Stellantis Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran Allure Auto Old Klang Road yang merupakan bilik pameran kedua, sejak mengambil alih sebagai prinsipal.
Allure Auto Old Klang Road juga merupakan bilik pameran pelbagai jenama yang pertama di Malaysia dan bakal mempamerkan model Peugeot baharu bersama jenama Leapmotor.
Terletak secara strategik di Jalan Klang Lama, pengedar baharu itu menawarkan kemudahan luas yang mampu mempamerkan sehingga lima buah kenderaan.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Direka bentuk dengan estetika moden terkini, bilik pameran itu dilengkapi ruang istirahat pelanggan yang selesa, ruang penghantaran kenderaan dan paparan konfigurator interaktif.
Pengarah Urusan, Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, fasiliti ini direka untuk mempamerkan rangkaian kenderaan Peugeot dan SUV elektrik Leapmotor C10 serba baharu.
Operasi Allure Auto Old Klang Road akan bermula sebagai pengedar 1S dan tidak lama lagi akan menawarkan perkhidmatan servis kenderaan dan kemudahan alat ganti (2S) di USJ 1, yang akan dikongsi dengan Peugeot Subang Jaya.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Kemudahan ini akan dikendalikan oleh juruteknik bertauliah Stellantis dan Peugeot, serta pusat ‘hab’ berjenama untuk menjalankan pembaikan sistem utama dan voltan tinggi, badan dan cat, diagnostik dan penyelenggaraan am untuk model Leapmotor C10.
Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik berkata, pihaknya komited untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa, menawarkan pengalaman lancar dengan mempamerkan jenama Peugeot dan Leapmotor di bawah satu bumbung.
Bagi memastikan sokongan lancar untuk pelanggan Peugeot sedia ada, Allure Auto akan bekerjasama dengan pengedar sah Peugeot berhampiran untuk menangani sebarang isu teknikal dan menyediakan penyelesaian selepas jualan yang komprehensif.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI