ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla serah lebih 100 unit Model 3 Performance kepada pelanggan di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Tesla Malaysia telah memulakan penghantaran bagi Model 3 Performance kepada pelanggan bertempat di di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya.

Lebih 100 unit Model 3 Performance diserahkan kepada para pelanggan yang telah menunggu sekian lama, dengan lebih banyak penghantaran akan dibuat pada masa datang.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Dibina berasaskan Model 3, iaitu sedan elektrik terlaris di dunia, Model 3 Performance direka dengan kemas kini pada ruang dalaman dan luaran bagi menyerlahkan prestasi.

Model 3 Performance mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 3.1 saat dan menawarkan jarak pandu sehingga 528 kilometer (WLTP) bagi setiap kali pengecasan penuh.

Direka untuk prestasi trek terunggul, Model 3 Performance dilengkapi dengan tempat duduk hadapan baharu dengan lencana Performance, spoiler belakang baharu dan lebih besar, selain sistem suspensi adaptif baharu untuk meningkatkan pengalaman memandu secara keseluruhan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sementara itu, penggayaan luarannya pula merangkumi angkup brek merah ikonik dan lencana Performance pada bampar belakang bagi membezakannya daripada varian Model 3.

Buat masa ini, Tesla mempunyai 11 stesen Pengecas Super (52 pengecas) dan 11 stesen Pengecasan Destinasi (57 pengecas) di Malaysia, dengan pengembangan berterusan untuk memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, yang mana terdapat 11 stesen pengecasan super dan 11 stesen Pengecasan Destinasi.

Tesla turut komited untuk memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pengecasannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply