ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet buka pusat pameran 3S di Kota Kinabalu

Views

Pix 1

NAZA Quest Sdn Bhd telah mengembangkan lagi sayapnya setelah dilantik menjadi pengedar tunggal rasmi jenama Chevrolet sejak tahun 2010 dengan pembukaan pusat pameran 3S Boston Auto Sdn Bhd yang merupakan bilik pameran Chevrolet ke-7 di Sabah. Kini jumlah pusat pameran di Malaysia Timur telah bertambah kepada 14 dengan 6 daripadanya terletak di Sarawak, 7 di Sabah dan 1 di Labuan. Selain itu ia juga telah menjadikannya sebagai pusat pameran yang ke-28 di Malaysia.

Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah telah hadir untuk melancarkan pusat pameran tersebut. Turut hadir pada majlis itu ialah Cik. Thoo Ai Wuen, Naib Presiden 1 NAZA Quest Sdn Bhd, Encik Cliff Chong, Pengarah Urusan Boston Auto Sdn Bhd, Puan Tang dan Encik Vincent Tang, Pengarah Boston Auto Sdn Bhd.

Pix 3

“Selaras dengan falsafah perniagaan, kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan seperti Boston Auto Sdn Bhd, memastikan jenama Chevrolet mudah diakses kepada pelanggan. Dengan adanya rangkaian niaga yang luas di seluruh Malaysia juga kita dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan yang menyokong  jenama ini, ” kata Cik. Thoo Ai Wuen, Naib Presiden 1 NAZA Quest Sdn Bhd.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Chevrolet di Malaysia Timur dan gembira kerana dapat menyediakan rakyat Sabah dengan pelbagai kereta dari jenama dikagumi di seluruh dunia,” kata Encik Cliff Chong, Pengarah Urusan Boston Auto Sdn Bhd.

Sejumlah RM20 juta dilaburkan untuk membina pusat 3S baharu yang berkeluasan 5,400 kaki persegi ini yang akan menempatkan pelbagai kenderaan terbaharu dari Chevrolet. Pembukaan pusat servis baharu di Kota Kinabalu ini juga amat dialu-alukan sebagai tambahan kepada pusat sedia ada. Naza Quest juga bercadang untuk menambah bilangan cawangan pusat servis di Malaysia Timur antara tahun 2015 dan 2016 untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih baik.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply