ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita ini bayar RM160 untuk pakej cuci kereta premium, tapi kualiti cucian ‘cincai’ je!

Tular

Views

Seorang pemilik Toyota Vios bernama Anian Kua baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran yang tular berkenaan ‘ketidakpuasan hati‘nya berhubung kualiti cucian sebuah pusat spa kereta di Kota Bharu.

Wanita tersebut dikatakan telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan cucian premium dengan harga RM160, termasuk pakej anti-bakteria dan menggilap.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Namun, ketika mahu mengambil keretanya, dia terkejut dengan kualiti cucian yang langsung tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Dia telah membuat aduan kepada pemilik pusat spa kereta tersebut dan meminta untuk membuat pemeriksaan. Pada mulanya pemilik tersebut melayan permintaannya, namun kemudiannya telah menghilangkan diri.

Akhirnya dia sendiri terpaksa menjadi ‘pemeriksa kualiti’ dan mengambil beberapa foto sebagai bukti. Jika dilihat kepada foto-foto yang dimuat naik, jelas kualiti cucian pusat spa kereta itu langsung ‘tidak memuaskan’, dengan masih kelihatan kesan kotoran dan debu/pasir di dalam kabin.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Dia langsung tidak berpuas hati dan amat marah dengan kualiti servis yang diberikan, ditambah pula pemilik pusat spa kereta itu terus ‘ghaib’ entah ke mana.

Hantaran yang dibuat oleh wanita tersebut kini telah menerima lebih 618 komen dan lebih 1,100 perkongsian di laman Facebook.

Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet, rata-rata mengecam pusat spa kereta itu dan mahu memboikotnya. Ada juga yang menyarankan wanita itu untuk ke pusat cucian lain dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anian Kua

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply