Tiga beradik berdepan detik cemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 239.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Ayer Keroh–Senawang pada Sabtu.
Video kejadian itu turut tular di media sosial, memaparkan sebuah Renault Kangoo yang dinaiki kesemua mangsa berada di lorong kanan sebelum menukar ke lorong tengah, lalu terlibat dalam kemalangan.
Kenderaan tersebut dipandu penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin, A’mal Hakeemah Zikri Fuad, 20, bersama dua penumpang iaitu Amal Hasanah Zikri Fuad, 18, dan A’mal Solehah Zikri Fuad, 22, yang duduk di bahagian belakang.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.35 malam ketika ketiga-tiga mangsa yang beralamat di Batu Caves sedang dalam perjalanan dari arah Pontian menuju ke Gombak.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu menukar lorong dari kanan ke tengah. “Secara tiba-tiba, pemandu terkejut apabila melihat sebuah kenderaan lain berada di belakangnya dan bergerak terlalu hampir.
Ia menyebabkan pemandu bertindak secara spontan memaut stereng sehingga hilang kawalan lalu kenderaan terbalik di sebelah kiri bahu jalan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, akibat kemalangan itu, A’mal Solehah yang duduk di kerusi penumpang belakang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan lanjut.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Sementara itu, pemandu serta Amal Hasanah yang duduk di kerusi penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ujar beliau, kemalangan tersebut menyebabkan kenderaan mengalami kerosakan pada bumbung MPV yang kemek, cermin tingkap pecah serta beberapa kerosakan lain.
“Usaha mengesan saksi bebas dan pemilik rakaman kamera pemuka (dashcam) telah dilakukan, dan pemilik dashcam akan dirakam percakapan pada hari ini di IPD Rembau.
“Permohonan semakan rakaman CCTV di kawasan tol dan lebuh raya juga telah dipohon daripada pihak PLUS dan kini dalam proses semakan,” katanya. Jelasnya, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Rule 10 LN166/59. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Hezeri Samsuri
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI