ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan GWM TANK 500 HEV kini dibuka, harga anggaran di bawah RM350k

Views

GWM Malaysia sekali lagi bakal menggegarkan segmen SUV off-road premium menerusi pelancaran GWM TANK 500 HEV, susulan kejayaan TANK 300.

Model terbaharu ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna eksklusif, iaitu Crystal Gray, Hamilton White, dan Sun Black.

Dari segi dimensi, SUV off-road premium ini berukuran 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi serta jarak tapak roda 2,850 mm.

Dikuasakan oleh enjin hibrid 2.0L turbo 4-silinder dengan transmisi automatik 9-kelajuan, SUV 7-tempat duduk ini menjana kuasa gabungan 346PS dan 648Nm daya kilas.

Dengan sistem pacuan 4-roda pintar, 11 mod pemanduan, TANK Turn, Kawalan Jelajah Off-road, dan sistem bantuan pemanduan L2+, ia dibina untuk menguasai semua jenis permukaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Rekaan dalamannya pula menampilkan:

  • Tempat duduk kulit NAPPA dengan fungsi urut dan pengudaraan.
  • Sistem audio premium Infinity.
  • Pemijak sisi elektrik.

Aspek keselamatan turut diberi keutamaan melalui struktur badan kukuh dan enam beg udara.

Sebagai jenama off-road No.1 China, GWM TANK telah mencatat lebih 600,000 unit jualan global dan mengekalkan kedudukan SUV off-road terlaris di China selama 52 bulan berturut-turut.

Tempahan awal kini dibuka, dengan harga anggaran di bawah RM350,000, dan boleh didapati secara eksklusif di 14 pengedar terpilih GWM seluruh negara.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Berikut adalah senarai pengedar terpilih GWM:

Tengah

  • GWM Jalan Ipoh
  • GWM Sungai Besi
  • GWM USJ
  • GWM Glenmarie
  • GWM Setia Alam

Utara

  • GWM Ipoh
  • GWM Butterworth
  • GWM George Town

Selatan

  • GWM Seremban
  • GWM Melaka
  • GWM Mount Austin

Pantai Timur

  • GWM Kuantan

Malaysia Timur

  • GWM Kuching
  • GWM Labuan

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply