ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus bakal pasang kereta di China

Views

europestar_unsorted_1

*Foto hiasan

Memetik laporan dari portal berita wantchinatimes.com satu perjanjian tiga hala telah dimeterai oleh Proton, Gold Star Heavy Industry dan pihak berkuasa Quanzhou, Wilayah Fujian, China untuk memasang kereta di bawah jenama Lotus. Perjanjian tersebut telah dibuat semasa lawatan Pengerusi Proton, Tun Dr. Mohamad Mahathir ke bandar Quanzhou pada 13hb Februari yang lalu.

Di bawah perjanjian tersebut, Lotus merancang untuk membina kilang pengeluaran dan pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Quanzhou, berkemungkinan untuk membina enjin dan memasang kereta. Jika ini berlaku bermakna perjanjian bersama Youngman Lotus bakal berakhir kerana perjanjian mereka bersama Proton telahpun tamat pada 2012.

Youngman telah menandatangani perjanjian dengan Proton pada 2006, di bawah Automobile Technology Engineering yang menawarkan bantuan teknikal dan rekabentuk untuk syarikat dari negara China itu. Usahasama tersebut membenarkan Youngman memasuki pasasaran kereta penumpang dan menghasilkan kenderaan yang menggunakan jenama Lotus. Antara model yang telah dihasilkan ialah Gen 2 dan Persona pada awalnya, kemudian telah direka semula menjadi L3, L3 sedan, L5 dan T5 (SUV) selain enjin Campro.

Selain itu, pengedar kereta di China berkata mereka tidak berminat lagi untuk bekerjasama dengan Youngman Lotus kerana pengeluar tersebut telah gagal membayar hutang. Laporan itu juga berkata, perjanjian terbaharu adalah merupakan usahasama kali kedua melibatkan Proton dan Gold Star Heavy Industry yang secara tidak langsung menyaksikan persaingan bertambah sengit dalam pasaran kereta di China.

* Adakah Proton akan membawa model Preve, Suprima S dan Iriz untuk bersaing di China nanti, kita tunggu perkembangan selanjutnya.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Gold Star pernah saman Proton disebabkan dituduh melanggar kontrak, ttp Proton menang di dalam kes berkenaan di mahkamah Singapura di dalam tahun 2010 dan Gold Star terpaksa membayar kos mahkamah berjumlah SGD655,056.33 kepada Proton.

    Nampaknya Gold Star sudah berjaya mendapatkan lesen untuk mengeluarkan & memasarkan kenderaan Proton di China.

    “Accusation: Proton is being sued for alleged breach of contract by its former Chinese joint-venture partner Goldstar Heavy Industrial Co. Ltd.

    Date: December 2008.
    Court: Dongguan Intermediate People’s Court, China.
    Claim: Goldstar is seeking about one billion yuan (US$ 147 million) in compensation.
    (Under joint-venture proposal that was signed in 2002, a plant was to be set up in Dongguan to produce Proton cars. Goldstar failed to obtain a license for the joint venture within three years’time. In 2006 Proton signed an agreement with another Chinese company, Youngman.)
    Judgement: parties agreed to arbitrate before the Singapore International Arbitration Centre in April 2009.

    Date: January 2010/ July 2010.
    Court: Singapore International Arbitration Centre
    Judgment: Proton had acted in good faith during the course of the joint-venture by giving Goldstar repeated extensions of time and opportunities over four years to obtain the manufacturing licence from the Chinese authorities. Goldstar had to pay Proton legal costs and the cost of arbitration totalling S$655,056.33.
    Outcome: Goldstar lost.”

    http://www.chinesecars.net/content/goldstar-versus-proton

Leave a Reply