ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zeekr X pemanduan kanan (RHD) bergambar dengan beberapa mercu tanda di Kuala Lumpur

Berita Tempatan

Views

Akaun X rasmi (dahulunya dikenali sebagai Twitter) Zeekr pada bulan lalu telah memuat naik beberapa foto unit pemanduan kanan (RHD) Zeekr X di Malaysia.

Apa yang menarik, foto-foto tersebut berlatarbelakangkan beberapa mercu tanda terkemuka sekitar bandar raya Kuala Lumpur, antaranya Bangunan Sultan Abdul Samad dan KLCC.

Jika anda masih ingat, ia merupakan unit yang sama berjaya dikesan oleh rakan media kami di AutoBuzz.my dalam artikel terdahulu.

Seperti yang telah kita ketahui, jenama Zeekr akan diedarkan di Malaysia menerusi syarikat Sentinel Automotive Sdn. Bhd.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Di Malaysia, cawangan pengedar pertama Zeekr terletak di Kuala Lumpur, manakala beberapa cawangan pengedar yang lain akan dibina di bandar-bandar utama seperti di Selangor dan Pulau Pinang.

Zeekr X dibina berasaskan pelantar Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA) Geely dan ditawarkan dengan pilihan motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang dan pacuan semua roda dengan motor elektrik berkembar.

Output kuasanya juga berbeza iaitu 272 PS dan 343 Nm daya kilas dan 428 PS dan 543 Nm daya kilas dan dipadankan dengan bateri 66-kWj untuk kedua-dua varian. Ia mampu memberikan jarak pandu sehingga 560 km (CLTC).

Dari segi dimensi Zeekr X berukuran 4,450 mm panjang, 1,836 mm lebar dan 1,572 mm tinggi, manakala  jarak tapak rodanya, 2,750mm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Zeekr X menampilkan gaya reka bentuk yang radikal dan lain dari yang lain, namun kelihatan agak pelik. Terutama di bahagian belakang dengan tingkap yang sangat kecil dan jejalur lampu LED yang nipis.

Versi pemanduan kanan (RHD) SUV, Zeekr X dan MPV, Zeekr 009 akan menjadi model mercu pertama yang bakal memasuki pasaran Malaysia dan juga di Indonesia.

Unit pengeluaran terawal Zeekr X pemanduan kanan (RHD)

Pada 7 Jun lalu, CNC melaporkan unit pertama versi RHD Zeekr X telah mula keluar dari barisan pemasangannya di China, dengan penghantaran ke luar negara dijangka bermula pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Sehingga akhir Mei, Zeekr telah membuka 392 cawangan pengedar di seluruh dunia, membina 1,076 stesen pengecasan, dan melancarkan 487 stesen pengecasan ultra-pantas, dengan sejumlah 2,615 unit pengecasan ultra-pantas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ZEEKR

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply