingga anak cucu anda…


      • Tak tumbuh tak melata,tak sungguh, orang tak kata..

        Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang.

        Cerita tahun 2004 tu masih wujud lagi pada tahun 2015.


        • Memang ada…tp pd org spt dik fizo dan sefikiran dgn dik fizo yg akan jaja seantero alam masalah proton…proton bukan tuhan, tentu tidak terlepas drp kekurangan…lainlah bau jepun ‘serba sempurna tiada cacat cela’….dik fizo oiiii


          • Apa justifikasi kau cakap aku jaja masalah proton seantero alam..jgn buat fitnah bro. aku pakai proton juga..tapi kalau ada masalah aku senyap2 je.
            cuma aku sembang dgn org yg menghadapi masalah dgn proton semasa servis kereta, dorang luahkan pengalaman dorang..tu je..

            Setiap org ada pengalaman masing2..salah ke dorang nak luahkan.


          • Mmm… mana2 pengeluar pun ada masalah dgn model2 , SC mereka sendiri. Cuma citer x citer jer. X salah pun nk luah masalah dan berkongsi citer. Kalau betul ok la. Nie set2 yg menambah2 ‘perisa’ tu yg x patut tu. Mgkin la sebb marah smpai x terkawal emosi meluahkn, ye tak?:P

            Bagusnya, dgn harapan feedback nie mendapat tindakbalas positif SC meningkatkan kualiti kerja n prestasi, ye tak? Tak patut la kot mengandaikan semua SC tu x ok, X wat keje, pemalas dll. hanya kerana SC yg kita gie tu bermasalah, itu gak dlm katogeri fitnah gak kn?;)

            Cheers!


        • Mmm… tak tumbuh mengata, tumbuh pun mengata tak terkata. Nk wat camne:P

          Zaman sekarang dah berubah dek non. Angin xde pun pokok bleh bergoyang. Siapa lagi kalau yg goyangkan set2 yg dengki, benci n x puas hati, x gitu?:) Kalau bleh smpai nk tebang pokok tu dan blame plak angin taufan yg buat:P

          Cheers!


          • Haha..memang ada set2 macam tu.. kalau fitnah, memanglah berdosa. Benda2 macam ni cepat je tersebar melalui media sosial.

            Tapi sekarang, rata2 org komplen aje tanpa mengira jenama. Aku pun pakai juga kereta luar..join forum..kalau ada masalah, dorang kutuk kaw2 juga..sc pun siap kena maki.. sama je kaedahnya sebab orang tau hak2 mereka.

            Anggapan proton sahaja yg kena komplen dan jenama luar tidak, sudah tidak boleh dipakai lagi.. kecuali kalau orang tu hanya baca forum proton, dan pakai proton lepas tu tak pergi jelajah forum@rumah kereta jenama lain.


      • Bro, ko keje Proton ker? Kalau keje proton cuba ko intai-intai skit Pusat Servis ni. Aku penah kene bukan citer adik menakan pakcik adik sedara tok nenek. Kalau tak aku tak citer bro. Jadi tolong sampaikan pada management proton hal Service Center ni. Dorang ni kira cam front liners jugak. Orang tak nampak baiknya walaupun 1000 kali tapi cacat sekali je orang akan nampak berkali-kali. Fikir-fikirkan kalau nak proton bertahan in the market. Kalau tak aku cadangkan Proton revamp balik servis center ni. Bagi bintang ker dan sebagainya. So orang tau. Kalau sikit bintangnya alamat sikit laa pelanggannya.


  • Sebenarnya sc proton dah banyak berubah.layanan pun bagus.nak kata servis x bagus tu kurang tepat.sc produa pun apa kurangnye.cuma x dihebohkan shj.sepanjang guna proton gen2 lg alhamdulilah servis boleh dikatakan kalau boleh servis di sc terutama sekali di sc branch kalau xde br pg ke dealer.layanan bagus servis pun bagus.asalkan kita tahu ape yg rosak dan ceritakan secara detail kerosakan atau ape2 yg x kena pada kereta tu dgn cara yg baik pada pomen. hasilnya servis yg sgt baik.sekarang dah beli bold.salesman kate kereta br je smpai dari kilang.milage dlm 2km.dia kata kalau ade ape hantar ke sc.so dah setahun guna lampu cvt bila bergerak so hantar ke sc ckp dan terangkan elok masalah yg berlaku.tak sampai 15 minit cip cvt dah ditukar dan dituning dgn baik sekali.lps tu proton suruh pulak tukar kepala penyambung radiator dari plastik ke besi free shj.semuanya dibuat dgn kemas.jd nak kata serbis sc proton x bagus tu saya x sokong sepenuhnya.produa pun apa kurangnya psl sc ni.


    • Nasib ko baik laa dapat SC bagus. Kadang bukan apa SC bagus tapi perangai orang yang terima kete tu yg hampeh. Eiii rasa cam nak balun je. Kalau aku kata suruh check tu check laa jangan main kata tak perlu laa, tak payah laaa, tak jejas laa. kaannn….


  • ni aku punya pendapat la, proton buat kereta model baru tetapi menghapuskan kereta model lama seperti penggantian wira dan gen2 dengan model baru dan nama baru. Sedangkan kalau dikekalkan nama lama tetapi bawa model baru lebih baik sebab proton akan banyak model. boleh jer guna “chasis sama” tetapi untuk 2 model berbeza. Kalau bagi aku, aku suka proton buat macam ni untuk setiap chasis yang sama. tgk contoh dibawah untuk pendapat aku

    1. Saga & Wira (kasi tukar nama wira kepada Global iaitu Hero)
    2. Persona & Gen2 (pastikan Gen2 rupa bentuk berbeza dengan persona)
    3. Preve & Sumprima (pastikan suprime berbeza rupa bentuk dengan preve)
    4. Iriz & Savvy (pastikan Iriz model lawan Myvi dan Savvy model baru lawan Viva)
    5. Inspira & Perdana
    6. Exora & MODEL BARU SETARAF

    aku suka kalau proton buat macam kat atas ni. Baru ada banyak model. Setiap 1 chasis sama dikongsi untuk 2 model kereta

    pastu buat engin baru dengan pelbagai varian 1.3, 1.5, 1.6 dan 1.8

    design lawa, engin baru, banyak model, aku pasti proton akan dapat kuasai pasaran Malaysia balik, percayalah


    • setuju dgn komen kau.
      kalo tk menten nama cmana org nk tau ada prubahan ke tak..
      nk compare pon org marhain mcm aku ni tk brp kena..


  • mintak maaf laa kat pengguna proton yang terasa hati pasal komen aku. Aku pengguna proton dan aku nak proton maju sebab tu aku komplen bukan nak jatuhkan. Jadi kalau management proton nampak bagus laaa Dulu org banyak komplen kereta proton so proton dah tambah baik cuma tinggal enjin yang agak kuat sikit telan minyak dengan cvt dengung lebih bila tekan minyak kuat. Ok laa tu tinggal skit je lagi nak settlekan.

    So sekarang aku sentuh bab SC plak. So proton kene laa tengok dan pantau SC-SC ni agar org tak fedup. Bayangkan nak hantar kete memang laa kene booking time pastu bila dah hantar kene plak layanan redup2 je. Apalagi panas laaa hati. So terimalah komplen pengguna proton ni agar di masa depan proton akan lebih maju dan menjadi pengeluar kereta yang benar-benar disegani di rantau ini.

    Mungkin jugak proton kene jaja lebih citer-citer pasal kepuasan hati pengguna proton atau mungkin amik survey pengguna-pengguna proton sekarang. Dari situ boleh tau tahap kepuasan hati pengguna proton.


  • Tak payahlah nak pujuk2 fanboi proton yg living in denial tu..quality SC proton front liners teruk…kalau dah booking kul 10, kul 10 la masuk.nie boleh queue plak.mana slot mgmt?briefing pg punyala lama.sapa mamat gaya bukan main tu, tgk timela..org menunggu.kete smalam pun x abis lg.spanjang pengalaman aku ada both p1 n p2, sgt jauh qualitynya..p2 on time, byk bg souvenir..p1? Hampes..nasib baik technician ok2


  • Kalau boleh kena beli balik saham toyota/daihatsu dari Perodua ni , selagi depa control, selagi tu lah perodua tak boleh berkembang ( e.g. Rnd, design and produce produk sendiri macam proton, bukan setakat rebadge saja) jadi , Perodua sekarag ni masih tak independence, sebab tu hanya boleh takat rebadge kereta Toyota passo (Myvi) Toyota sette ( Alza ) and Toyota agya ( axia ), design ‘bumper’ dan ‘hook’ teh tarik saja. lagipun nama Perodua maksudnya Perusahaan Otomobil Kedua untuk malaysia. memang la Proton rebadge mitsubishi tapi tu part of learning process untuk develop kereta sendiri and hasilnya waja,gen2 persona, satria neo, exora, preve, suprima dan iriz. Proton pon ada share dengan Mitsubishi dulu and Honda sekarag tapi saham dapa tak melebihi 50% hingga dapa bleh ambil alih Proton . jadi , lau bleh Perodua kena lah independence and start design kereta sdiri and bersaing dgn proton ngn adil. Mentality org skrg bila kata perodua ni DNA Toyota la, Daihatsu lah , Made in Japan lah , padahal made in indon ja pon . Jadi bila lagi perodua nk produce product sdiri? Proton selepas 15 tahun rebadge mitsubishi iaitu 1st saja lunch pada tahun 1985 dah mampu buat kereta sdiri waja tahun 2000. tapi perodua? dah masuk 20 tahun dah skrg still tak berubah.


    • Bukan perodua yg taknak berubah, tapi sebahagian besar saham company jepun tu punya. so pengurusan dan dasar tertakluk kepada mereka. Memang Betullah mentality orang ramai yang perodua ni ada DNA Toyota/Daihatsu..made in apa orang tak kisah sangat..tapi teknologi tu berasal dari mana akan jadi kekuatan jualan perodua..hehehe

      Kita rakyat Malaysia kena terima kewujudan perodua sedemikian rupa. Melainkan ada pihak yang berjaya pujuk Daihatsu jual share mereka atau kerajaan menggubal dasar seperti menarik semula status kereta nasional perodua yang mana perkara ini pasti tidak akan berlaku.


  • Mmm… terlajak perahu bleh ar undur… sekali dah dpt kat company jepun tu. x kn diorg lepaskan. Melainkan diorg dah xnk n ada strategi lain. Setakat nie Itu jer strategi yg paling menarik n menguntungkan diorg utk pasaran M’sia; Jual kereta diorg dgn logo perodua. Gunakn fasiliti perodua n keistimewaan perodua sebagai kereta nasional sebagaimana tertakluk dlm DAN.

    Cheers!


  • Jauh sangat Iriz dengan Myvi FL ni..Bukan pada aspek spesifikasi, safety feature, design model keretanya sahaja. Business model kedua2 pengeluar ni pun dah sangat berbeza…


  • Kita tgk sejauh mana jualan iriz nnt. Kalau dulu Saga adalah direct competitor bg Myvi (sama2 B segmen) dan jualan Saga agak bagus kerana faktor harga mampu milik dan ada boot. Kita dapat lihat banyak saga dijadikan teksi atas faktor ini. Saya menjangkakan jualan Iriz mungkin agak rendah berbanding Myvi sbb Iriz cuma menang dr segi safety dan spec. Dan saya tak rasa org akan jadikan Iriz sebagai teksi macam Saga. Kalau jualan Iriz tak bagus Proton kena kaji balik sama ada strategi membangunkan Iriz adalah tepat atau tidak.

    Saya berpendapat Proton kena bangunkan kereta saga dengan wajah baharu yang lebih menarik kerana jualan saga membukitkan orang Malaysia memerlukan kereta kompat B-segment dengan boot serta kos belian dan selenggara yang rendah.

Leave a Reply