ARKIB

KATEGORI

Buletin

Xiaomi SU7 alami kerosakan selepas dipandu hanya 39km dan tak dapat dibaiki

Berita Global

Views
Xiaomi SU7 break down after 39 kilometers

Sejak Xiaomi memulakan penghantaran kereta pertama mereka iaitu SU7 pada 3 April lalu, sentiasa ada cerita tentang kemalangan yang melibatkannya atau kejadian di mana kereta tersebut mengalami masalah.

Walau bagaimanapun, insiden yang terbaharu ini mungkin yang paling aneh setakat ini. Difahamkan kereta elektrik tersebut mengalami kerosakan setelah hanya dipandu sejauh 39 kilometer dan lebih mengejutkan, ianya langsung tidak dapat dibaiki!

Kereta tersebut terpaksa dihantar kembali ke kilang untuk dianalisis. Buat masa ini tiada perincian yang jelas berkenaan insiden tersebut.

Setakat apa yang diketahui, pemiliknya yang hanya dikenali sebagai En. Wen merupakan pembeli terawal Xiaomi SU7 setelah menunggu selama lebih sebulan untuk mendapatkan kereta tersebut.

Xiaomi SU7 telah dilancarkan secara rasmi pada 28 Mac lalu. Kereta milik En. Wen telah diserahkan kepadanya dari Pusat Penyerahan Xiaomi Auto Xiamen Xing’an di Wilayah Fujian pada 4 Mei.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dua hari kemudian (6 Mei), En. Wen telah memuat naik satu video di platform sosial media yang mengatakan Xiaomi SU7 miliknya mengalami kerosakan ketika dipandu pada kelajuan tinggi selepas keluar dari pusat 4S itu dan hanya bergerak sejauh 39 kilometer.

Kereta itu terpaksa ditunda ke pusat penyerahan dan difahamkan kerosakan tersebut berlaku pada 5 Mei. Video tersebut memaparkan kereta itu terpaksa berhenti di bahu jalan dengan lampu amaran bahaya dinyalakan.

Skrin unit inforianya memaparkan mesej “Kereta akan berhenti, sila berhenti dengan selamat dan hubungi pusat servis dalam talian” dan kemudiannya bertukar kepada “Sistem pemanduan mengalami kerosakan dan gear tidak dapat ditukar.”

Ini menunjukkan terdapat ralat di mana gear tidak boleh ditukar antara ‘pandu (D)’ dan ‘undur (R)’. Pusat Penghantaran Xiang’an mengesahkan kejadian tersebut pada 7 Mei dan telah menerima aduan daripada En. Wen.

Namun, mereka tidak dapat mengenalpasti masalah yang berlaku. Kereta itu juga tidak dapat dibaiki dan perlu dihantar ke kilang untuk analisis bagi mencari punca kerosakan sebelum pembaikan dapat dibuat.

Selepas kejadian itu, En. Wen telah meminta kereta baharu dan enggan menerima bayaran balik. En. Wen berkata, “Saya mahu kereta, bukannya pulangkan kereta itu dan saya tidak mahu membuat tempahan baharu dan menunggu semula penghantaran”.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Disebabkan kereta baharu yang telah dikeluarkan dari kilang mempunyai pemilik tertentu, maka tidak mungkin untuk memberikan salah satu unit kepadanya.

Perkhidmatan pelanggan Xiaomi dikatakan sedang berunding untuk memberikan bayaran balik kepada En. Wen berserta dengan pampasan bagi perbelanjaan yang telah ditanggungnya.

Xiaomi menduduki tempat keenam dalam carta jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) untuk kereta berharga melebihi 200,000 yuan tahun ini, meskipun jualannya hanya bermula sejak hujung bulan Mac.

Setakat 5 Mei, sebanyak 8,500 unit telah pun dihantar kepada pelanggan, termasuk kereta milik En. Wen. Ini bukan insiden kali pertama melibatkan masalah kualiti bagi Xiaomi SU7.

Salah satu masalah yang lebih mengganggu adalah fungsi AEB yang tidak dapat beroperasi sehingga 135 km/j, sepertimana yang dinyatakan oleh pengeluar. Ia tidak dapat diperbaiki sehingga kemas kini dibuat menerusi OTA.

Terdapat juga laporan yang mengatakan ketidakseragaman dalam ketebalan cat, bersama dengan kerosakan berlebihan pada tempat duduk dalam kenderaan ujian. – CarNewsChina

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply