ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perlumbaan KTM 390 DUKE BATTLE 2014 dilancarkan

Views

image(3)

KTM Malaysia CKD semalam telah melancarkan siri perlumbaan yang dinamakan KTM 390 DUKE BATTLE 2014 dengan kerjasama dan sokongan pihak Kementerian Belia & Sukan, Motorsport Association of Malaysia serta KTM Superfans. Ini merupakan salah satu usaha untuk menangani isu Mat-Rempit, selain membantu Kementerian Belia & Sukan mempelbagai aktiviti sukan permotoran dan mencungkil bakat-bakat muda untuk menjadi pelumba motosikal.

Bagi menjayakan matlamat mencari bakat muda dalam bidang perlumbaan motosikal, pihak KTM Malaysia CKD membelanjakan hampir RM 1.5 juta bagi melaksanakan KTM 390 Duke Battle dengan menyediakan 18 unit motosikal jenama KTM 390 Duke sebagai jentera perlumbaan, aksesori perlumbaaan, alat ganti dari Powerparts, khidmat teknikal dari pakar jurutera & mekanik KTM & promosi di laman sosial media KTM dengan kerjasama saluran televisyen, akhbar, laman web, blog dan majalah permotoran.

Untuk menyertai KTM 390 DUKE BATTLE, anda cuma perlu ambil lesen dari MAM, berumur antara 18 hingga 40 tahun dan syarat –syarat seperti berikut;

• Permohonan dari bakal peserta yang berminat boleh dibuat melalui laman web dukebattle.ktmmalaysiackd.com dengan memuat turun borang penyertaan, setelah lengkap diisi segala maklumat, borang penyertaan dihantar secara email. Pemilihan akan dibuat berdasakan peserta terawal menghantar borang penyertaan, jenis motor yang dimiliki, pengalaman menungang, serta beberapa kriteria lain yang ditentukan oleh pihak KTM Malaysia CKD yang terdiri dari ahli-jawatankuasa kecil pemilihan.

• Taklimat sebelum perlumbaan akan diberikan , perkongsian maklumat tentang teknik berlumba di dalam litar, aspek keselamatan dan sebagainya.

• Terdapat 8 pusingan perlumbaan yang akan diadakan di litar-litar terpilih, yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia & Sukan serta pihak Motorsport Association of Malaysia.

Pusingan 1 – April 19/20 Melaka Pusingan 2 – Mei 24/25 Pahang Pusingan 3 – Jun 13/14 Kedah Pusingan 4 – Sept 6/7 Selangor Pusingan 5 – Sept 27/28 Sabah Pusingan 6 – Okt 17/18 Terengganu Pusingan 7 – Nov 1/2 Perak Pusingan 8 –  Nov 21/22 Johor Pusingan Akhir – Dis 13/14 Sepang

15 pelumba akan berlumba di setiap pusingan, pemenang tempat pertama & kedua di setiap pusingan akan dikira layak menempah tempat ke pusingan terakhir. Bagi peserta tempat ketiga & seterusnya masih boleh mencuba nasib untuk pusingan berikutnya di litar berlainan. KTM Malaysia CKD menawarkan hadiah sebuah motosikal KTM 200 Duke (Tanpa ABS) kepada Johan pusingan akhir, Baucer Powerparts bernilai RM3000 untuk naib Johan & Baucer Powerpart sebanyak RM 2000 bagi tempat ketiga.

* Foto dari sahabat saya Hafiz Moro

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply