ARKIB

KATEGORI

Buletin

CADANGAN : Program tukar beli Proton Savvy dengan Iriz!

Views

Print

Kami di funtasticko.net ingin mencadangkan kepada pihak Proton untuk menghidupkan semula program tukar beli kenderaan lama dengan model terbaharu. Salah satu cadangannya ialah membuat pertukaran model Savvy untuk mendapatkan rebat/diskaun pembelian model Iriz. Program ini boleh dibuat dalam tempoh tertentu dan boleh dijadikan lanjutan kepada promosi yang ada ketika ini.

Savvy sebenarnya model yang bagus dari segi prestasi, pemanduan dan pengendalian. Namun disebabkan susut nilai kereta terpakainya agak teruk dan alat ganti yang mahal, ia pasti akan menyukarkan pemiliknya pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat membantu pemilik Savvy untuk mendapatkan kereta baharu dengan harga rebat/diskaun.

Cadangannya adalah seperti berikut :

1. Untuk pembelian model Iriz (tahun 2014) – Rebat/diskaun sebagai contoh *RM5,000.00
2. Untuk pembelian model Iriz (tahun 2015) – Rebat/diskaun sebagai contoh *RM2,000.00 (atau lebih)

Diharap cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk membantu menaikkan lagi jualan Iriz dan memastikan pemilik kereta Proton setia dengan jenama tersebut. Mungkin ia boleh diperluaskan kepada model-model lain juga nanti. Apa pendangan anda?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments


    • Setuju bro. Sepatutnya diperluas kepada semua model. Sebab sekarang hampir semua model dah jadi makin tak laku. Even Iriz pun tak laku walaupun masa sebelum lancar budak-budak kat sini asik kata Iriz akan kalahkan Myvi. Peminat tegar Proton harus belajar mengaku yang mereka tersalah jangka.

      FYI, saya peminat Proton yang tidak tegar.


  • a lot to suggest actually,
    1 extend the use of cfe engine to other range
    2 cps as well
    3. extend the steering column at about 20 to 30 mm. (major problem)
    4. 6 speed manual?

    for iriz and suprima the main concern is pricing.

    there re always something which are not right at every models. hope RnD people to solve these. we support proton always and for long, we hope 2015 onwards proton will start to change everything for batter and fault free.


  • Kereta
    Iriz berat lebih 100kg..

    Power Naik 94HP tapi Kereta jadi berat
    Savvy 950kg 74HP
    Lebih cc Lebih power Lebih berat fuel consumption juga naik


  • Proton buat la program ape pon @ bagi lah features kereta secanggih mana pon..selagi x selesaikan isu kualiti & aftersale support. selagi tu org x percaya & yakin. Sbb nak support proton beli jgk PREVE sebijik..masalah bila reverse enjin mcm nak mati(idling x stable) x leh settle.


  • Proton punye pricing x betul..buat kereta ganti waja,tp harge beza sampai 8k.konon harga mahal org akan nampak berkualiti.iriz pun same.sape punye idea ntah.

    dulu savy ni pun same.kereta kecik,harga mcm myvi.tak laku.last2 rv kelaut.

    skrg bg diskaun kaw2..lg sekali rv terjun laut.kesian pemilik proton.

    kwn nk upgrade saga blm 2011.hutang lg 30k lebih, kedai nk 22k je.KBPH


  • menarik!!!!..kalo bole buat pilihan antara service free (labour and material) 2 taun ke or rebat…kalau nak ikutkan susut nilai kete..kete kia..mazda..merc pon susut nilai gila-gila..tapi macai JDM tetap akan mempertahankan ke’JDM’annya…tapi aftersale punye service dorang memang tiptop..aku setuju komen yg kene perbaiki aftersale punye service..kene rajin follow up lepas customer service…yg SA depan tu jangan memain sgt..bila customer tye jgn sume bende taktahu..kerja kena minat..amek tahu pasal kete..bukan sebab gaji tiap2 bulan je…sebab bab performance proton da mantop…sgt beza kete saga magma dulu dgn PREVE skang (aku tau la sebab dah pakai)…leaking cume aftersale je..baiki bab tu…insya Allah maju lah industri kereta Malaya nih…jangan kejor bende besor kalau yang kecik tertinggal…


  • Iris kereta yang bagus, orang kasih memandang proton savvy sebagai bandingan , kereta import pun banyak yang kena panggil balik.

Leave a Reply