Berita Automotif Front Cover

Published on November 18th, 2013 | by campromania

0

Gambar studio Perodua GMS Buddyz, GMA Space & GMB Advanced

Front Cover

Perodua merupakan wakil tunggal tuan rumah Malaysia di KLIMS13 kali ini. Dengan memperkenalkan sebuah model konsep sedan yang dinamakan GMS (Global Model Sedan) Buddyz yang bakal memberi bayangan model sedan pertama daripada Perodua selain menunjukkan halatuju rekaan mereka untuk model masa hadapan. Buddyz juga merupakan kesinambungan model konsep sebelumnya, Bezza yang mendapat banyak reaksi daripada umum pada edisi KLIMS10 yang lalu. Buddyz direka sepenuhnya oleh anak tempatan yang diketuai oleh Ketua Pereka Perodua, Muhamad Zamuren Musa. Gaya rekaannya banyak dipengaruhi oleh gaya hidup generasi Y dan Z yangmenggabungkan ciri praktikaliti, teknologi dan mesra pengguna.

GMA_SPACE_EXTERIOR_REAR

GMA (Global Model A Segment) Space pula merupakan pra-tonton model gantian Viva yang bakal diperkenalkan tahun hadapan. Jika diperhatikan, dari segi rekaan keseluruhan, model ini berkemungkinan dibangunkan menggunakan platform Daihatsu Ayla. GMA Space juga adalah hasil kajian unit R&D Perodua dalam memaksimakan ruang untuk model bersaiz kompak dengan ruang kabin dan bagasi yang luas.

GMB ADVANCED-3_4 front

GMB (Global Model B Segment) Advanced pula berkemungkinan besar adalah versi faclift myvi tetapi diolah dengan gaya rekaan yang lebih radikal dan sporty. Dengan rekaan kit badan sepenuhnya dengan badan lebar model ini kelihatan lebih garang dengan padanan bahagian dalamannya yang sporty dengan kerusi bucket dengan kemasan kulit dua tona.

* Baru-baru ini saya berkesempatan untuk melihat sendiri ketiga-tiga model di atas dan saya agak berbangga dengan Perodua walaupun ruang pameran mereka agak sedikit kecil kali ini. Cuma model konsep GMS (Global Model Sedan) Buddyz mendapat reaksi yang pelbagai daripada sahabat-sahabat media. Diharap model produksi sebenar boleh digayakan semula supaya ia tidak nampak pelik semasa di atas jalan raya, jangan marah ye Perodua, hehehe :)

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


About the Author

Naluri pereka berjiwa otomotif, ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan Mohd Izarul atau campromania yang merupakan pengasas funtasticko.net (dahulunya dikenali sebagai funtastickodesign.wordpress.com).



Tinggalkan komen

Back to Top ↑
  • VIDEO : Pandu Uji singkat Proton SUPRIMA S

  • VIDEO : Apa kata Shamsul Yunos mengenai NAP

  • ULASAN PANDU UJI : Peugeot 2008

  • ARTIKEL TERKINI

  • JOM “LIKE” FUNTASTICKO

  • JOM “LIKE” AUTO ANDA

  • JOM “LIKE” NETBYTE

  • JOM “LIKE” MOTORSPY