ARKIB

KATEGORI

Buletin

Giorgetto Giugiaro letak jawatan

Views

giorgettogiugiaro

Otai dan lagenda rekabentuk dunia Giorgetto Giugiaro telah meletak jawatan dalam syarikat yang diasaskan sendiri olehnya Italdesign Giugiaro SpA sejak tahun 1968. Beliau juga akan menjual baki 9.9% sahamnya dalam syarikat tersebut yang 90.1% kini dipegang oleh Audi, anak syarikat kumpulan Volkswagen.

Giorgetto Giugiaro nama yang tidak asing lagi dalam industri automotif telah merekabentuk hampir 100 kereta produksi, termasuklah rekaan asal Volkswagen Golf, Passat dan Scirocco. Beliau juga bertanggungjawab merekabentuk BMW M1, Maserati Bora, Audi 80, Fiat Panda dan beberapa siri model Alfa Romeo termasuklah Giulia Sprint dan Brera. Proton juga merupakan salah satu pelanggan beliau dan model konsep EMAS buat pertama kalinya telah diperkenalkan di Geneva Motor Show pada tahun 2010.

Menurut pegawai Italdesign Giugiaro, Giorgetto Giugiaro telah memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu untuk memberi lebih banyak masa untuk kepentingan peribadinya dan perubahan dalam pengurusan tidak akan memberi kesan kepada pembangunan syarikat dan seramai 250 pekerjanya sehingga akhir tahun 2015.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply