ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stok GWM ORA 07 varian Performance bakal tiba di Malaysia hujung bulan ini

Berita Tempatan

Views

GWM Malaysia menerusi satu kenyataan ringkas mengumumkan ketibaan stok tersedia GWM ORA 07 varian Performance ke Malaysia menjelang akhir bulan Jun ini.

Ini sudah pastinya memberikan khabar gembira buat bakal pemilik yang telah membuat tempahan dan menantikan penghantaran kumpulan terawal model tersebut.

Model ‘coupe‘ elektrik penuh (EV) ini telah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 3 April lalu dan ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu Long Range Ultra (RM169,800) dan Performance (RM189,800).

Varian Long Range Ultra didatangkan dengan pacuan roda hadapan (FWD) yang menghasilkan 204 PS dan 340 Nm daya kilas untuk keupayaan jarak hingga 640 km (NEDC).

Varian Performance dikuasakan oleh pacuan semua roda (AWD) yang menghasilkan 408 PS dan 680 Nm daya kilas untuk keupayaan jarak 550 km (NEDC). Pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 4.3 saat.

Ia dikuasakan oleh bateri 83.499 kWj yang mampu dicas daripada takat 30 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh hanya 32 minit melalui pengecasan pantas DC.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

ORA 07 juga mempunyai ciri pekali seretan ultra rendah dengan pengoptimuman aerodinamik sebanyak 0.22 Cd. Dari segi dimensi, model ini berukuran 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar, dan 1,500 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,870 mm.

Tiga pilihan warna metalik ditawarkan, kelabu, ungu, dan putih. Kemasan kabin untuk varian Long-Range Ultra didatangkan dengan padanan warna hitam, namun pelanggan juga boleh menaiktaraf ke padanan warna perang dengan tambahan RM 2,500.

Kemasan kabin untuk varian Performance pula hanya didatangkan dengan pilihan warna perang. Varian Long Range Ultra mempunyai 5 mod pemanduan iaitu NormalSportWell-beingIndividual, dan Eco.

Varian Performance turut dilengkapi 6 mod pemanduan, NormalSportWell-beingIndividual, dan Eco dengan mod tambahan Sport+ yang boleh diaktifkan melalui ciri turbo pintar.

Dari segi keselamatan, ORA 07 didatangkan dengan struktur badan berbentuk sangkar diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, yang merangkumi sebanyak 77.6 peratus, merangkumi struktur tiang bumbung, Tiang A, Tiang B serta tiang yang mengelilingi bahagian atas.

Model ini juga dilengkapi dengan bantuan pemanduan ‘Intelligent Driving L2’ dengan ciri-ciri Kawalan Jelajah Automatik (ACC) dengan Bantuan Jelajah Pintar (ICA), Kawalan Jarak Parkir (PDC) dan banyak lagi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

GWM Malaysia kini menyediakan pakej waranti penuh kenderaan hingga 6 tahun atau 150,000 km. Pemilik juga dapat menikmati waranti selama 8 tahun dengan perlindungan sehingga 180,000 km untuk bateri kuasa, motor elektrik, dan unit kawalan motor elektrik, yang mana terdahulu.

Berikut adalah perincian ringkas untuk kedua-dua varian ORA 07:

‘Long Range Ultra’ ‘Performance’
Kawalan Pemanduan Pacuan Roda HadapanPacuan Semua Roda
Pecutan 0-100km/j (s) 7.9s4.3s
Keupayaan Jarak (NEDC) 640 km550 km
Kapasiti Bateri 83.499 kWj83.499 kWj
Kuasa Maksimum (PS) 204408
Tork Maksimum (Nm) 340680
Kelajuan Maksimum 170 km/j180 km/j
Mod Pemanduan‘Normal’, ‘Well Being’ ‘Sport’,

‘ Eco’, ‘Individual’

‘Normal’, ‘Well Being’, ‘Sport’, ‘Eco’,

‘Individual’, ‘Sport+’

Warna Ruang Luaran Kelabu, Ungu, PutihKelabu, Ungu, Putih
Warna Ruang Dalaman Hitam, Perang

(naik taraf)

Perang

* Tambahan RM2,500 untuk menaik taraf ruang dalaman ke warna perang bagi varian Long Range Ultra.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit GWM Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply