ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita maut, Proton X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 288 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, awal pagi Khamis.

Mangsa berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.37 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kemalangan melibatkan sebuah Proton X50 terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Alam Man tamat jam 2.35 pagi. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply