ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keputusan Ujian Fasa 3 ASEAN NCAP dikeluarkan!

Views

ASEAN-NCAP-P-3-Proton-Preve-2

Foto ASEAN NCAP – Proton Prevé

ASEAN NCAP baru-baru ini telah mengeluarkan keputusan Ujian Fasa 3 setelah kejayaan ujian pertama dan keduanya. Keputusan telah diumumkan secara pelancaran global di  Melbourne, Australia sempena 2014 Global NCAP Forum dan pelancaran untuk rantau ASEAN dibuat di Melaka, Malaysia. Untuk Ujian Fasa 3, sebelas model kenderaan telah diuji antaranya ialah Proton Prevé, Volkswagen Polo, Chevrolet Sonic, Chevrolet Colorado, Toyota Corolla Altis, Toyota Corolla Altis 2.0 (pakej keselamatan pilihan untuk pasaran Malaysia), Honda CR-V, Isuzu D-Max, Peugeot 208, Kia Picanto, dan Kia Picanto (versi tanpa beg udara).

Buat pertama kalinya Ujian Fasa 3 telah menguji Honda CR-V versi pemanduan sebelah kiri untuk pasaran Filipina, Chevrolet Colorado (ujian tajaan) yang diuji di makmal kemalangan KATRI, Korea Selatan, pikap Isuzu D-Max dan Chevrolet Colorado yang diuji serentak di JARI dan KATRI. Selain itu, keputusan ujian model Toyota Corolla Altis 2.0 (untuk pasaran Malaysia sahaja) telah diambil dari ujian Australasian NCAP (ANCAP) di JARI dan kemasukan beberapa jenama baru untuk ujian kali ini iaitu Volkswagen, Chevrolet, Isuzu, Kia dan Peugeot.

Terdapat model mendapat penarafan berganda, sebagai contoh Honda CR-V mendapat 5- dan 4-bintang dengan variant tanpa ESC mendapat penarafan 4-bintang dan Chevrolet Colorado turut mendapat 5- dan 4-bintang dengan variant tanpa ESC mendapat penarafan 4-bintang. Dua model mendapat penarafan lanjutan iaitu Volkswagen Polo mendapat 4-bintang lanjutan terus dari model sedan kepada model hatchback. Selain itu Proton Prevé pula mendapat 5-bintang lanjutan terus ke model hatchbacknya Proton Suprima S.

Berikut adalah keputusan penuh ujian tersebut :

KEPUTUSAN PENUH UJIAN FASA 3 ASEAN NCAP

VIDEO UJIAN FASA 3 ASEAN NCAP

ASEAN NCAP - Proton Preve

ASEAN NCAP – Proton Prevé

ASEAN NCAP - Kia Picanto (No Airbag)

ASEAN NCAP – Kia Picanto (No Airbag)

ASEAN NCAP - Honda CR-V

ASEAN NCAP – Honda CR-V

ASEAN NCAP - Toyota Corolla Altis (7 Airbags Safety Package 2.0 V)

ASEAN NCAP – Toyota Corolla Altis (7 Airbags Safety Package 2.0 V)

ASEAN NCAP - Chevrolet Colorado

ASEAN NCAP – Chevrolet Colorado

ASEAN NCAP - Polo Sedan

ASEAN NCAP – Polo Sedan

ASEAN NCAP - Toyota Corolla Altis

ASEAN NCAP – Toyota Corolla Altis

ASEAN NCAP - Peugeot 208

ASEAN NCAP – Peugeot 208

ASEAN NCAP - Kia Picanto

ASEAN NCAP – Kia Picanto

ASEAN NCAP - Cheverolet Sonic

ASEAN NCAP – Cheverolet Sonic

ASEAN NCAP - Isuzu D-Max

ASEAN NCAP – Isuzu D-Max

* Maaf sebab lama tak kemas kini blog kerana kesibukan tugas, nantikan artikel selanjutnya nanti ye.. 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments

Leave a Reply