“Terima kasih atas sumbangan diberikan. Bantuan kewangan itu amat membantu saya untuk bangkit semula,” kata peniaga kuih, Mohammad Mohamad Zukeri.
Mohammad, 33, berdepan ujian Rabu lalu apabila Toyota Avanza dipandunya terbalik selepas merempuh pokok ketika dalam perjalanan ke bazar Ramadan di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
Keadaan itu menyebabkan Mohammad mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Shah Alam.
Kuih jualannya juga bertaburan di jalan raya akibat insiden berkenaan dan kisah Mohammad mendapat perhatian selepas tular gambar serta video menunjukkannya menjawab pertanyaan dengan pandangan kosong.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Riak wajah Mohammad itu mengundang simpati warganet yang sedih mengenangkan nasib lelaki berkenaan diuji dalam Ramadan.
Berkongsi kisah, Mohammad berkata, kemalangan berlaku ketika dia berseorangan dan terbabas kerana mahu mengelak daripada merempuh sebuah motosikal.
“Akibat kejadian itu, hidung saya terhantuk dan tangan pun luka kerana cedera namun Alhamdulillah, saya selamat.
“Cuma kenderaan saya sudah ‘total loss‘ (rosak sepenuhnya) dan nak tunggu dapat tuntutan wang daripada insurans mungkin lambat lagi.
“Buat masa ini, saya berehat dulu kerana tak ada kenderaan nak cari rezeki dan terima kasih kepada yang menyumbang.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Hanya Allah SWT dapat membalasnya dan mudah-mudahan saya ada rezeki beli kereta baharu kerana perlu keluar cari rezeki,” katanya yang sudah 10 tahun berniaga di bazar Ramadan ketika dihubungi Harian Metro.
Sementara itu, isterinya, Masnila Rasoki, 38, berkata, dia berada di rumah ketika kejadian dan terkejut selepas menerima panggilan memaklumkan mengenai keadaan suaminya.
“Saya tak kerja, waktu kejadian di rumah sedang jaga anak yang baru berumur setahun. “Gelap rasanya dunia selepas dapat berita maklumkan suami kemalangan.
“Mujur dia selamat dan jujurnya terharu sangat apabila ramai tolong hingga tak tahu nak kata apa.
“Bantuan itu memang meringankan sangat beban kami untuk bayar sewa rumah juga bil api dan air kerana jika tidak, tak tahu macam mana memandangkan anak masih bersekolah. Tak lama lagi pula nak raya,” katanya yang sebelum ini membantu membuat kuih untuk dijual di bazar Ramadan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Aza Radzali
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI