UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan pada bulan Mac 2025 dengan 7,929 unit diserahkan, menjadikan jumlah kumulatif suku pertama (Q1) tahun ini kepada 19,944 unit.
Presiden UMWT, Datuk Ravindran K., menyatakan bahawa syarikat komited menyediakan penyelesaian mobiliti masa depan, dengan teknologi hibrid menjadi tunjang utama dalam strategi ke arah karbon neutral.
Model seperti Toyota Corolla Cross contohnya, telah mencapai lebih 23,000 unit sejak 2021, sekali gus menjadi bukti kejayaan pendekatan ini.
Di samping pencapaian jualan, UMWT turut melancarkan promosi istimewa “A Festive Homecoming” sempena sambutan Hari Raya kali ini.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga RM9,500 bersama pilihan pembiayaan fleksibel bermula serendah RM658 sebulan.
Tidak ketinggalan, pelan With the Service turut ditawarkan, memastikan penjagaan kenderaan dapat diuruskan dengan mudah dan mampu milik, bermula serendah RM33 sebulan.
Usaha promosi ini direka khas untuk memperkasakan lagi pilihan serta keyakinan pelanggan dalam memilih kenderaan Toyota sebagai teman setia perjalanan mereka.
Lebih dari lima dekad kehadiran Toyota dalam landskap automotif Malaysia membuktikan bahawa jenama ini bukan sahaja sinonim dengan kualiti dan inovasi, malah merupakan simbol kemajuan dan harapan rakyat.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Dengan falsafah “Move Your World”, syarikat menitikberatkan perjalanan yang bijak, terjamin serta penuh makna untuk setiap pelanggan di seluruh negara.
UMWT terus membuka lembaran baru untuk menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran yang semakin berkembang.
Ini bagi memastikan setiap kenderaan yang dilancarkan bukan sahaja memenuhi standard tertinggi dari segi keselamatan dan prestasi, malah menyumbang kepada masa depan yang lebih bersih dan lestari.
Semua usaha ini menggambarkan komitmen mendalam UMW Toyota Motor dalam memacu inovasi dan memberikan impak positif kepada masyarakat serta alam sekitar.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI