ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom tengok hasil kerja terbaru Amirul Fikr!

Views

amirulfikrdesignhatchback300513

Ini dia hasil kreativiti terbaru adik kita Amirul Fikr. Kali ini Amirul Fikr menambah lagi keterujaan kita untuk menantikan pelancaran model CH@P3-22A. Memang menarik, terutama sekali efek lampu CCFL menyala. Terbaik!

Apa pendapat anda? Saya bangga dengan hasil kerja adik kita ni 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

32 Comments


  • 1. Ni kira pengganti S2000 untuk rally akan datang. Bagus juga.
    2. Tapi market ni mesti terlalu niche kat negara kita ni.
    3. Harga pun mesti lagi mahal.
    4. Kereta ni design dia hatchback macam Satria instead of notchback macam Aeroback dulu.
    5. Orang Malaysia bila tengok harga lebih daripada RM75k aje, dia akan cari option kereta cap Jepun yang dibuat di China, Indonesia, atau Thailand.
    8. DRB-HICOM boleh dikira ‘gagal’ sama seperti era DRB-HICOM sebelum ni di mana tidak ada kajian marketing, demografik iaitu produk yang pengguna mahu dan menguntungkan serta volume yang tinggi seperti yang dilakukan oleh Syed Zainal dulu dengan produk yang berjaya seperti Persona, Saga, dan Exora.


  • Mmm… walaweiii… tahniah adik Amirul. Karyanya sungguh berinspirasi!:) Kemas n ini bagai memberi gambaran sebenar model hatchback yg akan keluar nanti.

    Strategi pada model berimpak tinggi yg ditinggalkan oleh DSZ patutnya diteruskan walaupun DRB melihat proton patut melangkah ke fasa seterusnya, memperkukuhkan model2 global n premium dlm segmen C, D n SUV. Perodua dah menunjukkan testimoni yg baik diperingkat domestik model super mini compact (myvi)adalah pilihan populis. Proton jugak perlu memasuki pasaran segment nie secepat yg mgkin.

    cheers!


  • Strategi DRB HICOM ni macam biar volume sedikit tapi margin keuntungan tinggi. Apepun hb ni adalah kesinambungan dari perancangan DSZ..perancangan model2 dari idea DRB tak tahu la lagi apa dia.


  • DRB dah leh tumpu Saga R.. Saga ni akan beri pulangan masyuk.. harga biar sama .. tapi upkan banyak benda.. atleast setara dengan base preve kompem berjaya.. 😉


  • Hasil DRB-HICOM naik 91 peratus

    Pendapatan DRB-HICOM Bhd melonjak 91 peratus kepada RM13.13 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 daripada hanya RM6.88 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

    Peningkatan kukuh itu disumbangkan sebahagian besarnya oleh perniagaan automotif terutama dengan penyertaan Proton Holdings Bhd ke dalam kumpulan, di samping kenaikan pendapatan bahagian perniagaan hartanah, aset dan pembinaan (PAC) serta perkhidmatan.
    Konglomerat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.0374 bilion dalam tahun kewangan dikaji, jatuh 56.9 peratus daripada RM1.8214 bilion.

    Keuntungan operasinya dalam tempoh itu bagaimanapun meningkat 15 peratus kepada RM624.82 juta berbanding RM543.44 juta (tidak termasuk perkara luar biasa) pada tahun kewangan sebelumnya.

    Bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2013, konglomerat itu mencatatkan keuntungan operasi lebih kukuh sebanyak RM314.2 juta berbanding RM117.9 juta pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.

    Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata kumpulan akan terus memanfaatkan kepelbagaian perniagaan untuk meningkatkan dan mengukuhkan prestasi kewangan dan operasinya.

    Beliau menegaskan, walaupun sektor automotif adalah penting kepada kumpulan, namun ia tidak bergantung sepenuhnya kepada satu sektor saja.
    Kumpulan ingin menegaskan bahawa kami mampu meraih manfaat daripada sektor PAC dan perkhidmatan bagi terus meraih pendapatan yang konsisten untuk mendorong pertumbuhan kumpulan pada masa depan seperti yang dapat dilihat daripada prestasi kewangan kami, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

    Aset bersih meningkat

    Sepanjang tempoh 12 bulan tahun kewangan dikaji, DRB-Hicom turut mencatatkan peningkatan dalam aset bersih sesahamnya kepada RM3.67 daripada RM3.39 tahun lalu.


  • DRB, ini pesan peminat proton, please…
    buat kereta yang berkualiti, harga mampu milik. kalau dah sampai 70k-80k adalah sgt tinggi… harus diingat.. di malaysia paling ramai rakyat berpendapatan pertengahan. byk kos sara hidup dah tinggi.. PIHAK KERAJAAN, tolong tunaikan harga yang akan dikurangkan…


  • Itu la. Proton tersepit dalam memberi kereta harga rakyat, dengan kualiti premium. Syarikat lain takda tanggungngjawab/beban ini. Orang kita patut bagi ruang dekat Proton untuk buktikan ada premium value, bukan setakat kereta rakyat.


  • mana tak nya.. patutnya PROTON yg beli DRB… company kecik boleh beli company gergasi.. only in Boleh Land.. lepas tu bangga lak bagi tahu pencapaian/keuntungan naik 91%.. muka tak malu DRB ni…. Melayu berjaya konon, kalu dah semua kerajaan suap… kalu macam ni, Makcik jual goreng pisang pun leh jadi Billionaire… so Syed Mokhtar, u are nothing but a clown… sorry to say….


  • ada terbau red bean army lah kat sini.. harap pembaca luangkan sikit masa baca biografi Syed Mokhtar sebelum buat apa apa keputusan… kena faham kenapa mereka bersungguh sungguh suruh boikot gardenia dan sokong roti Masimo… harap pembaca semua buka minda dan selidik kena Syed Mokhtar ambil alih Proton dari jatuh ke Taiko bangsa lain.. dan akhir sekali tolong faham maksud ayat alytheman …”Melayu berjaya konon”


  • Wah sakit hati betul diorang bila Proton dibeli DRB. Yang penting aku bersyukur yg beli tu dari syarikat orang Islam. Rupanya Proton ni Syarikat yg Menguntungkan. Apa2 pon aku berdoa Proton berkembang maju dibawah DRB. InsyaAllah niat yg baik dan jujur Allah sentiasa menangkan.


  • Satu perkaralah, Makcik yg jual goreng pisang tulah banyak melahir anak2 yg berjaya ke menara gading dan ada yg menjadi jutawan dan bilianwan. So, tak payahlah nak menhina makcik2 yg menjual goreng pisang ni. Bila menaip tu pikir dulu jangan jadi manusia seperti katak di bawah tempurung. Tengok dunia pakai akal, hati dan iman bukannya pakai nafsu amarah.


  • Masih terdapat kelemahan ketara dalam aspek kualiti pemasangan preve terutamanya di bahagian dashboard. Sebelum ini saya memiliki waja CPS dan kini proton preve, namun, proton masih tidak banyak berubah dari aspek pemasangan. Saya tidak akan berasa hairan dan pelik jika jurnalis permotoran asing menyatakan fit and finish preve masih rendah kualitinya.

    Jika proton mampu menghasilkan kereta yg baik dari sudut ride and handling, mengapa tidak menghasilkan kereta yang baik dari sudut pemasangannya? Kadang-kala saya terfikir, pekerja proton yang memasang dashboard dan lain2 bahagian dalaman menggunakan pemutar skru manual ke? atau menjimatkan skru sehingga longgar, berbunyi dan sebagainya?

    Kesian juga pada SC proton kerana terpaksa berhempas pulas mengesan bunyi yang dipercayai dari dashboard sehinggakan kereta terpaksa ditinggalkan selama 2 hari untuk SC membuka dashboard dan menyelesaikan masalah tersebut. Sepatutya SC tidak perlu menumpukan masalah sebegitu jika pekerja proton memasang bahagian kereta dengan betul.


  • Alhamdulillah dah hampir 2 bulan beli Exora Bold…. setakat ini puas hati walaupun ada sikit tu sikit ini…. dan vios yg saya beli dh tak nak drive, bg kat isteri drive…. tak de feel…..

    Masih ada ruang untuk Proton menambahbaik dan diharap terus maju di bawah DRB…. dengo cite yg HB ni byk dah upgrade dr Preve dan saya juga dimaklumkan InsyaAllah tiada masalah seperti yg berlaku pada Preve……


  • aik, nape timbul ceriter syed mokhta lah, tentera kacang merah lah..yang berlaku tuh biarkan la kot…kiter nih sebagai rakyat jelata takkan dapat ubah condition yang ader kat negara kiter ni kot…never…it’s corrupted bang weh….syed zainal yang try ubah keadaan pon diugut nak culik anak…takkanlah nak ubah pakai popular vote kot…ingat croni ngan AP holder redho ker tgk rezeki derang berkurangan….


  • Jika mcm syukur Alhamdulillah. Jihad DRB membantu umat Islam dan Jihad umat Islam membeli produk Orang Islam dulu. InsyaAllah semoga semua berjalan lancar dan baik hendakNYA.


  • nape nak bising sangat syed mokhtar beli proton ni…yang orang bising ialah dia kroni bn umno…tapi nape jarang2 orang bising dia pergi sumbang itu dan ini..adik aku dulu masa nak abik spm dia kata dia dapat peruntukan buku hampir rm700…tu baru seorang..belum masuk bab bayar untuk cikgu2 yang ajar budak2 luar bandar dengan tuishen…aku ni tak berapa pandai tapi leh juga merasa nasi bukhari masa kelas hari sabtu..dah besar2 ni baru tau siapa yang sumbangkan nasi tu kepada kita…dah kenyang dah ek.dah besar baru tau…tu orang tak bising pun…tu tahun 1997,1998,1999..sebelum dia abik drb hicom lagi…

    dah buat banyak dah…tapi nape orang tak bising…syed moktar pertahan orang melayu yang tak menyumbang apa2 masa d tanya wartawan nape orang kaya lain tak buat..dia kata jangan cakap macam itu…belum sampai kesedaran….

    ada tak yang tau syed mokhtar mati2 nak abik drb sbb wasiat arwah tan sri yahya kepada beliau…antara orang rapat dengan arwah….

    syed mokhar…hartanya berjuta2…nilai aset syarikatnya berbilion tapi berbangga dengan naik kereta PROTON PERDANA…katanya untuk menyokong kereta nasional!

    aku malu sbb masa aku baca tu seblum tu aku angan2 nak pakai volkswagon phaeton…tapi orang duit banyak gile pun bangga naik perdana….

    apa ada pada kita2 yng kritik proton tapi orang duit berjuta masih bangga naik kereta perdana…malu juga pada diri sendiri sbb sayang2 kat proton tapi rasanya kalau ada duit banyak nak beli kereta luar..bukan proton…malu aku pada syed mokhtar…secara jujurnya aku malu wp aku sayang kat proton…sbb ada keinginan nak pakai kereta besar n luar kalau ada duit banyak…

    tapi dia duit banyak sangat2 masih duk bangga naik proton perdana…malu wei…..aku mengaku masih malu…aku syukur sangat2 sbb syed mokhtar memilih untuk mengambil alih proton…

    dato mohd kamil pernah kata pemegang saham berniat untuk memiliki jenama sendiri semasa mengambil alih drb ..abik proton itu rezeki….


  • guaner ginih nih…bagi aku better letak aside syed mokhtar nyer ceriter walaupon dier owner…macam dunia bola…dier macam abramovich arr….kalo team kalah…mourinho kena pecat….so better focus kat mourinho ( aka dato kamil).. dier buleh perform dalam ecosystem yang corrupted nih tak….ker guaner…
    Tapi kalo korang nak relatedkan ketuanan melayu ngan technology and business pon…nak buat camner…hak memasing meh..
    .


  • sokong makcikbaruang…hehe…ni yang sepatutnya…masuk forum n pertahankan proton lama dah tapi sejak 2 menjak asik cakap pasal melayu itu dan ini…ya aku bangga dengan kemampuan orang melayu…tapi jangan masuk politik..aku pun suka politik itu dan ini tapi ini forum kereta…

    bila nak lancar ni.harap2 sebelum raya…patut dah boleh kuar teaser skit2 kat tv….baru leh curi market pasaran kereta yang baru nak lancar sebelum kereta ni…


  • Apa yg dicerita sebagai peringatan dan kena pada kita semua… nak ambil iktibar boleh tak mahu pon boleh. Sebab kita semua ni berkait antara satu sama lain. So, berilah peluang kepada Owner baru buktikan. Janganlah terlalu mengharap keputusan yg cepat. Belajar bersabar untuk mencapai kejayaan. Kejayaan melalui kesabaran sangat manis nikmatnya.
    Yg bising2 tu biasa la, bila dah benci dan tak suka kau bagilah apa sahaja. So, layan pada mereka yg suka dan sentiasa menyokong Proton moga2 yg atas pagar ni kembali dan yakin dengan Proton. Waaaahh… den dah mcm ahli Politik pulak. 🙂

Leave a Reply