Berita Automotif Protonthailand

Published on February 19th, 2014 | by campromania

99

BERITA TERKINI : Dato Lukman Ibrahim letak jawatan sekali lagi!

Protonthailand

Ini merupakan berita yang baru saya terima sebentar tadi. Dato’ Lukman Ibrahim dikatakan telah meletak jawatannya sebagai Timbalan CEO Proton untuk kali yang kedua! Sumber dalaman mengatakan, beliau telah mengumumkan perletakan jawatannya dalam mesyuarat pengurusan hari ini. Berkemungkinan beliau bakal digantikan oleh Dato’ Azhar dari Honda Malaysia. Nantikan pengumuman rasmi dari Proton dalam masa yang terdekat.

* dah 2 kali Dato’ Lukman Ibrahim letak jawatan, apa cerita nya ni? :)


About the Author

Naluri pereka berjiwa otomotif, ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan Mohd Izarul atau campromania yang merupakan pengasas funtasticko.net (dahulunya dikenali sebagai funtastickodesign.wordpress.com).



99 Responses to BERITA TERKINI : Dato Lukman Ibrahim letak jawatan sekali lagi!

  1. MrDDR says:

    Minta gaji lebih la nih

  2. azrai says:

    Dia ni JDT nak ambik kot. Dulu pemain bola ni.

  3. mask says:

    mungkin nk jaminez ni..

  4. Celicazz says:

    Pasal politik dlmn proton lg la ni

  5. Sharon says:

    Jangan main-main lagi. Ini bukan permainan. Mana pelan Proton. Semuanya makin lambat bagi Proton dari R&D, rekaan, dan pembangunan enjin.

    Tolonglah!

  6. kusochon says:

    dia ni bagus ke tak?

  7. Theking says:

    Nak jadi CEO tp tak dpt kot hihihi

  8. HAMID KARZAI says:

    NAK CARI PERUBAHAN

  9. mat says:

    Semua politik..aduii kerajaan klau x msuk cmpur kan bagus..menyusahbkan betul …

  10. anuar says:

    apa dah jadi. Lukman Ibrahim ni nampak orait je utk Proton. Vendor sudah pakai kabel politik ke.

  11. mim says:

    Dia ni dari dulu tggu time sesuai je nak letak jawatan..igt tak dulu heboh nak letak jawatan then terpaksa sambung lagi..mgkin dia rasa dia ni mcm kurg sesuai/pengalaman utk run automotive/engineering company..

    • azrai says:

      Dato’ Lukman ni orang Syed Mokhtar yang pegang Isuzu kat Pekan tu. Dah lama dia dalam bidang automotive ni. Bukan calang-calang orang.
      Alan Mullay CEO Ford tu dulu pun bukannya orang automotive. Dia CEO Boeing, lepas tu join Ford. tengok Ford sekarang untung semata je dari the big 3 Detroits tu.
      Elon Musk CEO Tesla tu pun dulu ex-IT expert kat Silicone valley. ok je dan berjaya naikkan tesla sebagai company automotive.

      • O_s_M says:

        Azrai…

        Kepala otak kau. Talk facts! Jgn bg comment mengampu bodoh membuta. Main petik suka hati kau je… Ni la melayu.. Tongong ckp xde fakta buat malu wei…

        • azrai says:

          Periksa fakta dulu. Bukan mengampu. Dato’ Lokman ni lama dah kan kat DRB-HICOM Pekan tu. bukan automotif ke?

      • tengkiu_amat says:

        jgn bercakap pasal industri kereta kalau tak tahhu, org2 bukannya bodoh

        • MrDDR says:

          YA. Cakap industri apam balik. Tapiu sini tak ramai tahu buat apam balik. Kalau nak sembang pasai industri apam balik kena la tahu buat apam balik. yo tak?

          • azrai says:

            http://investing.businessweek.com/research/stocks/people/person.asp?personId=59522951&ticker=DRB:MK

            1. Dato. Bin Ibrahim served as the Group Chief Operating Officer of DRB-HICOM Bhd since June 2011 and served as its Group Chief Financial Officer from November 2008 to June 2011.
            2. joined Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd in 1990 and Proton Berhad in 1991
            3. joined DRB-HICOM in 2008 as Group Chief of Finance. From 1995 to November 2008, he Seconded to PHN Industry Sdn Bhd from PROTON Berhad, where he served as Managing Director, Senior General Manager of Corporate Services Division, Chief Financial Officer, General Manager of Corporate Services Division, Chief Financial Officer, Senior Manager of Corporate Services Division, Chief Financial Officer and Manager of Finance & Admin, Department.
            4. From 1993 to 1995, he Seconded to PROTON Parts Centre Sdn Bhd from PROTON Berhad, where he served as Manager of Finance & Administration, Department and Deputy Manager of Finance & Admin Department. From 1991 to 1992
            5. In 1988, he was Undergraduate Internship in Fixed Assets Unit of Financial Accounting Centre, Sun Refining & Marketing Company, Philadelphia. From 1989 to 1990, he was Graduate Internship in Cost Control of Financial Accounting Center, Sun Refining & Marketing Company, Philadelphia. He is a Fellow of Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), a member of Malaysian Institute of Certified Public Accountant (CPA) and Malaysian Institute of Accountants (MIA). Dato. Bin Ibrahim holds Bachelor of Business Administration (BBA) Magna Cum Laude (Majoring in Accounting & Finance) from Temple University, Philadelphia, USA in 1989 and also has Master of Business Administration (MBA) from Temple University, Philadelphia, USA in 1990.
            Dalam ACCA pun ada tentang dia. https://www.accacareers.com/career_centre/engineering-drb-hicom-berhad-malaysia/

            Inilah fakta sebenar. Dia bukan baru dalam bidang Automotif ni, walaupun background dia accounting.

        • azrai says:

          Saya tak bodek sebab saya bukan kerja dengan DRB-HICOM pun. Dato; Lukman ni dah lama dengan DRB-HICOM, 20 tahun lebih dah, lepas tu dalam bidang automotive juga, cuma background dia accounting bukan teknikal seperti engineer. Mungkin tu yang jadi salah fahamnye.
          Lepas tu inilah fakta sebenar. Tak boleh terima pendapat orang lain ke? Tony Fernandes dulu pun dalam bidang muzik, boleh jadi CEO syarikat penerbangan yang baik.

  12. ruffstuff says:

    Bila DSZ nak masuk balik? Kan best kalau dia yang buat launching GSC.

    • farghmee says:

      oh..semua pn finance itu finance ini.
      engineering background?

      aku bawakan contoh:

      ali & abu ada kedai roti.
      ali manage account.
      abu buat roti.
      kalu abu mati, kedai roti tutup.
      kalu ali mati, roti masih boleh dibuat lg.

      management skill & technical skill berbeza.

      kalu keje management saje tp xnk amik tahu technical, mmg syok sendiri.
      kalu keje technical pastu amik tau management, lagi berbaloi.

  13. budak baru says:

    rumors perletakan jawatan DLI ni bermula petang tadi di proton. kesahihan rumors ni terjawab esok hari. persoalan dia, kenapa letak jawatan? dulu dah letak jawatan sebelum suprima dilancarkan. hampir tarikh perlancaran, join balik. sekarang, resign lagi. join balik, time GSC nak launch?
    tak faham.
    bila CEO resign (deputy sebenarnya), adakah hala tuju proton dan organization chart akan dirombak semula? biasanya, pabila top man dalam company berubah, company approach pun akan berbeza-beza. mungkin tidak ketara sangat sebab chairman masih kekal. tapi, bila nak moving forward kalau top management masih bertarik tali? company lain sudah makin ke depan?
    polisi DRB sebenarnya (DRB own proton), once resign, tak boleh join company semula.
    bukan nak bash, tapi memberi pendapat berdasarkan pemerhatian saya selaku orang makan gaji di syarikat automotif tersebut.

  14. Orang Lama says:

    Emmmm
    Management approval paper aku tangguh lagi la jawabnya…. da la 8kali reject sampai time nk masuk manco jd cam ni pulak

  15. azelery says:

    pentadbiran gabungan drb-hicom dan proton. mungkin masih cari keserasian.

  16. sd says:

    betul!! betul!! betul!!

    takkan deputy CEO je…lama dah tuh!! hahahaha

  17. Jack274177 says:

    Knowing him, He got dignity and pride, dulu dia resign, Tun yg panggil balik…ni dia resign lagi mesti ada sebab yg besar dengan no1 drb man..none of the people in drb capable to lead the proton except dato lukman…

  18. gie7 says:

    salam

    kpd rufstuff,kalau d ikutkan pada realiti sebenar,syed zainal takkan kembali kepada proton…sekurang2nya selagi syed mokhtar masih pemilik drb hicom dan juga proton dan juga sekurang2nya selagi tun dr mahathir masih penasihat proton…syed mokhtar sangat mengkagumi tun dan melihat proton sbg tun dr mahathir..dia akan bekerja keras untuk Proton wp terpaksa guna duit sendiri..

    dsz ada satu dosa yang tak mungkin tun lupa..tun pemaaf tapi tak cepat melupakan..tun tak suka orang yang lupuskan aset syarikat yang mana susah2 nak dpat lepas tu lupus aset..sbb bagi tun ia seperti mengkhianati deb itu sendiri…sbb itu selagi syed mokhtar adalah pemilik proton,lotus tidak akan d jual…

    dsz mungkin tersepit antara arahan daripada pengerusi lama dato azlan dengan impian tun…keputusan proton d bawah dsz menjual mv agusta sangat mendukacitakan tun..sbb tu semasa pengambil alihan proton oleh drb,salah satu terma dia ialah ceo proton perlu meletakkan jawatan dalam tempoh2 tertentu…

    namun kalau dah tertulis d loh mahfuz,siapa tahu mungkin dsz akan kembali ke proton…tapi bukan sekarang..nak buat camne,syed mokhtar sangat mengkagumi tun..

    • campromania says:

      dsz pernah bagitau saya, kemungkinan besar beliau takkan kembali ke proton, sebab bisnes dia pun dah semakin bagus, tapi macam gie cakap tu la, semua adalah ketentuanNya.. :)

      • prolever says:

        yep. Betul.

        • TanahGambut says:

          sokong!
          jualan Agusta bukan keptusan DSZ, tp melibatkan org tertinggi di Khazanah. secara logik.. Proton yg semasa itu dibawah tanggungan khazanah.. terlah tersasar jauh. Proton wktu tu dah hampir nk ‘mampus’.. perubahan berlaku selepas Pak Lah jd PM.. Khazanah dpt green light utk lakukan rombakan Proton..

          Akhirnya Mahaleel si merapu tu di tamatkan.. DSZ masuk.. Khazanah buat keptusan Agusta di jual. Cuma yg mgkin Tun terasa sgt ialah mengapa jual dgn 1 Euro.. xtahu lah pelik jugak..

          Maaf ckp.. Tun hebat kepimpinannya tp kelemahaannya dia seorang ‘pendendam’ jugak. DSZ sgt berpontensi sbg leadr terbaik proton..tp syg..sentimen ini jd masalah..

          Saya antara ‘pembenci’ proton waktu itu krn geram jd mangsa ‘penipuan’ produk proton yg sgt bermasalah semasa itu.
          Bila DSZ masuk..seperti ‘bintang’ yg mengemerlapkan proton tiba2 yg sudah sgt malap.

          Projek Persona dr Gen-2
          Projek Saga BLM dr Savy
          Projek Exora dr platform yg boleh diversified..

          ini org yg cerdik..org yg menjiwai bidang automotif..
          DSZ pulihkan Proton dgn pelaburan minimum dr platform sedia ada.. hendak seribu daya tknak seribu dalih.. boleh aja Proton bangkit jika dpt leader yg cerdik dan ikhlas..

          jgn jd spt seorng tu.. keje dia ‘ugut’ je.. kejap nk letak jawatan.. kejap xjadik.. kejap nk letak.. aduhh…

          Moga2 DSZ kembali ke Proton.. Insya Allah!

          • littlemin says:

            Bersetuju ngan TanahGambut sepenuh2nya!

            Bile ckp pasal bisnes & bidang automotif, DSZ lagi cerdik drpd Tun. Baik Tun diam-diam jgn buat kacau.. Buddy dia itu si Mahaleel hampir memampuskan Proton, fakta ni sy rase ramai rakyat masih ingat lagi… Sebelum DSZ campur tangan pasal Proton, Proton nih mmg a big loser, Quality fail, produk jugak fail..

            Dan satu lagi, dh bleh nmpk sejak DSZ meletak jawatan, Proton dah menjadi makin lemah nih… Adui…..

    • Mmm… pasal kes MV agusta tu x patut letak salah kat DSZ 100%. Pelik la bila dah buat wrong decision oleh org lama, pastu dtg org baru menyelesaikan permasalahan dan melupuskannya adalah cara terakhir selepas cara lain buntu, dianggap satu dosa walhal pembuat keputusan salah org lama tu x dikira dosa? Nie kes MV agusta, lain la kalau lotus, mmg x bleh dimaafkan langsung kalau keputusannya adalah lupus kerana kita tau aset lotus penting membantu menjana teknologi, prestij n pengetahuan keseluruhan industri pembuatan kereta2 proton. Ker ada pelaburan dari kroni2 yg x mampu mendapat pulangan bila aset MV agusta dilupuskan? Tu yg frust menonggeng tu:P Yg peliknya dlm hal nie di atas pengarah urusan ada pengerusi proton x pula disalahkan sedangkn konsesus bersama dicapai. Politik dalaman yer? So, perlu ada kambing yg perlu ‘dihitam’kn? Sorry:P

      Apa2 pun, kalau DSZ berpeluang menerajui proton lagi, itu satu berita yg paling menarik bagi proton n anggaplah itu peluang utk beliau menebus semula ‘dosa2′ itu walhal dosa2 itu bukanlah dosa2nya…sekadar mangsa keadaan je hingga memaksa perletakkan jawatannya:)

      Pasal Dato’ Lukman plak, x kn ada tarik2 rambut dgn dato’ Kamil plak kot?:) Mgkin x tahan pressure atau dia jer yg tau…

      My 2 cents.

      Cheers!

      • F1sz says:

        tan sri kamil takde rambut

        • TanahGambut says:

          TS Kamil xde peranan sgt pun dlm memacu Proton spt DSZ..
          sekadar buat press statement.. not in a team work looking.. susah lah nk dpt mcm DSZ spt suatu masa dlu..
          skrg xtau le klu DSZ masuk..apakah akan sama spt zaman kegemilangannya..krn adatnya..zaman kejayaan seseorng tu sekali jer dtg..

          :)

          • fauzan says:

            Mmm… Sbb tu kena wujudkn jawatan pengarah urusan dlm proton seperti era DSZ. Dato Kamil berjawatan Pengerusi Eksekutif proton kn? Ala-ala nk jadi one man show dlm proton ek? Tapi x berperanan sgt;(

            Apa2 pun dlm kes DSZ, kalau benih itu baik campak kat mana2 lautan pun hatta lautan yg sama berulang kali tetap menjadi pulau yg indah, x gitu?:)

            Cheers!

    • tengkiuamat says:

      DSZ is more capable than others…

      as far as I know, perjualan MV Agusta adalah keputusam dari BOD & bukan dari CEO…. seorang CEO tak semesti ahli BOD

      • azrai says:

        Cuba bagi Tony Fernandes. nanti ada TuneCar daripada Proton.
        1. Aircond optional, nak 2 jam je ke nak 3 jam bayar ikut jam.
        2. Tayar boleh pilih, Standar 12 inci aje. Spare tyre optional, bayar lain.
        3. Cat 1 lapis aje. Nak 2 lapis bayar lain.
        4. Bulan 12 jualan kereta biasanya slow, siapa tempeh awal boleh dapat murah. bayar eksais duti aje.
        5. Showroom semua tutup, beli kereta online gitu.
        Ada apa-apa lagi boleh buat nasi tambah…

        • TanahGambut says:

          lepas tu keje angkut pompuan dgn gay byk2 masuk Proton utk buat commercial..karut2..hehhe

          sy dpt makluman semasa KL AutoShow tahun akhir DSZ sbg CEO, beliau cukup pentingkan ‘akhlak’ staff (relatively). custome asal budak2 ni design utk KLMS tu agak menjolok mata.. then bila DSZ teliti.. cut design tu.. just pakai seluar panjang n baju yg sedrhana..itu staf Proton yg incharge ceritakan..

          that’s a really2 great man u know.. dia cuba bawa imej sopan di tgh2 imej separa lucah merata2 di KLMS.. pakat2 tanggung dosa lah…. kita nk tgk keta atau nk tgk betina? we are muslim bro. why must copy cat puak2 sana?

          so at that point of view i’m really impressed with him. a part..

          sbb..citer bro azrai kt atas ckp pasal Tony.. jauh beza lah annei tu punya style.. dgn apa yg DSZ pernah lakukan utk Proton.. pd satu2 sudut..

          • H+Z says:

            Setuju pendapat saudara, tahun 2005 dahulu sewaktu majlis keramaian di Slim River (pekan kecil), Proton involve untuk jualan-jualan termasuk merchandise. Yang gadis-gadis promo ni berpakaian ketat dan skirt amat pendek.. memang tak sesuai dengan keadaan lokaliti dan keadaan santai keluarga.

        • tengkiuamat says:

          Tony Fernandes dah ada Caterham, tak lama lagi ada kereta sport utk rival Lotus Elise & Porsche..

  19. x9 says:

    the guy has a weak heart and mind, last time also almost resign ………..

    this attitude wont be a leader

    • Peminat Susah Mati says:

      sy sgt setuju…seorg leader yg bagus bukan kaki merajuk mcm auwww je hatinye…geli aku org mcm ni…nak kene pujuk2 nak belai2 ..lps tu merajuk balik…resign…damn…sungguh adek-adek…weiii…aku org bawah ni kene pijak..kene lanyak…maki hamun makannye…gaji ciput dari ko…masih steady…kerna kami org susah…hati mesti kering sbb rezeki kami bukan boleh makan sampai mati…tapi kami syukur Allah masih memberi kami rezeki mmng tak sebanyak mcm org2 atas, supaya kami menhargai setiap nikmat Allah kasi…ini org atas skit2 ugut resign…the best leader bg pendapat aku mesti start dari bawah baru die punye hati yg cekal dan motivasi yg tinggi…ni terus2 kerja dah jadi engineer arah2 org jew…kompom hati selembut salju…phuiii…

  20. makcikbaruang says:

    “Berkemungkinan beliau bakal digantikan oleh Dato’ Azhar dari Honda Malaysia”. ngucap jap aku dgr name yang dicalonkan….mintak dijauhkan dari orang camni kat dalam organisasi..

    • daniel says:

      Kenapa dgn nama Dato Azhar yg dicalonkan tu…??? Maaf x kenal detail dia…

      • azrai says:

        Azhar Idrus takpe kot..

        • TanahGambut says:

          knapa xboleh DSZ semula?
          track record dia cemerlang..
          buanglah sentimen2 org2 hati xbetul tu.. yg penting proton mesti dilonjakkan lagi..masa xbyk utk Proton hadapi global market.
          apa yg DRB tuai skrg adalah hasil zama DSZ.. belum ada satu lg pun significant project dr DRB..utk lonjak proton..

  21. keretakura says:

    Jangan jadi macam British Leyland udah leee………hehehe

  22. azrai says:

    Boleh bagi alamat nak hantar resume isi jawatan kosong ni tak..Tarikh temuduga bila ya..

  23. qushai says:

    Saye suke dsz..jelas dan nampak hala tuju.pafa kami org bawahan

  24. kamil says:

    apa susah! suruh je david teo ambil alih position tu! hahahahahahahaha

  25. Zuroe says:

    ni kes ‘makan tk kenyang’ lah ni.. nk lebih lagi..
    elok ‘berambus’ je lah lokman oii.. ko menyemak je lebih dr nk majukan Proton.. effortless.. harap DSZ di ambil semula.. ketepikan sentimen org2 tertentu yg kurang suka DSZ yg ada ciri2 leader MUSLIM.. ade yg fobia… hahaha..

  26. mat says:

    ni pndpt den secara peribadi. pnjualan mv agusta mmg tepat. masa pembelian pun,syarikat dlm kerugian. walupun ada sedikit tech utk small engine,tp prtn dh ada lotus. prtn bukan company motosikal. knp dijual 1 euro jek. sbnrnya 1 euro plus semua utang yg mv agusta tanggung. jrg ada company lain nk beli dgn cepat utk syarikat yg track record byk utang. decision itu tepat,bertepatan dgn istilah business/financing 1 dollar company. istilah itu ujud utk kes mcm ni.
    dgn menjual mv agusta,walupun rugi sebab pelaburan mbeli mv agusta,tp sbenarnya dpt mengurangkn kerugian,n melepaskn hutang yg trpaksa ditanggung oleh prtn group utk memastikan mv agusta tetap beroperasi. bila jual 1 euro,prtn xperlu lg menanggung operating cost termasuk overhead n labour,dan segala utang atau loan yg dibuat bwh nama mv agusta,prtn xperlu tanggung krn company yg amik alih akan tanggung sume utang tuh.
    katalah utang mv agusta 100juta,operating cost 20juta setahun,dr 2005 sampai 2014,dh dkt 10tahun. dahler debt 100 juta blum lg selesai,operating cost 20X10 tahun,xpasal2 prtn rugi 300juta.
    baik lupus jek,rugi 100juta jek. xtermasuk pening kpl pengurusan lg,pekerja bertukar,rnd buat moto br,enjin br n mcm2,jualanpun sakit.

    tp pendapat den yg penahlah kije dlm bidang kwangan satu ketika dahulu.

    tp pndpt memasing,so,xda sapa yg slh.

  27. Enjineer says:

    rasanya resignation DLI ni mungkin ada kena mengena dengan JV dgn HONDA ni.
    Mungkin diorang letak syarat someone from Honda kena assign kat PROTON. Maybe as CEO?

    DLI tak bersetuju kut sbb dia masih deputy CEO. jadi angkat kaki dulu.

    *sekadar teori*

  28. Jenjenab says:

    Dgr cerita dli diarah berhenti sbb GSC delay 6 bulan?

    • farghmee says:

      abes tu, lepas dia brenti, GSC boleh on-track semula?
      pelik weh.

      apa kata kalu letak jawatan lepas launch gsc.
      at least siapkan la keje tu.

      tukar ketua tgh2 projek bukan idea yg bagus.

      • Jenjenab says:

        Nak on track celah mana bro.. Cost over run… Vendor semua dh mengamuk.. Semua abis dia pelingkup. Janji keta kuar April.. Now dh jadi january tahun depan plak.. Dgr citer dia pi repot kt tun m pun berita palsu. Ckp mengarut. Janji kosong. Kalo dh dua tahun apa pun xde… Nk simpan buat apa lagi. Knowing tokei drb tan sri tu… Dia tu kalo org x perform.. Dia terajang je.. Baik suruh blah dr terus jadi parasit. Keja pandai taichi. Semua org salah. Semua org buat x betul. Ugut org. Gila punya olang…

  29. fayt says:

    January tahun depan?
    seriously??????

  30. superskaler says:

    betui ka jenab delay smapai Jan15

    • Jenjenab says:

      Superskaler,

      Tu yg wa dgr la… Kalo x takkan sampai kena arah letak jawatan? Confirm tan sri rambut x berapa nk ada suruh blah. Sbb sales tahun ni lagi teruk dr tahun lepas. Bertuah dpt close at 130k units… And the failed carnival.. Mengarut.. Buat tiap2 minggu mcm sarkas.. Rm20 je bro booking kereta pas tu dpt payung pulak tu!

      U really think anyone will let go of his or her so called ‘throne’ just like that..

      Looking back in history… He was just a small fry (xbertitle pon) in a small subsidiary called PHN.. Buat plastic injection parts.. Now (well… Before he resigned) he is the number 1 (dalam kepala dia) in Proton.. padahal org semua tau la dia tu pengawas saja..

      But lagak bukan main.

      Kalo wa citer lagi kang org ingat wa org dalam.. But yg penting… Dli is O.U.T

      • keretakura says:

        hehehe…..itu belum cerita Pekan crisis lagi tu….

      • prolever says:

        ya ka…. aku mmg dah nak prepare deposit utk gsc dah nh, sanggup tak amik preve,

      • krs189 says:

        PHN stamping part maker la….

        DLI ni the highest position than he can do best is CFO ajer… lebih pada tu belagak je lebih

        • Jenjenab says:

          haaa ye la. betul la tu. PHN tu stamping parts.. kot… wa mana tau. wa x keja proton… lu kerja proton ke krs189?

          tp wa agree ngan lu… DLI tu mmg takat CFO boleh la…. tu pun nyawa nyawa ikan je…

          aptb

      • budak baru says:

        aku agree point carnival kereta tu. yup, carnival kereta tu betul bole tingkatkan sales dan introduce kemampuan jentera proton. tapi, cara dia macam sedikit tak betul. proton buat private own carnival? banyak duit? pastu, banyak pulak venue cover macam shah alam, melaka, penang etc. nak book tempat, nak create event, nak bayar artis dan show bagai. berapa cost dan berapa return event tu? hari tu dah keluar figure jualan daripada carnival tu dalam 2000 units (betulkan kalau salah). berbaloi ke tak berbaloi?

        kenapa tak tumpang event lain untuk perkenalkan produk proton? contoh mudah, perodua join sure heboh. sure heboh tv3 punya. mainstream media coverage confirm terjamin. perodua perlu tempah booth dan kawasan. mungkin sedikit bayaran untuk pengiklanan. tapi mana yang bijak dari segi long run?

        daripada sini, kita nampak perodua menang daripada proton dari segi marketing dan advertisement. dari dulu lagi. contoh, tengok brochure perodua. kereta simple, tak ada apa nak highlight pun. tapi semua benda remeh nak masuk macam cup holder, shopping bag hook, tempat letak kasut bawah seat. enjin sama, gearbox sama. kenapa bole laku jugak jual?
        preve ada EVP, ada tulis? apa fungsi ISOFIX, ada terang (pernah ada kes, saya tanya SA pasal ISOFIX, beliau berkata ISOFIX itu merujuk kepada nama kulit untuk seat)? apa itu ESC dan kelebihan dia? kenapa perlu rear fog light? nak kata myvi jimat, lebih kurang sama je dengan saga sv saya. saga untung lagi, boot besar. exora jauh lagi besar dan power daripada expensive dan tin kosong alza. mungkin minyak exora sedikit kuat berbanding daripada alza, tapi exora dapat bawa 7 orang dewasa, alza dapat? jadi, point apa yg perodua lebih daripada proton?

        ini hanyalah pandangan saya sebagai pekerja bawahan proton. dari view seekor cacing, bukan seperti top management yang view seekor burung. tidak pernah deal secara direct dengan DLI. jadi, tidak boleh banyak komen tentang beliau banyak.

        proton boleh pergi jauh sebenarnya sebab engineering mereka lebih capable dan more freedom jikalau dibandingkan dengan perodua. apa yang diperlukan ialah, a very good direction in term of product (vehicle specification, target market), know proton’s limitation (jangan buat syok sendiri seperti engine limitation), know the market trend and improve marketing & advertisement and the most important thing is quality in and out (tegas dengan vendor baik local dan overseas, SOP enhancement).

        • campromania says:

          saya setuju dengan pendapat budak baru, dari dulu lagi blog ni dah bagi beberapa cadangan untuk penambahbaikan risalah kereta proton, sebelum ni lagi la entah apa2, tapi setakat ni dah banyak perubahan..

        • ruffstuff says:

          Karnival boleh buat, tapi KLIMS tarik dari.. buang duit. Betul cakap ko.

          • ProtonGSC says:

            Aik? Bukan dulu ramai orang kat sini puji ke masa Proton tarik diri KLIMS? Siap dengan pelbagai alasan direka demi nak memjustifykan ketidak hadiran Proton. Sekarang takkan dah bertukar nada pulak kot diorang2 ni?

          • campromania says:

            ramai je yang bash sebab proton tarik diri dari klims bro

          • MrDDR says:

            Tapi yang nyatanya pembekap pembekap proton akan menyokong apa saja tindakan proton.

            Tak masuk KLIMS = Memang patut tak masuk bla bla bla

            Masuk KLIMS = Memang patut masuk bla bla bla

            Ni la ciri ciri pembodek proton.

        • Nul says:

          Aku sokong bro…. Susah nak jumpa org yg komen positif mcm bro, ni baru hujah…bukan komen kutuk membuta tuli, tapi ilmiah… Saya suka pandangan tuan….

        • Jenjenab says:

          agreed!

          Lagi satu yang wa tgk… wa harap top mgt proton dpt take note pasal ni… xtaw kenapa proton xnk cerita kuat2 pasal capabilities… pasal Turbo tu… kenapa panggil CFE…. kenapa x guna je perkataan TURBO. keta kancil cokia pun dia buh sticker turbo…

          Nissan datsun cabok nak hancur 20 tahun pakai cat dah luntur pun ada sticker turbo walaupun yang sebenarnye xde pun Turbo…

          Tp proton…. xgunakan perkataan TURBO yang popular tu… cuba buh kat semua model… Preve… Exora… kenapa ada kat Suprima Saja? and dah ada tapi kecil je tulisan… macam x berapa nak bangga….

          Think bout it….

  31. prolever says:

    superskaler,

    so sape yg akan jadi ganti. aku harap sangat DSSZ. Sian jugak DSsz, org guna toilet, die tukang cuci. Proton should jaga DSSZ.

  32. tengkiuamat says:

    I want DSZ… he is the BEST!!

    • budak baru says:

      yes he was good. everyone loves him. tapi saya rasa, sedikit sukar untuk beliau kembali ke proton. melainkan, beliau masuk DRB. mana mungkin DRB ambil orang luar daripada DRB? mungkin top management POS malaysia, Honda Malaysia, Isuzu?

      • keretakura says:

        @budakbaru:
        DSZ is the best! Whoever had the chance to work with him knows that. He was from DRB for the MTB (Malaysian Truck & Bus) project (that would crumble after he left for Perodua).

        For a man of his integrity, he won’t come back.

        “Mana mungkin DRB ambil orang luar dari DRB”

        This has been the practice in DRB HICOM under the pretext of bringing high-paid new-blood into the management, at the expense of loyal, experienced staff who had been with the company through thick and thin, taking really low paycheck. But after they’ve seen the real scenario in DRB after a few months, they’d leave.

  33. Sendoh says:

    Patutnya tahun ini Proton kena perkenalkan MODEL Baru.. Proton kena cepat cari Leader yg BERJIWA KERETA. Pergi kerja ingan kereta, masuk pejabat ingat kereta, pergi rehat ingat kereta, masuk kerja ingat kereta, habis kerja masa balik pon ingat kereta dan yang penting sampai je rumah ingat keluarga dan bila solat ingat ALLAH dan berdoa mohon Proton berjaya.

    Ala.. dunia nikan pentas, nak BERJAYA atas PENTAS balik.. laku seperti PROFESIONAL, takde simpan dalam HATI punya, jika ada BUANG JAUH-JAUH. Mari BULATkan HATI panggil mai balik Tuan DSZ tu. Dia memang BORN BE THE BEST YO!

    Nak PERSEMBAHAN PENTAS yg BERJAYA kena ada PELAKON2 dan HEBAT! DSZ salah seorang pelakon PENTAS yg HEBAT! panggil je balik BELIAU. Insya-ALLAH PROTON BERJAYA.

    Kan BAGUS OWNER DRB dan TUN M baca KOMEN aku… Mudah-mudah terbuka hati diorang panggil balik THE BEST PLAYER ni (DSZ).

    Hehehe….

  34. TheInsider says:

    yang pastinya..so far bukan DSZ..tapi …
    nama dah ada..tunggu oficial statement saje.

  35. casablanca says:

    apesal la korang ni susah sangat nak paham. DSZ orang kuat PAS, mr.clean, kaki mesjid.. korang ingat TDM nak bagi lagi ke jawatan tu kt DSZ.. please read blog outsyed the box..dalam mimpi je lah..

    dah la syed mukhtar ni puppet TDM, semua aset strategik negara semua dia dapat control. jangan harap lah.. even though DSZ has credential and leadership capabilities to take proton to greater height.

    untuk sakitkan hati korang, korang cuba pegi baca aduanrakyat.com.my tengok top problem rakyat malaysia kt sana.. ha ha..

  36. anuar says:

    Tengku Djan ada potensi.

    • r3_jahanam says:

      Tengku Djan….

      mmg potensi. tapi potensi melingkup. dia pandai kerja.. tp pusing pun pandai. masanya bakal tiba…. sama saja mcm ayahanda dia.

      pegi racing… bawak budak2 r3… padahal bukan staff dia (persendirian)… staff proton. gaji proton bayar.. staff pula x berani nak berkata2. ikut je macam lembu. bila pegi racing… bawak barang2… bawak tools.. bawak segala nya r3. mcm r3 tu Tengku Djan yang punya….

      aptb

  37. jimi says:

    tggu org Petron.

  38. Ehm nama memang da ada untuk ganti DLI. Kalau betul insider news source saya, hari ni Proton akan annouce DCEO. Kalau ikut nama yg diberikan adalah En Abdul Harith current CEO of DRB Deftech and Head of Automotive and Defence of DRB. Tunggu je la berita malam ni or esok kuar la nama dia :)

  39. sba says:

    Pendapat saya, setelah pergi karnival yang dianjurkan oleh Proton. di Bukit Jalil(tahun lepas) dan Shah alam baru baru ni

    i. Karnival proton telah / lebih berjaya bagi memahamkan apa teknologi yang ada pada kereta proton.

    a. saya dapat bertanya secara berhadapan dengan jurutera jurutera di bahagian yang dipamerkan.
    b. ada demontrasi secara langsung tentang proses pembuatan kereta.
    c. anak saya begitu teruja dengan proses design kereta. Proses model tanah liat.
    d. Demo acara F1, lotus dan kereta ralli,
    Dan banyak lagi sebenarnya.

    Ini semua tak dapat kita perolehi dari jomheboh, atau KLIMS(berbayar lagi).

    ii. Dengan membawa Proton ke segenap bandar, maka yang diluar lembah Kelang turut boleh merasa dan mengambil bahagian sebenarnya.
    - Saya dapat memandu uji banyak model dalam 2 hari. yang tidak akan saya lakukan di pusat pameran kerana ada perasaan malu dan segan jika kita tidak berhajat utk membeli model tersebut. tapi kini terdetik utk menyambar exora bold dlm masa terdekat.

    - secara tak lansung saya telah menceritakan pengalaman saya pada rakan taulan, saudara mara tentang pengalaman saya ini.

    iii – Proton telah mendengar keluhan ramai sebenarnya. banyak perubahan, Tapi mengikis persepsi negatif memang mengambil masa.

    - jadi dengan memberi ruang dan peluang untuk mengikis tanggapan negatif itu dengan mempamir teknologi terkini pada model proton adalah langkah yang betul.
    - mungkin data jualan tidak memberangsangkan. tetapi niat utk memberi kelainan itu adalah sangat baik.

    iv. Pekerja proton hendaklah lebih jujur dan dedikasi dalam penghasilan produk mereka.

    - Kerana jika model yang dikeluarkan ada kecacatan yang sama setiap kali model baru keluar maka segala kepercayaan akan luntur dan pupus. Pilihan banyak diluar sana.

    - Maka berusahalah Proton, masih ada sinar untuk anda.

    • Gebang says:

      Komen yg terbaikkkkkkk…..ini tidak KARNIVAL Proton x pernah pergi pon, pastu dok sembang kengcang, buat andaian mcm2, sangka buruk, dan mcm2, mcm tu lah manusia, adalah seorg makhluk Allah kat sini, sembang mcm semua benda dia tahu….

  40. TheInsider says:

    sebenarnya sebab DLI berhenti ..phuhhh…
    biarlah rahsia…phuhhh…mmg luar jangkaan.

Tinggalkan komen

Back to Top ↑
  • Jom Like Muslimah Fashion Hub

    muslimah fashion hub - side bar 300 x 250

  • VIDEO : Pandu Uji singkat Proton SUPRIMA S

  • VIDEO : Apa kata Shamsul Yunos mengenai NAP

  • ULASAN PANDU UJI : Peugeot 2008

  • ARTIKEL TERKINI

  • JOM “LIKE” FUNTASTICKO

  • JOM “LIKE” AUTO ANDA

  • JOM “LIKE” NETBYTE

  • JOM “LIKE” MOTORSPY