ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga cedera, helikopter Agusta L109H milik TDM mendarat cemas

Berita Tempatan

Views

Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah helikopter M81-11 (Agusta A109 LOH) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.

TDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian berlaku ketika sesi latihan penerbangan membabitkan tiga anak kapal yang dikenal pasti mengalami kecederaan.

“TDM mengesahkan sebuah pesawat M81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan kecemasan di mana kejadian berlaku ketika sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang, Johor jam 1.35 pagi hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Insiden ini melibatkan tiga anak kapal, terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster,” katanya.

Menurut TDM, kesemua krew yang terbabit dalam insiden itu dalam keadaan sedar. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal mengesan beberapa kecederaan dialami pegawai dan dua lagi anggota iaitu patah tulang belakang dan luka di beberapa bahagian anggota badan.

“Kesemua anak kapal dalam keadaan stabil dan sudah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor bagi rawatan lanjut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Tindakan TDM adalah ‘Henti Terbang Sementara’ (temporary grounded) bagi helikopter berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, TDM memberitahu proses ratifikasi dan pemeriksaan akan dilakukan bagi mengembalikan status terbang pesawat dengan segera.

Selain itu TDM dalam kenyataannya, turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu dengan Lembaga Siasatan akan bersidang bagi mengenal pasti punca kejadian. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto haisan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply