ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar aksesori naik taraf “GearUp” untuk model Axia!

Views

11078248_651475144982688_5171935660368358250_o

Perodua telah melancarkan aksesori jenama baru yang dipanggil GearUp untuk memberikan gaya yang lebih sporty kepada model keluarannya. Aksesori yang ditawarkan adalah kit tambahan kosmetik untuk bahagian luaran dan dalaman dengan harga aksesori pakej bermula dari RM260 sehingga RM3,600.

“Nama GearUp Entiti telah dipilih supaya para pelanggannya dapat menaik taraf model kereta Perodua mereka mengikut citarasa tersendiri dan yang inginkan kereta mereka lebih istimewa,” kata Perodua Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh.

Buat permulaan aksesori untuk Axia akan mula berada dipasaran pada bulan ini dan akan disusuli pula aksesori untuk Myvi pada bulan hadapan. Aksesori untuk model-model lainakan diperkenal secara berperingkat pada masa akan datang.

11048704_651475434982659_8728328624373382049_o

“Pelanggan juga boleh memasukkan kos penambahan aksesori GearUp dalam pakej sewa beli. Kos tambahan akan mempunyai kesan yang minimum kepada jumlah bayaran bulanan. Perodua turut menyediakan jaminan bagi pembelian aksesori  untuk memastikan kualiti dan keselamatan terjamin. “kata Aminar.

Aksesori juga boleh didapati dalam pakej khas. Pelanggan boleh menikmati harga yang lebih baik (tidak termasuk pekerja dan GST) melalui pakej aksesori yang ditawarkan. Terdapat juga harga pengenalan serendah RM2,200 yang ditawarkan pada tempoh terhad iaitu pada 16hb April dan 31hb Ogos tahun ini.

Aksesori GearUpboleh didapati di semua 182 Perodua pusat jualan dan 183 pusat servis di seluruh negara bermula 17 April. Sehingga 31 Mac 2015, Perodua telah membuat penghantaran 60,000 unit Axia kepada pelanggannya sejak ia dilancarkan pada September 2014. Tempahan untuk model tersebut juga telah semakin hangat, sekitar 100,000 unit antara 15hb Ogos 2014 dan 13hb April 2015.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

11160025_651475141649355_7350554816645852579_o 11165074_651475414982661_7583330970153958297_o 11154717_651475441649325_8475796665696807785_o 11110576_651475191649350_4136202881392298094_o 11110993_651475138316022_6665497526688477408_o 11120536_651475448315991_594275779116843120_o 11149614_651475438315992_1009074512853224611_o 11149798_651475174982685_3528351548164194313_o 11059541_651475151649354_2290391501242242660_o 10985607_651475444982658_6949408351507112017_o 10957129_651475431649326_3637504359665372249_o 1891517_651475178316018_4622187386157961951_o 10497070_651475181649351_2296648881481561850_o 10608526_651475428315993_8086301613816149092_o

Berikut adalah senarai harga (termasuk GST) untuk aksesori Gear Up :

AXIA Price-with GearUp-Final

AXIA Price-with GearUp-Final

VIDEO : Iklan Gear Up :

GearUp: Perodua Originals (GearUp for Axia)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply