ARKIB

KATEGORI

Buletin

BISON SAVANNA dilancarkan!

Views

Official Unveiling of the BISON SAVANNA

Bilik pameran utama Angka-Tan Motor Sdn. Bhd. di Jalan 225, Petaling Jaya telah dibuka secara rasmi pada pagi semalam. Dengan keluasan 12,000 kaki persegi dan ia merupakan bilik pameran pertama yang mempamerkan jenama BISON di Malaysia. Kelihatan logo gabungan biru and merah yang unggul serta logo Foton dipamer di atas tiang yang setinggi 21 kaki. Bilik pameran ini dapat menampung pelbagai kenderaan komersial Foton serta BISON SAVANNA yang menjadi tumpuan utama.

Sejajar dengan pembukaan rasmi ini, trak BISON SAVANNA yang dinanti-nantikan juga dilancarkan secara rasmi, sejak diperkenal kepada media pada hujung bulan Julai lepas. BISON SAVANNA ini dihasilkan oleh Beiqi Foton Motor Co. Ltd. yang merupakan salah satu pembuat kenderaan komersial yang paling besar di Negara China Angka-Tan Motor Sdn. Bhd. (ATM), sebuah subsidiari Warisan TC Holdings Berhad merupakan satu-satunya pengedar tempatan dan bakal menerajui jualan kenderaan komersial di Malaysia.

BISON SAVANNA dijana oleh enjin diesel ISF 2.8 yang berkuasa dan mantap direkacipta oleh Cummins Engine Co. Ltd., USA buatan Foton Cummins dan transmisi manual GETRAG 5-kelajuan juga dipasang dalam trak ini. Sementara itu, gandar belakang kenderaan merupakan buatan DANA USA dan selongsong pindah bagi model-model 4WD adalah buatan BorgWarner USA. Bagi sistem bahan api pula, sistem rel tekanan tinggi BOSCH yang kukuh dan terbukti digunakan.

Ciri-ciri keselamatan trak ini mengagumkan kerana dilengkapi dengan sistem brek antikunci, agihan daya brek elektronik (EBD), beg udara duaan dan sistem pengawasan tekanan tayar elektronik, satu ciri yang hanya boleh didapati daripada jenama premium lain. Trak ini dipasang dengan ciri-ciri lengkap dan harga yang ditawarkan sangat kompetitif, iaitu RM71,888 di atas jalan bagi varian 4×2 serta RM79,888 di atas jalan bagi varian 4×4. Jaminan bagi setiap trak ialah 100,000km atau 3 tahun (yang mana tiba terlebih dahulu).

Rangkaian khidmat lepas-jualan ATM amat mengagumkan kerana perkhidmatan ini disediakan di 27 lokasi yang di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur melalui rangkaian Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) yang bakal memberi perkhidmatan yang mudah kepada semua pemilik. Pemilik dijamin selamat dengan tersedia perkhidmatan kerosakan 24-jam yang berkesan ini.

Beiqi Foton Motor Co. Ltd., merupakan salah satu jenama kenderaan komersial yang paling berjaya di Negara China. Ia telah mengukuhkan kedudukan dalam pasaran melalui usahasama antarabangsa pada 2012 yang menubuhkan Beijing Foton Daimler Automotive Co. Ltd. Kilang pembuatannya yang berteknologi canggih dijangka mengeluarkan lebih banyak model kenderaan komersial berat dan ATM berkeyakinan mencapai saham pasaran sebanyak 10% dalam segmen kenderaan komersial berat dalam tempoh 3 tahun akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply