Nampaknya semakin banyak foto model kompak terbaru Perodua, AXIA bocor di laman sosial. Kali ini laman Facebook Friends of BN – Barisan Nasional telah mengeluarkan beberapa foto termasuk 2 foto terbaru model tersebut berwarna merah dan kuning. Sedikit info yang saya terima, Perodua akan mengeluarkan tiga varian : E (spesifikasi asas), G (spesifikasi pertengahan) dan Advanced (spesifikasi penuh).
Berkemungkinan foto-foto ini adalah variant Advanced kerana mempunyai kit badan penuh dan rekaan bumper mengikut varian Extreme pada model Myvi . Menurut sumber itu juga, model ini bakal dilancarkan pada bulan ini. Nantikan kemunculannya!
* Tak lama dah rupanya, nampak gaya Perodua AXIA keluar lebih awal dari Proton Compact Car 😉
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
Buat kamal,
Yg ni dh celup pun masih nmpk cacat.nk komen ape?
cacat kat mata ko kat mata keseluruhan rakyat malaysia perfect…
tak percaya? tunggu saja.
Chrome logo depan tu mcm x brape mashuk dgn grill bumper itam. Lembut campur garang. Mata aku la..
mungkin akan diharmonikan dgn nombor plate tuh
Cantiknya bumper…oh bangganya aku sebagai rakyat Malaysia kerana mampu melahirkan jurutera-jurutera pencipta bumper yg sebegini hebat..syabas P2
ok la tu daripada pandai menyusahkan seluruh rakyat malaysia saja.
skit2 mintak dana kerajaan. kalau tak beli menyumpah kata tak patriotik.
nak tongkat tak habis habis.
itu lagi teruk.
side mirror Myvi Lagi Best kan?
gagal…
sedikit pun tak gagal. tapi perfect! sempurna!
kalau tak percaya nanti dah keluar datang showroom perodua.
gsc dah boleh mula doa byk2 sekarang.
Sebagai kereta kecik, ok dah ni..Cuma chrome bar tu pada saya spoil sikitlah..
design kali ni dah lebih ke arah daihatsu
http://www.team-bhp.com/carpics/tata-zest/l/interior/tata-zest-01.jpg
tata zest..kereta kecil di india…4m length….dalamannya i rasa sangat cantik bagi kereta murah….
Setuju, sgt minat dgn dual tone dashboardnya.
Tapi kalau tgok yang ini macam China made plak..
http://www.motorbeam.com/wp-content/uploads/Tata-Zest-Interiors.jpg
i think itu yang preproduction punya..
http://www.team-bhp.com/carpics/tata-zest/l/interior/tata-zest-30.jpg
http://www.team-bhp.com/carpics/tata-zest/l/interior/tata-zest-02.jpg
http://www.team-bhp.com/carpics/tata-zest/l/interior/tata-zest-04.jpg
http://www.team-bhp.com/carpics/tata-zest/l/interior/tata-zest-25.jpg
http://www.team-bhp.com/carpics/tata-zest/l/interior/tata-zest-05.jpg
http://www.team-bhp.com/carpics/tata-zest/l/interior/tata-zest-06.jpg
bayangkan..kereta ini sebesar suzuki swift…harga top spec RM42,000…..
Tak menaikkan nafsu syahwat aku langsung!!!!!
yela syahwat ko tuk keta2 mahal je..kalo mampu beli,xmampu diam je..
nafsu syahwat ko songsang kot..
ok la ni utk kete murah. in some ways proton hatchback nampak better.
variant extreme tu cam ade front sensor nampaknye..
Betul ke P2 Axia akan dilancarkan pada bulan ini?
Tempat plat number di bumper belakang Perodua Axia MENCACATKAN penampilan anggunnya!