ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi jam tangan Tag Heuer NISMO Edisi Khas Merdeka ini!

Views

Merdeka Promotion 2015

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memulakan kempen “58 Years and Still Growing Strong” pada bulan Ogos 2015 sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58. Kempen ini bagi mengingati sokongan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada syarikat dan sebagai tanda penghargaan ETCM terhadap para pelanggannya.

Pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh kempen ini layak untuk menyertai dan memenangi hadiah cabutan istimewa – seramai tiga orang pemenang bakal membawa pulang seutas jam tangan TAG Heuer Carrera “NISMO” Calibre 16 Day-Date Edisi Khas bernilai RM19,800.

Jam tangan edisi khas tersebut dihasilkan untuk memperingati penyertaan kembali Nissan ke dalam perlumbaan Le Mans pada tahun ini. Diperbuat daripada titanium, jam tangan ini membawa signatur NISMO dalam warna, hitam, kelabu dan merah. Sekali gus menjadi contoh terbaik kemewahan sebenar sukan bermotor.

Tahun ini merupakan sambutan kemerdekaan yang ke-58 negara, juga ulang tahun yang ke-58 syarikat. Kami sangat berbangga berkongsi hari lahir yang sama dengan negara ini. Pada kami, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan memberi ganjaran kepada para pelanggan setia melalui hadiah yang unik dan istimewa ini,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

ETCM juga meneruskan “Kempen Promosi RM1.00”. Dengan hanya RM1.00, pelanggan boleh membeli Aerokit NISMO untuk Almera atau Aerokit IMPUL untuk Grand Livina atau Sylphy. Promosi RN1.00 turut dilanjutkan kepada paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 8 inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 layak untuk menambah tempat duduk yang dibalut kulit dengan hanya RM1.00.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, para pelanggan Serena S-Hybrid akan menikmati servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun. Sementara pelanggan yang membeli Navara pula akan menikmati servis penyelenggaraan selama lima tahun atau satu Pakej Navi-Plus (tertaluk kepada terma dan syarat).

Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran Nissan, siri jelajah dan Karnival Pandu Uji untuk menikmati tawaran hebat Nissan. Ini termasuklah peluang memenangi set Smart Tag dan kad Touch N’ Go Nissan GT-R LM NISMOedisi khas (kredit RM158) atau sekeping kad petrol (kredit RM300) dengan hanya memandu uji sebuah kenderaan Nissan.

Tarikh serta lokasi Siri Jelajah Nissan dan Karnival Pandu Uji adalah seperti berikut:

TarikhWilayahLokasi
10 – 16 OgosUtaraTesco Mergong, Ground Floor
10 – 16 OgosTimurMydin Gong Badak, Center Court, Ground Floor
14 – 16 OgosSelatanMahkota Parade, KG 10 A, Concourse Area
15-16 OgosSabahTest Drive Carvival, @ ETCM Kota Kinabalu
20 – 23 OgosOgosIpoh Parade, Atrium, Ground Floor
26 – 31 OgosTengah1 Utama Shopping Center, Highstreet, Ground Floor

Maklumat lanjut, layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply