ARKIB

KATEGORI

Buletin

Vladimir Putin hadiahkan Kim Jong Un sebuah Aurus Senat Limousine

Berita Global

Views

Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyampaikan hadiah sebuah Aurus Senat Limousine, kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, sempena lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.

Rakaman video oleh televisyen Rusia menunjukkan Putin memandu kereta itu, model kereta rasmi presiden di Rusia, dengan Kim tersenyum di tempat duduk penumpang.  Mereka kemudian bertukar tempat duduk dan Kim mengambil giliran memandu.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Peristiwa itu menujukkan hubungan kerja yang rapat dan keselesaan kedua-dua pemimpin tersebut. Ini juga merupakan kunjungan pertama Putin ke Pyongyang dalam tempoh 24 tahun.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini menandatangani perjanjian termasuk ikrar pertahanan bersama, yang merupakan langkah penting Rusia di Asia Pasifik sejak beberapa tahun lalu dan dianggap Kim sebagai satu “perikatan”.

Seorang pembantu Putin berkata, pemimpin Rusia itu telah menghadiahkan Senat Limousine tersebut kepada Kim. Ini merupakan limosin buatan Rusia kedua yang dimiliki oleh Kim.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Media Korea Utara melaporkan pada Mac bahawa Kim telah menerima hadiah Senat Limousine daripada Putin buat pertama kali pada Februari.

Bagaimanapun, Korea Selatan menyatakan bahawa pemberian kereta mewah itu itu adalah pelanggaran terhadap sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan berhubung program senjata nuklear Korea Utara.

Kim dipercayai mempunyai koleksi besar kereta mewah termasuk model Maybach, Mercedes-Benz, dan Rolls Royce yang diseludup masuk ke negara itu, sekali gus melanggar sekatan PBB. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi Aurus Senat

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply