ARKIB

KATEGORI

Buletin

Versi eksport Geely Galaxy E5 bakal dilancarkan pada bulan Ogos

Berita Global

Views

Model SUV elektrik yang ‘digembar-gemburkan’ oleh media sebagai bakal model sulung Proton e.MAS, iaitu Geely Galaxy E5 dijangka dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos nanti.

Julat harga model tersebut dijangka antara 130,000 yuan hingga 170,000 yuan (RM 84,251 hingga RM 110,174). Galaxy E5 juga merupakan model pertama Geely Galaxy yang dibangunkan untuk pasaran domestik dan eksport.

Dilaporkan, versi pemanduan kanan (RHD) juga dibangunkan secara serentak bersama dengan versi pemanduan kiri (LHD), dan ia memberi petanda eksport model ini akan bermula dalam tempoh yang terdekat.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Berikut adalah fakta ringkas mengenai Geely Galaxy E5:

  • Dibangunkan dari pelantar Seni Bina Elektrik Geely (GEA), yang diperoleh daripada Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA).
  • Pelantar GEA boleh digunakan untuk rangkaian kuasa EV, EREV, PHEV dan metanol hijau.
  • Ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,750 mm.
  • Menggunakan sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1 yang merangkumi 11 peranti utama seperti motor, kawalan elektronik dan pengurang. Berat sistem ini ialah 79.8 kg dan isipadu hanya 72 liter.
  • Kecekapan komprehensif adalah sehingga 90.04 peratus dan penggunaan kuasa serendah 11.9 kWj setiap 100 km.
  • Dipacu motor elektrik berkuasa 160 kW dengan masa pecutan 0-100 km/j, dalam tempoh 6.9 saat dan mampu mencatat kelajuan maksima mencecah 180 km/j.
  • Menggunakan bateri litium besi fosfat, Aegis yang dibangunkan sendiri oleh Geely dengan kapasiti 49.52kWj dan 60.22kWj (jarak pandu antara 440 km dan 530 km mengikut kitaran CLTC).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

  • Dilengkapi dengan cip Infineon TC397 bagi membolehkan kecekapan komunikasi yang tinggi dan tindak balas kuasa yang cepat.
  • Kerangkanya lebih kukuh dengan menyepadukan bateri ke dalam badan, atau ‘sel-ke-badan’ (CTB).
  • Ia turut dilengkapi dengan sistem anti-gelincir pemaduan semua cuaca (G-TCS) yang membolehkannnya lulus dalam ‘ujian Moose’ pada kelajuan 78 km/j.
  • Model ini dilengkapi dengan sistem pemulihan tenaga pintar 4-kelajuan yang melaraskan daya brek dalam masa nyata berdasarkan jarak kenderaan, kesesakan jalan raya dan maklumat tanjakan.
  • Pelanggan boleh memilih dua saiz rim berbeza, iaitu 18 dan 19-inci.

Rekaan kabin Galaxy E5 menampilkan dua skrin LCD yang menjadi paparan instrumen dan paparan untuk pemandu. Ia turut dilengkapi skrin unit inforia jenis terapung bersaiz besar di tengah papan pemuka.

Galaxy E5 menggunakan sistem Flyme Auto yang dibangunkan bersama Meizu. Sistem Galaxy E5 dikuasakan oleh cip automotif 7 nm, Dragon Eagle-1 yang pertama dihasilkan secara domestik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit GEELY DESIGN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply