ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stellantis dan Leapmotor lancar pelan CKD model EV di Malaysia, akan bermula akhir 2025

Berita Tempatan

Views

Stellantis dan Leapmotor telah melancarkan pelan pemasangan tempatan (CKD), kenderaan elektrik (EV) Leapmotor di Malaysia. Inisiatif ini akan berpusat di kilang Stellantis di Gurun, Kedah, menerusi pelaburan awal sebanyak 5 juta Euro (RM24 juta).

Projek ini bukan sahaja memacu Malaysia ke hadapan dalam industri EV serantau, malah mengukuhkan komitmen Stellantis terhadap mobiliti mampan dan strategi Dare Forward 2030 yang menjadikan rantau India & Asia Pasifik sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Stellantis IAP, Ashwani Muppasani, ia bukan sekadar projek pemasangan, tetapi permulaan babak baharu elektrifikasi di ASEAN.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Gabungan teknologi Leapmotor dan kekuatan global Stellantis bakal membentuk mobiliti masa depan yang inklusif dan lestari.

Pemilihan kilang Gurun adalah strategik, memanfaatkan infrastruktur sedia ada untuk pengeluaran yang cekap serta pengedaran pantas ke seluruh pasaran ASEAN.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, berkata, pihaknya berbangga Leapmotor menjadi EV pertama yang dipasang tempatan di sini, sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap EV serantau.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Pemasangan akan bermula dengan model Leapmotor C10 menjelang akhir 2025, selari dengan Polisi Automotif Negara (NAP 2030) serta aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Pengasas Leapmotor, Zhu Jiangming, menyifatkan projek ini sebagai pelancar pengembangan global syarikat. Ujar beliau, pihaknya teruja bekerjasama dengan Stellantis untuk memperkenalkan teknologi baharu dan membentuk model pengembangan di Asia Tenggara.

Sementara itu, CEO Leapmotor International, Tianshu Xin menegaskan, kerjasama ini membuktikan komitmen mereka untuk membawa teknologi berkualiti pada harga mampu milik, selaras dengan janji jenamanya iaitu ‘Excellence Within Reach’.

Setelah membuat debut di Malaysia pada Oktober 2024, Leapmotor kini bersedia memperkukuh kehadirannya di rantau ini melalui sokongan rangkaian global Stellantis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply