Berita Automotif 7668_417585651678608_320248359_n

Published on September 10th, 2013 | by campromania

0

East Coast Car Show 2013 bakal gegar Kuantan!

7668_417585651678608_320248359_n

Buat julung kalinya pameran auto berskala besar akan menggegar Pantai Timur, khususnya yang tinggal di sekitar, Kuantan, Pekan, Kemaman dan sebagainya! East Coast Car Show 2013 bakal membuka tirainya mulai 20hb September (Jumaat) dan akan berlangsung selama 3 hari sehingga 22hb September (Ahad) di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Kuantan, Pahang. Saksikan pelbagai model kereta terbaru dari Mercedes-Benz, Volkswagen, Chevrolet, Toyota, Nissan, Proton, ke kereta berprestasi tinggi seperti Ferrari, Audi dan motosikal berkuasa tinggi seperti Yamaha, Ducati dan Aprilia yang bakal menjadi daya tarikan utama pameran ini.

Dianjurkan oleh 4 Seasons Event Management, pameran ini dijangka menjadi daya tarikan terbaru di bandar Kuantan dan bakal dijadikan acara tahunan untuk tahun-tahun yang berikutnya. Funtasticko.net juga diberi peluang untuk mempromosikan acara ini di laman blog dan sosial. Pelbagai acara yang menari bakal diadakan sempena pameran tersebut antaranya ialah Aksi Stunt Bermotosikal, Pertandingan Mencipta Logo East Coast Car Show, Pertandingan Fotografi “Shoot Your Passion”, Pertandigan Audio Kereta, Photo Hunt Challenge, Fun Photo Booth, cabutan bertuah, gerai makanan/minuman dan banyak lagi.

Tiket untuk menyaksikan acara ini adalah RM10.00 dan para pengunjung perlu mendaftarkan diri sebelum memasuki dewan pameran untuk cabutan bertuah. Waktu pameran adalah dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam setiap hari.

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook 4 seasons event. Pihak penganjur bakal memberikan beberapa tiket percuma untuk menyaksikan acara ini khas untuk pembaca setia funtasticko.net melalui kuiz yang sangat mudah. Nantikan pemgumuman selanjutnya tidak lama lagi!Jangan lepaskan peluang ini, jom ramai-ramai kita ke sana!

Berikut adalah aturcara program 3 hari East Coast Car Show 2013 (tertakluk kepada pindaan) :

JUMAAT (20 September 2013)

10.30 pagi : Majlis Perasmian

11.00 pagi : Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh  JPJ/SPAD

12.00 tengah hari – 12.30 tengah hari : Aksi Stunt Bermotosikal

2.00 petang – 3.00 petang : Pertandingan Mini karaoke

8.00 malam – 10.00 malam : Persembahan Audio

Sepanjang hari : Pendaftaran : Permainan video & Cabutan bertuah

10.00 malam : Pameran berakhir (Hari Pertama)

SABTU  (21 September 2013)

10.30 pagi : Persembahan Flash mob

11.00 pagi – 1.00 tengah hari : Pertandingan Mencipta Logo East Coast Car Show

12.00 tengah hari – 12.30 tengah hari : Aksi Stunt Bermotosikal

2.00 petang – 3.00 petang : Pertandingan Fotografi “Shoot Your Passion Challenge” (dibawakan khas oleh Canon)

3.00 petang – 6.00 petang : Pertandingan Audio

8.30 malam – 9.00 malam : Aksi Stunt Bermotosikal

Sepanjang hari : Pendaftaran : Permainan video & Cabutan bertuah

10.00 malam : Pameran berakhir (Hari Kedua)

AHAD  (22 September 2013)

10.30 pagi : Pengumuman Pemenang Pertandingan Mencipta Logo East Coast Car Show

12.00 tengah hari – 12.30 tengah hari : Aksi Stunt Bermotosikal

2.00 petang – 6.00 petang : Photo Hunt Challenge

8.00 malam – 8.30 malam : Aksi Stunt Bermotosikal

Sepanjang hari : Pendaftaran : Permainan video & Cabutan bertuah

8.00 malam – 10.00 malam : Pengumuman Pemenang Pertandingan Audio

10.00 malam : Pameran berakhir (Hari Ketiga)


About the Author

Naluri pereka berjiwa otomotif, ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan Mohd Izarul atau campromania yang merupakan pengasas funtasticko.net (dahulunya dikenali sebagai funtastickodesign.wordpress.com).



Tinggalkan komen

Back to Top ↑
  • Jom Like Muslimah Fashion Hub

    muslimah fashion hub - side bar 300 x 250

  • VIDEO : Jom tengok Shamsul Yunos dan Azlano berbicara mengenai Proton IRIZ!

  • Jom tengok Funtasticko.net di Kini Trending Astro Awani!

  • ULASAN PANDU UJI : Peugeot 2008

  • ARTIKEL TERKINI

  • JOM “LIKE” FUNTASTICKO

  • JOM “LIKE” AUTO ANDA

  • JOM “LIKE” NETBYTE

  • JOM “LIKE” MOTORSPY