ARKIB

KATEGORI

Buletin

Airbus H160 hasil sentuhan Makmal Rekaan Peugeot

Views
Say Hello to the H160

Airbus Helicopter memperkenalkan model helikopter awam terbaharunya di Dubai Airshow, hasil rekaan kolaborasi bersama dengan Makmal Rekaan Peugeot. Walaupun rekaan akhir helikopter tersebut akan dimuktamadkan di Airbus, Makmal Rekaan Peugeot merupakan pihak yang mencetuskan idea rekaan tersebut setelah memenangi pertandingan rekaan anjuran Airbus, yang mensasarkan pengaruh rekaan luaran selain mencipta penanda aras baharu dalam rekabentuk helikopter.

H160 adalah helikopter baharu yang dinamik dan anggun dijangka mula dijual pada tahun 2016. Model tersebut direka untuk tugasan serba boleh, mampu untuk berulang-alik ke platform luar pesisir, menyertai misi perkhidmatan awam, menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan dan juga untuk tugasan harian untuk syarikat swasta dan penerbangan.

airbus-helicopter-peugeot-2

H160 merupakan helikopter yang sangat moden yang futuristik. Pasukan reka bentuk mengambil generasi model Dauphin sebelumnya dan dirombak muncung hadapan selain kerangkanya yang dibuat daripada bahan-bahan komposit. Cathan Loughnane, ketua studio reka bentuk global Ketua Peugeot  berkata “Makmal Rekaan Peugeot membuktikan keupayaannya untuk mengambil projek-projek teknologi kompleks melalui kerja pada reka bentuk bahagian luar H160 ini.” Sebelum ini Makmal Rekaan Peugeot turut menghasilkan rekabentuk adalah trak makanan Le Bistro du Lion.
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
airbus-helicopter-peugeot-1 airbus-helicopter-peugeot-2 airbus-helicopter-peugeot-3 airbus-helicopter-peugeot-4

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply