ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia buka tempahan EX90 dan XC90 – Jangkaan harga sekitar RM450k

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia telah mula membuka tempahan untuk dua model SUV tujuh tempat duduk, Volvo EX90 dan XC90 baharu, yang bakal menyertai rangkaian model elektrifikasi Volvo.

Malaysia merupakan antara pasaran pertama di Asia Pasifik yang memperkenalkan Volvo EX90 selepas pelancarannya di Thailand tahun lalu.

Untuk pasaran tempatan, harga runcit bagi kedua-dua model ini dijangka sekitar RM450,000, dengan perincian mengenai varian dan spesifikasi akan diumumkan kemudian.

Volvo EX90 ialah model elektrik sepenuhnya pertama Volvo dengan konfigurasi tujuh tempat duduk untuk pasaran global.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Sebagai SUV paling premium Volvo, ia menetapkan penanda aras baharu dengan seni bina pengkomputeran teras, teknologi keselamatan terkini di dalam dan luar kenderaan, serta keupayaan perisian yang akan terus berkembang sepanjang pemilikan.

Selain itu, Volvo EX90 menawarkan keseimbangan antara kemewahan dan keupayaan, dengan jarak pemanduan elektrik melebihi 600km, pecutan dari 0-100km/j dalam masa kurang lima saat, sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity, serta keselesaan tujuh tempat duduk sebenar.

Tempat duduknya juga boleh dilipat secara automatik untuk memberikan lebih ruang kargo dengan hanya satu sentuhan butang.

Bagi pelanggan yang mahukan pilihan hivrid palam (plug-in hybrid), XC90 baharu hadir sebagai SUV ikonik yang mempunyai warisan daripada SUV pertama Volvo.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

XC90 baharu ini menampilkan perubahan besar pertama sejak generasi semasa diperkenalkan 10 tahun lalu, dengan reka bentuk yang diperbaharui dan antara muka pengguna yang lebih moden.

Volvo Cars komited dalam menawarkan model elektrifikasi sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran kemampanan dan pelepasan sifar bersih dalam operasinya di peringkat global menjelang tahun 2040.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes berkata, dengan pelancaran Volvo EX90 dan XC90 baharu dalam masa tedekat ini, pihaknya akan terus menuju ke arah sasaran global untuk mencapai 90 hingga 100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi sebelum akhir dekad ini.

Pra-tempahan Volvo EX90 dan XC90 boleh dibuat menerusi PAUTAN INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

Volvo EX90

Volvo XC90 facelift

 

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply