ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus perkenal crossover kompak NX di Beijing Auto Show 2014

Views

main

Segak, sporty dan bergaya! Inilah model NX yang merupakan percubaan pertama Lexus dalam segmen crossover kompak. Dengan rekaan berbucu yang menyerlahkan rupa luarannya yang diinspirasikan daripada dua model konsep LF-NX yang dipertontonkan semasa Frankfurt dan Tokyo Motor Show 2013.

Unik dan radikal sebenarnya model NX terutama sekali jeriji hadapan besar yang menampakkan kegarangannya. Rekaan belakang juga turut mencuri tumpuan dengan kombinasi lampu belakang LED yang membentuk huruf “L” yang merupakan identiti Lexus. Rekaan luaran turut mempengaruhi ruangan kabin dengan susun atur papan pemuka yang nampak kemas, teratur dengan kemasan kulit yang premium. Di tengah konsol papan pemuka terletak teknologi Human Machine Interface (HMI) yang menawarkan ekspresi terus kecanggihan teknologi model ini.

Dengan tiga pilihan enjin NX boleh dipilih iaitu enjin hibrid yang sangat efisien untuk varian NX 300h , enjin petrol 2.0-liter turbo untuk varian NX 200t, dan enjin aspirasi asli untuk varian NX 200 dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda. Selain itu sistem tambahan Lexus Stop and Start turut ditawarkan untuk penjimatan bahan api.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply